Bayi Kurang Menyusu Punca Ibu Stres! Ketahui 12 Punca & Cara Atasi Masalah Ini

undefined

Punca bayi kurang menyusu boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Ibu jangan cepat tertekan kerana ada cara untuk berdepan masalah ini

Bayi kurang menyusu ini risau juga sebenarnya. Ya lah, ibu mana yang tidak risau bila bayi kurang menyusu, kan? Dup dap dup dap jantung risau sungguh apabila bayi hanya minum 1 ke 2 onz saja.

Selebihnya, si kecil hanya berkedip mata tak pun tidur sepanjang hari. Tak kisahlah susu badan ke, susu formula ke, baby kurang minum susu ini pasti ada penyebab di sebaliknya. Tahukah anda sebenarnya ada beberapa punca bayi kurang menyusu?

Ada ketikanya, bayi hanya menutup malu mulutnya atau mengelak ketika diberi puting payudara ke arah mulut. Kita ini risau kenapa pula bayi tak mahu menyusu, dia pula tutup-tutup mulut dan mengelat tak nak minum susu. Bagaikan mogok atau merajuk pula lagaknya!

Mengapa Bayi Kurang Menyusu?

bayi kurang menyusu

Jika selama ini bayi anda tidak pernah ada masalah menyusu, tiba-tiba sahaja masalah ini muncul – jangan panik dahulu. Ketahui sebab di sebalik permasalahan ini. Tapi ibu ayah perlu tahu juga bahawa keadaan seperti ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang mula menginjak usia dua tahun dan ke atas.

Ini kerana mereka sudahpun mula terdedah kepada makanan pejal yang lebih menarik minat dan selera mereka. Tapi ada juga faktor lain yang menjadi penyebab kepada masalah ini.

Antaranya seperti:

#1. Bayi Kurang Menyusu: Kedudukan bayi yang salah

Kedudukan bayi ketika menyusu yang salah boleh menyebabkan si manja berasa tidak selesa.

Langkah penyelesaian: Betulkan posisi bayi dan ibu dengan betul dan selesa. 

#2. Bayi Kurang Menyusu: Teknik penyusuan salah atau bayi mengalami masalah tongue tied

Langkah penyelesaian: Perbetulkan cara penyusuan supaya susu badan lebih banyak keluar bila dihisap bayi. 

#3. Bayi keliru puting. Biasanya berlaku apabila puting tiruan diberi terlalu awal

Langkah penyelesaian:

  • Boleh perah susu dan berikan kepada bayi melalui tiub atau cawan jika tak boleh menyusu secara terus.
  • Berhenti dari memberi susu secara botol.
  • Beri susu menggunakan cawan atau sudu.
  • Galakkan sentuhan kulit ke kulit.
  • Beri galakkan dengan lekapkan puting pada bayi tanpa paksaan.
  • Rujuk ahli fisioterapi untuk rangsangan otot mulut.

#4. Bayi tidak sihat

Langkah penyelesaian: Rujuk pakar perubatan dan dapatkan penyusuan bayi yang betul ketika sakit.

#5. Bayi cerewet dengan bunyi bising atau bau ibu yang berbeza

Langkah penyelesaian: Pastikan keadaan selesa dan tiada bau-bauan yang berbeza ketika bayi menyusu. 

#6. Perkembangan fungsi motor sedang berkembang. Mereka masukkan jari ke mulut sedangkan sudah kenyang

Langkah penyelesaian: Ibu perlu lebih memahami tindak balas dan bahasa bayi.

#7. Ibu salah anggap bayi nak menyusu tapi sebenarnya si kecil ingin dimanja dan didukung ibu

Langkah penyelesaian: Fahami kehendak bayi dan beri perhatian pada bayi dengan cara yang lain. 

#8. Susu tak lancar atau tersumbat. Bayi merajuk bila rasa belum puas menyusu

Langkah penyelesaian: Jika bayi merajuk, tenangkan si kecil itu sebelum menyusu semula. Amalkan cara ini untuk merawat saluran susu tersumbat. 

#9. Bayi tersedak akibat pengeluaran susu yang terlalu laju. Selepas itu, bayi tak mahu lagi menyusu

Langkah penyelesaian: Sendawakan bayi di pertengahan penyusuan kemudian sambung semula. Ia mengelak bayi dari tersedak. 

#10. Payudara bengkak dan areola tegang tapi bayi tak boleh lekap lidah dengan betul kerana pendek

Langkah penyelesaian: Perah susu sebelum menyusu bayi jika payudara membengkak supaya mulut bayi melekap di puting dengan lebih baik. Cuba rawat payudara bengkak dengan rawatan kobis.

#11. Bayi sudah mula minum susu melalui botol dengan terlalu kerap

Langkah penyelesaian: Elakkan guna botol susu atau tambahan susu formula terlalu awal.

#12. Bayi lemah seperti pramatang, kurang gula dalam darah, metabolik dan kurang hormon tiroid. Si kecil ini hanya kemam puting dalam mulutnya tapi tak menghisap

Langkah penyelesaian: Sekiranya bayi tak aktif, segera rujuk ke pakar perubatan.

Tanda Bayi Kurang Menyusu

bayi kurang menyusu

Pasti para ibu di luar sana tertanya-tanya, apakah tanda bayi anda kurang minum susu dan tidak kenyang meskipun baru sahaja menyusu. Hal ini adalah kerana sukar untuk para ibu mengetahui jumlah susu badan yang diminum oleh bayi anda jika si kecil itu menghisap terus dari payudara.

Walau bagaimanapun, ibu-ibu masih boleh ketahui sama ada bayi anda masih kelaparan ataupun tidak selepas mereka menyusu – berdasarkan 5 tanda bayi kurang minum susu ini:

Ibu-ibu, apabila anda peka dengan pertumbuhan bayi, pastinya anda boleh tahu ada sesuatu yang ‘tak kena’ dengan susu badan hingga menyebabkan bayi tak kenyang. 

#1. Bayi Kurang Menyusu – Sesi menyusu singkat atau sangat lama

Ada ibu mengalami sesi penyusuan yang terlalu panjang lebih dari satu jam atau sangat pendek kurang dari lima minit. Menurut Healthy Children, ini adalah salah satu tanda bayi kurang minum susu. Oleh itu, anda harus perhati sama ada bayi menelan susu badan secara konsisten atau tidak.

Jika tidak, mungkin mereka ada masalah dengan lekapan atau susu badan anda tidak keluar.

#2. Bayi Kurang Menyusu – Berat badan tak naik

Meskipun normal jika bayi hilang sedikit berat badan, pada tiga ke empat minggu selepas lahir, bayi seharusnya mendapat empat hingga tujuh ons susu yang boleh menambah berat badannya. Setelah itu, bayi akan mengalami kenaikan berat hingga satu kilogram setiap bulan.

Jika anda bimbang dengan situasi ini, rujuk pakar pediatrik dan dapatkan penjelasan terperinci tentang berat badan bayi.

 #3. Pampers bayi kurang basah

Doktor menyarankan ibu ayah kira jumlah pampers basah bayi iaitu kencing dan berak bayi setiap hari supaya ia membantu anda melihat tanda bayi kurang minum susu atau tidak.  Sekitar lima hari pertama, bayi harus menghasilkan tiga pampers basah kerana air kencing dan tiga lagi kotor selepas berak.

Jika lebih, ia normal tapi kalau kurang dari jumlah tersebut, itu tanda dia kurang minum susu.

#4. Susu badan belum keluar 

Walaupun payudara sudah menghasilkan kolostrum sejak kehamilan, namun susu badan tidak sepenuhnya keluar selepas tiga ke empat hari bersalin. Menurut Baby Center, jika susu badan anda tidak keluar sepenuhnya, minta bantuan doktor atau konsultan laktasi.

#5. Payudara bengkak 

Ya, payudara bengkak, sakit dan terasa berat adalah tanda bayi kurang minum susu walaupun lepas menyusu. Meskipun payudara bengkak adalah satu keadaan yang normal, namun menurut catatan La Leche League, hal ini tidak harus berlanjutan hingga boleh menyebabkan ibu terkena mastitits atau bengkak susu yang teruk.

Jadi, segera dapatkan bantuan pakar laktasi!

Apa Perlu Buat Jika Bayi Kurang Menyusu?

bayi kurang menyusu

Jika ibu-ibu ingin mencuba untuk memujuk baby kurang minum susu atau ‘mogok’ susu, boleh mencuba 6 langkah di bawah:

  1. Periksa hidung bayi.
  2. Periksa kulat di dalam mulut bayi.
  3. Periksa jangkitan telinga bayi.
  4. Periksa jika bayi anda sedang tumbuh gigi atau tidak.

Apa-apa pun, jangan terlalu memaksa mereka untuk minum susu ya. Nanti muntah/jeluak pula mereka.

Bila Patut Jumpa Doktor?

Sekiranya anak anda ‘mogok’ susu dan keadaan itu disertai dengan demam dan bayi kelihatan kurang aktif sahaja, ibu ayah disarankan untuk membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu-tunggu lagi!

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bersemangat untuk menyusukan bayi sehingga umurnya mencecah dua tahun. Teruskan usaha itu dan kongsikan artikel ini untuk rujukan di masa hadapan!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Risaunya Bayi Enggan Menyusu, Ini Sebab & Cara Mengatasi Perubahan Rasa Susu Ibu 

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan 

Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No #5 Wajib Para Ibu Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!