X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

4 min bacaan
Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

Anak makan sendiri sahaja tanpa bantuan? Bagus! Tetapi ibu bapa juga kena tahu cara melatih anak makan sendiri dengan lebih baik. Ketahui bagaimana!

Bila anak makan sendiri ini, ibu bapa mesti ada pelbagai reaksi. Ada yang menarik nafas lega, rasa dah tak perlu dah suap anak. Tapi, ada juga ibu bapa yang melahirkan kerisauan apabila melihat anak sudah mula makan sendiri atau self-feeding. Apa yang ibu bapa perlu tahu adalah amat penting untuk anak yang mula self-feeding ini atau anak makan sendiri untuk terus menguasai skil ini. 

Antara kerisauan ibu bapa bila melihat anak dah makan sendiri adalah:

  • Anak tidak menggunakan sudu bila mula makan dengan tangan sendiri iaitu finger-feeding
  • Anak makan bersepah dan ibu bapa tidak tahan melihatnya
  • Anak masih tidak pandai menggunakan sudu atau garfu

Bayi mula makan sendiri apabila mereka berumur 8 bulan atau mungkin kurang dari itu. Ini bergantung kepada bayi sendiri dan kemampuan motor mereka. Kadang kala, ibu bapa lebih risaukan mengenai makanan yang mereka beri kepada anak mereka berbanding dengan cara anak mereka makan.

Ada beberapa peringkat untuk ibu bapa mengajar anak untuk makan sendiri ini. Mulakan dengan:

  • Makan dengan tangan dan menggunakan jari
  • Makan dengan sudu dan garfu
  • Meminum air dengan memegang cawan

Sesuatu yang harus diingatkan kepada ibu bapa ialah anak makan sendiri atau self-feeding adalah kemahiran yang harus dipupuk dalam kalangan bayi dengan kadar segera. Ia merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya anak anda sekelip mata sahaja pandai. Ibu bapa juga perlu mainkan peranan mereka dalam membantu merangsang kemahiran ini dalam diri anak mereka.

Kenapa kemahiran untuk anak makan sendiri ini penting?

anak makan sendiri, anak makan

Kredit: Pixabay

Bayi belajar untuk memegang

Dengan mengajarkan anak anda makan sendiri, anda sebenarnya membantu anak anda mengasah skil koordinasi dan kemahiran motor anak anda. Anak anda boleh melatih pergerakan jarinya dengan mengambil objek kecil.

Untuk latihan bagi bayi, anda boleh meletakkan makanan kegemarannya di hadapan atau di atas meja, lihat sama ada anak anda nak mencapai atau tidak makanan tersebut. Mulakan dengan makanan bersaiz kecil supaya anak boleh memegang dengan mudah. Bantu anak anda memegang makanan tersebut.

Melatih bayi menggunakan mulut

anak makan sendiri, anak makan

Kredit: Pixabay

Adakah kanak-kanak sahaja yang boleh menggunakan cawan atau menghisap minuman menggunakan straw? Tidak sama sekali. Anak anda sebenarnya boleh meminum menggunakan cawan dan straw seawal dari bayi lagi. Dengan memegang sendiri cawan atau menghisap straw, anak anda boleh melatih kekuatan otot pada mulut dan menguatkan rahangnya. 

Apa yang berlaku adalah sewaktu anak anda mengangkat cawan, anak anda melatih pergerakan dan kawalan leher untuk kedudukan kepala sewaktu meminum dan mengawal koordinasi tangan dalam memegang cawan. Nampak seperti pergerakan yang simple tetapi sebenarnya banyak manfaat yang bayi boleh dapat. Untuk latihan untuk bayi meminum daripada cawan, anda boleh berikan anak anda cawan dengan dua tangkai untuk membantunya memegang. 

Latih koordinasi tangan dan mata bayi

anak makan sendiri, anak makan

Kredit: Pixabay

Bila anak anda makan sendiri, anak anda sedang melatih kedua-dua pergerakan dan koordinasi tangan dan mata bayi serentak. Anak anda mengenal pasti makanannya berada di depan. Lalu, anak anda mencapai makanan tersebut sama ada menggunakan jarinya ataupun dengan menggunakan sudu dan garfu.

Ini membantu kemahiran visual motor yang amat membantunya pada masa hadapan.

Apa ibu bapa boleh lakukan

#1 Bersabar kerana memang anak anda akan makan bersepah

Betul! Ada ibu bapa tidak tahan melihat anak mereka makan bersepah kerana ibu bapa perlu mengemasnya selepas itu. Tetapi, ingatlah ibu bapa bahawa kemahiran ini sangat berguna buat mereka. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menyediakan kain basah atau baju basahan buat anak anda. Jadi, tak adalah anak anda kotor sangat kan selepas itu? Persediaan mental dan fizikal adalah sangat penting. 

#2 Bersabar kerana ia akan ambil masa

Kalaulah semudah yang disangka, pasti ramai ibu bapa akan mula berasa lega. Tetapi, ianya merupakan satu proses yang menguji kedua ibu bapa dan juga anak. Jangan paksa anak untuk makan sendiri sebaliknya, ajar anak untuk melatih kemahiran kendiri anak. Jangan pula anda mudah melenting bila anak anda tiba-tiba mencampakkan mangkuk makanannya.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

#3 Bersabar bila anak tidak mahu makan

Disebabkan anda selalu menyuapnya, anak anda terus tidak mahu makan. Maka, anda pun turutkan sahaja kehendak anak anda. Pastikan anda tidak terlalu mengikut kehendak anak anda untuk mengajar mereka, sekira anak anda tidak mahu makan menggunakan sudu sendiri misalnya. Latih anak anda secara perlahan-lahan.

Sumber: Yourkidsstable

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Bayi 8 Bulan Susah Makan, Apa Anda Boleh Buat Untuk Pujuk Si Manja Makan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham