Bayi Lahir Missing Finger Dikesan Semasa Ultrasound, Ketahui Punca, Jenis Penyakit & Pilihan Rawatan

Menjalani pemeriksaan ultrasound adalah penting untuk ibu dan bayi. Seorang bayi lahir missing finger dikesan pada usia kandungan 27 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hati ibu mana yang tidak sedih bila mengetahui anaknya tidak akan sama seperti orang lain. Seperti yang tular baru-baru ini, perkongsian seorang ibu di TikTok menceritakan bahawa bayi lahir missing finger pada tangan kanan diketahui sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi ketika kandungannya berusia 27 minggu.

Bayi lahir missing finger atau symbrachydactyly merujuk kepada keadaan tangan bayi tidak terbentuk dengan sempurna berbanding bayi normal.

Bayi Lahir Missing Finger Ibu Jadi Sebak

Difahamkan, Amira Bongsu, ibu kepada bayi tersebut terdetik hati untuk melakukan pemeriksaan ultrabunyi pada kali ini walaupun tidak pernah membuatnya ketika mengandung sebelum ini.

Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia dan suami tetap kekal positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku.

“Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah,”ujarnya reda walaupun pada awalnya sukar menerima keadaan itu.

Punca Symbrachydactyly

Walaupun punca sebenar masih belum diketahui dengan jelas, namun ada kalanya ia berlaku disebabkan oleh gangguan proses pembentukan anggota badan pada minggu awal kehamilan, terutamanya pada jari bayi semasa di dalam rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit ini juga dikatakan berkaitan dengan faktor genetik. Walau bagaimanapun, tidak semua kes adalah diwarisi.

Pendedahan kepada bahan kimia tertentu atau jangkitan semasa kehamilan boleh juga menyumbang kepada risiko terjadinya symbrachydactyly.

Jenis-Jenis Symbrachydactyly 

Bayi dengan symbrachydactyly biasanya mempunyai jari-jari yang pendek atau tidak sempurna. Berikut antara beberapa jenis Symbrachydactyly yang perlu anda tahu.

1. Jari Pendek (Short Finger)

Jari masih ada tetapi memiliki ukuran lebih pendek berbanding jari yang biasa. Bayi yang dilahirkan dengan jari pendek ini mempunyai fungsi separuh menggunakan tangan berbanding normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Monodactylous

Monodactylous adalah keadaan apabila jari bayi mempunyai celah atau ruang antara jari, dengan beberapa jari yang tidak berkembang sepenuhnya.

3. Adactylous

Terdapat sebilangan jari atau semua jari mungkin hanya mempunyai tunas atau tiada langsung.

Rawatan Untuk Bayi Dengan Missing Finger

Rawatan untuk bayi dengan symbrachydactyly boleh berbeza-beza bergantung pada tahap keadaan dan keperluan bayi tersebut. Berikut adalah beberapa pilihan rawatan yang mungkin dipertimbangkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Pembedahan

Pembedahan yang dijalankan tidak akan mampu mengubah tangan mereka menjadi normal tetapi meningkatkan keupayaan anak untuk mengenggam dan mencubit.

X-ray mungkin digunakan untuk melihat struktur tulang dengan lebih jelas.

2. Pemindahan Phalangeal

Semasa pemindahan phalangeal, pakar bedah akan mengeluarkan tulang (falang) dari jari kaki kanak-kanak dan meletakkannya dalam nubbin pada kulit tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu tulang yang tidak mengganggu fungsi berjalan akan diambil dari setiap jari kaki.Ia membantu kemampuan untuk menggengam tangan dengan menekan ibu jari ke jari yang lain.

Setelah itu, pakar bedah akan dapat memperpanjangkan tulang-tulang tersebut dengan melakukan distraksi untuk memperbaiki struktur jari.

Jika terdapat jari yang bercantum, pembedahan penggabungan jari mungkin dilakukan untuk memisahkannya.

3. Penggunaan Alat Sokongan

Dalam kes yang lebih teruk, prostetik mungkin diperlukan untuk membantu fungsi tangan. Namun jika tidak teruk, penggunaan splint atau ortosis sebagai alat sokongan dipasang untuk membantu menyokong dan memperbaiki fungsi tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan rawatan yang sesuai, kebanyakan bayi dengan symbrachydactyly dapat mencapai fungsi tangan yang memadai dan menjalani kehidupan yang normal. Ibu ayah, jangan pernah putus asa dengan ujian ini.

Sinar Harian, majoriti

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Meninggal Selepas Makan Bihun & Telur Mata, Ketahui Bahaya Keracunan Makanan & Cara Penyediaan Makanan Yang Betul

Baca juga: Risiko Cacat Lahir Lebih Tinggi Jika Tidak Makan Asid Folik – Ibu, Jangan Sesekali Lupa Makan!

Baca juga: 12 Perkara Yang Ibu Hamil Selalu Takut Dan Kesannya Ke Atas Kandungan Anda

Penulis

Noorhidayah