6 Items Yang Perlu Ibu Sediakan Sebelum Ajar Bayi Makan Sendiri, Tarik Minat Si Manja

Bayi makan sendiri boleh diajar seawal usia 6 bulan. Bagi memudahkan kerja, ibu kena sediakan beberapa alatan untuk bayi ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu dan ayah, melihat si manja membesar di depan mata dan meneroka dunia sekeliling terutama apabila bayi makan sendiri atau baby-led weaning (BLW), merupakan sesuatu yang pastinya mengujakan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Persediaan sebelum ajar bayi makan sendiri
  • Apa perlu dijangka ibu bapa sebelum anak makan sendiri?
  • Apa peralatan perlu disediakan untuk anak makan sendiri?

Apabila bayi memasuki usia enam bulan, ibu dan ayah selalunya mula memberikan makanan pejal kepada si manja.

Persediaan sebelum ajar bayi makan sendiri

Memperkenalkan si manja anda kepada makanan pejal menerusi BLW membolehkan mereka untuk 'to be in charge', meneroka dan memilih apa yang mereka ambil dan makan.

Ini bermakna mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan masuk ke dalam mulut mereka, menggerakkan dan menelannya dengan selamat.

Jadi hari ini kita akan lihat beberapa keperluan asas yang boleh dipertimbangkan sebelum bayi anda mula makan sendiri.

Namun ini semuanya bergantung kepada keselesaan ibu dan ayah untuk si manja mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu diingatkan kepada ibu dan ayah bahawa BLW ini juga satu proses yang 'messy'.

#1. Kerusi tinggi dengan rehat kaki

Menyediakan si manja anda dengan posisi duduk selesa bagi si manja adalah kunci utama bagi memastikan bayi menikmati makanan mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, penggunaan kerusi tinggi dengan rehat kaki adalah sangat penting dalam hal ini. Rehat kaki pada kerusi tinggi itu juga membolehkan si manja menumpukan perhatian ketika makan.

#2. Peralatan meja

Sudah tentu peralatan meja seperti pinggan dan mangkuk bersesuaian amat diperlukan untuk bayi makan sendiri. Bekas makanan yang bertapak sedutan adalah antara pilihan kerana ia melekat di meja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah boleh menggunakan kedua-dua pinggan yang mempunyai 'compartment' dan tiada compartment. Ini kerana kedua-dua jenis pinggan itu mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

#3. Sudu dan garfu

Peralatan yang tidak kurang pentingnya dalam BLW adalah sudu. Sudu bayi dijual dalam pelbagai jenis dan warna di pasaran.

Penggunaan sudu mendedahkan si manja tentang bagaimana untuk mencedok makanan dan juga boleh digunakan sebagai 'teether'. Dalam soal sudu, ibu dan ayah boleh menggunakan sudu-sudu yang mudah untuk digenggam oleh si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Cawan yang bersesuaian

Pengenalan cawan boleh dilakukan dengan cawan yang kecil bagi memastikan tangan bayi yang kecil dapat memegangnya.

Kedua-dua cawan terbuka dan dengan penyedut minuman adalah berguna untuk melatih si manja minum.

#5. Bib yang menutup seluruh badan

Bib amat berguna untuk mengelakkan pakaian bayi daripada kotor terkena makanan. Ia dijual dalam pelbagai bentuk dan warna mengikut keselesaan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah boleh menggunakan bib yang mempunyai material kalis air yang mudah dibersihkan dan selesa dipakai.

#6. Tikar kalis air

Sepertimana disebut di atas, BLW adalah sesuatu proses yang 'messy'. Selalunya makanan yang diletakkan untuk bayi makan sendiri itu tertumpah ke lantai.

Justeru, penggunaan tikar seperti ini dapat memastikan lantai rumah anda kekal bersih.

Baca juga: 5 Resipi Makanan Bayi 9 Bulan Untuk Latih Bayi Makan Sendiri, Bagus Untuk Latih Sensori

Baca juga: Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

Baca juga: Bayi 8 Bulan Susah Makan, Apa Anda Boleh Buat Untuk Pujuk Si Manja Makan?

Penulis

sofian