Bayi Bawah Usia 6 Bulan Tidak Disaran Mandi Air Sejuk, Berisiko Menyebabkan Kematian

Bayi mandi air sejuk dikatakan sangat baik kerana dapat menguatkan tulang. Namun doktor mendedahkan bahawa ia boleh menyebabkan kematian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penjagaan bayi baru lahir hendaklah dilakukan secara berhati-hati memandangkan tubuh si manja masih fragile. Bagi ibu ayah baharu, anda mungkin tertanya-tanya adakah selamat jika bayi mandi air sejuk?

Jika sebelum ini ada yang mendakwa bahawa perbuatan memandikan anak dengan air sejuk dapat menguatkan tulang. Namun sejauh manakah kebenaran ini?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Doktor sangkal dakwaan bayi mandi air sejuk dapat menguatkan tulang
  • Bagaimana pula jika bayi demam?
  • Mandi air sejuk boleh meragut nyawa si manja

Doktor sangkal dakwaan bayi mandi air sejuk dapat menguatkan tulang

Bagi meleraikan kekeliruan yang berlaku dalam diri ibu dan ayah, doktor pakar kanak-kanak ini iaitu Doktor Attila menjelaskan bahawa bayi yang baru sahaja dilahirkan, terutamanya bayi pramatang, tidak seharusnya dimandikan menggunakan air sejuk.

Seeloknya, bayi dimandikan dengan air suam hingga usianya sekitar dua bulan, tapi lebih ideal jika menunggu hingga usia bayi enam bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana pula jika bayi demam?

Menurut Doktor Abdul Rahim, salah satu kesilapan ibu dan ayah dalam cara mandikan bayi dan anak kecil adalah ketika mereka demam.

Tambahnya, tidak wajar memandikan bayi atau anak kecil dengan air sejuk ketika mereka demam untuk menurunkan suhu badan.

Sebaliknya, cukup sekadar melakukan tepid sponging iaitu menyapu tubuh mereka dengan kain lembap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda ingin mandikan juga, jangan guna air sejuk atau ais kerana ianya meningkatkan lagi suhu badan si manja apabila pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yang dibawa oleh darah ke kulit terhalang.

Mandi air sejuk boleh meragut nyawa si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjawab pertanyaan dari seorang pembaca melalui blognya iaitu :

“Assalamualaikum doktor. Merujuk pada posting doktor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia empat bulan telah meninggal dunia bulan lepas. 

Doktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkah memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” Tulisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Doktor Zubaidi, memandikan bayi kelihatan mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan dan menjadi punca kematian pada bayi.

Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan dengan air suam, penggunaan air sejuk boleh membuatkan si manja mengalami hiportemia.

Hiportemia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau nipis.

Hiportemia pada bayi, biasanya membuatkan si manja tidak boleh bernafas dan ini sangat berbahaya. Si kecil anda akan mengalami kebiru-biruan pada mulut, menandakan dia tidak dapat bernafas secukupnya.

Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 darjah celcius, kerana suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.

Oleh itu sebagai ibu dan ayah yang bertanggungjawab, anda perlulah mendapatkan info atau tips yang sahih daripada yang pakar terlebih dahulu sebelum mempraktikkannya ke atas si manja bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini daripada berlaku.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

Baca juga: Bahaya Penyakit Ain Pada Anak Kecil, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena

Baca juga:  6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!

Penulis

Nur Syazwani