Wanita Koma 14 Hari Meninggal Dunia Selepas Bersalin Bayi Kembar Perempuan

Bukan mudah melahirkan anak, lebih-lebih lagi dikurniakan sepasang bayi kembar perempuan. Pengorbanan bertarung nyawa ini terdedah risiko hidup atau mati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu muda yang koma selepas melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pagi semalam.

Berita duka tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila yang memuat naik gambar ketika pernikahan arwah Nasuha Shafie dan suaminya dikenali sebagai Mie.

“Setelah 14 hari koma selepas, dia beranak anak kembar pada 31/3/20. Baby alhamdulillah sihat sempurna dua2, dua2 baby girls. Semoga syahid buatmu adik Suha.. Aamiin,” tulisnya.

Kehilangan isteri yang tersayang pastinya merobek perasaan setiap suami. Bayangkan kedatangan sepasang bayi kembar perempuan pada mulanya mengukir senyuman pasangan ini, namun terpaksa berdepan dengan takdir pemergian buat selama-lamanya.

Suami arwah, Mie Mie sempat memuat naik curahan hati agar isterinya segera sedar. Dia dan seluruh keluarga sangat merindukannya dan hanya mampu mendoakan kesembuhan.

Dia juga berkongsi sebuah video istimewa mengimbau kembali kenangan bersama isterinya yang tidak sedarkan diri sehingga tiba ajal wanita berkenaan dijemput Ilahi.

“Sayang biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang. Sedar la sayang, anak kita tunggu sayang. Biy tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Besar pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan zuriat tercinta. Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

Cabaran melahirkan bayi kembar perempuan 

Dianugerahkan sepasang anak kembar merupakan impian bagi kebanyakan ibu ayah. Hal ini kerana anak kembar adalah satu fenomena unik yang jarang berlaku.

Pastinya banyak persoalan yang timbul sekiranya anda hamil bayi kembar. Persoalan utama mungkin berkaitan dengan kaedah melahirkan anak.

Kebanyakan ibu hamil bayi kembar tidak tahu sama ada anda boleh atau tidak melahirkan anak kembar secara normal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: firstcry

Bayi kembar kebiasaannya akan lahir lebih awal berbanding bayi tunggal iaitu sebelum minggu ke 38. Situasi ini menjadi punca mengapa 50% daripada bayi kembar dilahirkan pramatang.

Disebabkan itu, ibu yang hamil anak kembar perlu memastikan anda memilih kaedah kelahiran yang terbaik agar anda dan bayi selamat.

Kaedah bersalin yang terbaik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar, jika bayi kembar dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda boleh melahirkan bayi secara normal tanpa ada sebarang komplikasi.

Ramai ibu yang hamil bayi kembar akan memilih untuk bersalin secara normal, namun jika keadaan bayi atau kesihatan anda tidak mengizinkan, kaedah alternatifnya ialah C-section atau caesarean (czer).

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bersalin secara normal, iaitu:

  • Bilangan bayi kembar tidak melebihi daripada dua
  • Berat bayi melebihi 2kg dan bukan pramatang
  • Bayi kembar pertama dan kedua perlu berada dalam posisi normal iaitu kepala berada di bawah
  • Kedua-dua bayi kembar sihat. Tiada growth restriction iaitu bayi terlalu kecil atau growth discordant iaitu salah satu bayi lebih kecil berbanding yang satu lagi
  • Ibu hamil mempunyai tekanan darah yang stabil dan tidak mempunyai penyakit kronik.

Czer lebih bagus untuk melahirkan bayi kembar?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pembedahan caesarean merupakan kaedah alternatif yang terbukti selamat dan digunakan oleh doktor sekiranya ibu didapati memerlukan kaedah pembedahan ini.

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anda perlu menggunakan kaedah pembedahan ini. Antaranya:

  • Salah seorang bayi kembar yang lahir dahulu berada pada posisi yang songsang.
  • Ibu hamil gagal bersalin secara normal.
  • Ibu pernah melahirkan bayi sebelum ini menggunakan kaedah caesarean.
  • Kedudukan tali pusat yang menjerut bayi.
  • Tekanan darah ibu tinggi.
  • Alat bantuan bersalin seperti forsep atau induce tidak berkesan
  • Ibu hamil mengalami plasenta previa iaitu kedudukan uri di pertengahan rahim.

Oleh hal demikian, proses melahirkan anak kembar memerlukan penelitian dan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber: Nurul Asma Salsabila , Mie, Pregnancy Birth Baby

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-meninggal-dunia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan