TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Makan Bersepah, Ibu Harus Ajar Etika Makan Anak Sejak Kecil, Ini Caranya!

4 min bacaan
Anak Makan Bersepah, Ibu Harus Ajar Etika Makan Anak Sejak Kecil, Ini Caranya!

Nak ajar anak anda etika makan yang betul? Ketahui 4 etika makan yang anda boleh ajarkan kepada anak anda sejak dari kecil. Semoga bermanfaat!

Macam-macam betul lagak anak anda bila anda suruh dia makan bukan? Alangkah bahagianya jika etika makan anak diajar sejak dari kecil, tapi bolehkah ia diajar?

Pada permulaan, anak anda baik sahaja duduk di meja makan, lama kelamaan, mulalah anak anda menunjukkan perangai. Anak mula makan bersepah, campakkan makanan, berlari-lari dengan makanan dalam mulut dan cuba kotorkan meja dan bajunya.

Jangan risau ibu, anda tidak keseorangan dalam dunia ini apabila anda terpaksa berhadapan dengan karenah anak yang sukar dijangka sewaktu makan. Bahkan ramai lagi ibu-ibu di dunia yang menghadapi masalah yang sama yang mana anak mereka tidak mempunyai etika makan. Orang kata biasalah budak kecil kan.

Tapi, yang menjadi satu masalah adalah kadang-kadang tingkah laku anak ini mengundang stress yang berpanjangan kepada ibu. Yang pertama, ibu perlu mengemas semula apa yang telah anak sepahkan iaitu makanan dan yang kedua, ibu turut berdepan dengan si anak yang gemar bermain dengan makanan. Habis dikerjakan makanan tersebut. Kadang tak makan, main je lebih.

Mesti si ibu berfikir macammanalah nak ajar anak cara makan yang betul dan etika makan kepada anak. Tapi, anak kecil lagi. Boleh tak anak faham?

Kajian menunjukkan bahawa anak akan mula memahami etika makan seawal umur 5 tahun. Sungguhpun begitu, tidak mengapa ibu-ibu semua. Anda masih boleh mengajarkan anak anda etika makan. Orang kata melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tidak cuba tidak tahukan?

Untuk ibu atau bapa yang selalu pening kepala bila nak layah karenah anak makan, kami ada beberapa cadangan atau tips untuk anda memperkenalkan etika makan kepada anak anda. Jom kita mulakan!

Etika makan untuk anak kecil

etika makan anak, etika, etika makan

Kredit: Pexels

Etika makan ini bukan sekadar untuk ajar anak makan elok-elok dan duduk diam sahaja. Tetapi, ianya merangkumi pelbagai aspek. Bayi masih lagi belajar menguasai kemahiran memegang sesuatu iaitu kemahiran motor. Jadi, memang wajiblah bayi anda untuk makan bersepah

Dengan mengetahui sebab dan mengapa ia berlaku, ibu bapa bolehlah mula bertenang dan jangan marah-marah tau. Mari kita lihat tips-tips berikut untuk melatih anak anda mengenai etika makan dan kemudiannya, anak anda boleh berdikari sendiri!

#1 Anak anda suka makan bersepah? Cuba tips ini

etika makan anak, etika, etika ketika makan

Kredit: Pexels

  • Bagi anak makan makanan yang mudah dimakan dan mudah untuk anak pegang. Anda kena siap-siap potong untuk memudahkannya mengambil makanan tersebut.
  • Balut meja anak dengan plastik, jadi mudah untuk anda kemas selepas itu.
  • Biarkan sahaja makanan bersepah di lantai, anda boleh kemas nanti.
  • Bila anak anda nak campak makanan sahaja, ajar anak anda bahawa makanan ini tidak boleh di campak. 
  • Ajar anak makan dengan menggunakan tangan daripada gunakan sudu atau garfu.

#2 Anak anda tidak boleh duduk diam masa makan? Anda boleh gunakan cara ini

  • Rancang masa makan dengan baik. Tapi, jangan pula rancang masa makan masa anak anda penat supaya anak anda duduk dengan elok. Takut terlebih masa makan anak pula.
  • Ibu bapa kena tunjukkan contoh ketika makan yang baik untuk anak supaya anak mudah nak ikut.
  • Kena bertegas dengan anak. Beritahu anak kalau anak bangun dari meja makan, maksudnya anak anda sudah tidak mahu makan. 
  • Beritahu anak dengan baik sebab mengapa duduk sewaktu makan ini penting. Tapi, ya. Anda mungkin kena ulang banyak kali.
  • Ibu bapa kena banyakkan bersabar sebab proses ini boleh mengambil masa.
  • Kurangkan gangguan. Tutup TV jika perlu supaya anak anda tidak mudah terganggu.

#3 Makan di meja makan

  • Tunjukkan contoh yang baik kepada anak dan ajar anak cara nak susun barangan di meja makan. Anak akan mudah terikut dengan tindakan ibu bapa.
  • Terangkan dekat anak kenapa etika makan di meja makan ini penting sambil tunjukkan contoh sekali.
  • Beri anak kerusi dewasa daripada kerusi kanak-kanak. Baru anak-anak rasa teruja!
  • Sentiasa tunjuk ajar anak mengenai etika makan dengan lemah lembut.

#4 Anak kerap bazirkan makanan? Apa nak buat?

etika makan anak, etika, etika ketika makan

Kredit: Pexels

  • Jangan paksa anak makan kalau anak anda dah kenyang.
  • Pastikan ibu rasa seronok bila menyediakan makanan dan sediakan makanan secukupnya untuk pengambilan harian anak. Jangan masak lebih. Rugi nanti.
  • Beri hidangan dalam kuantiti yang kecil tetapi banyak. Mudah untuk anak anda makan nanti.
  • Ketahui yang perut orang dewasa dengan budak kecil tidak sama. Anak anda tahu bila mereka dah kenyang. 
  • Bagi anak anda pinggan atau mangkuk yang selamat untuk mereka gunakan. Jangan beri yang mudah pecah. Kot-kot takut mereka terbalikkan pinggan atau jatuhkannya.

Sumber: Betterhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:     4 Kesalahan Yang Biasa Dibuat Ibu Bapa Ketika Waktu Makan Dengan Anak

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Makan Bersepah, Ibu Harus Ajar Etika Makan Anak Sejak Kecil, Ini Caranya!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham