Pergerakan Bayi Boleh Dirasai Seawal 20 Minggu, Ini 5 Cara Merangsang Janin Bergerak

Bayi menendang dalam perut secara kerap adalah perkara yang normal. Ibu-ibu dinasihatkan mengira pergerakan janin seawal usia kandungan 28 minggu

Saat paling berharga menjadi seorang ibu adalah apabila anda dapat merasai bayi menendang dalam perut buat kali pertama. Mungkin pada awalnya ibu mungkin tidak sedar, pergerakan halus sebenarnya sudah dapat dirasai seawal 19 minggu kandungan.

Tendangan-tendangan kecil ini bukan hanya satu cara untuk meregangkan anggota atau untuk berkata “Hai ibu”. Tetapi ia menunjukkan bahawa janin anda sedang mengalami proses perkembangan. Menurut kajian yang dijalankan, pergerakan ini membantu membentuk dan menguatkan tulang, otot dan sendi bayi.

Bagaimana gaya bayi menendang dalam perut 

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam the Journal of the Royal Society menunjukkan bagaimana janin menggerak-gerakkan badannya dan berkembang dalam kandungan.

Penemuan mereka memang menakjubkan:

  • Pada minggu ke-20 hingga minggu ke-30, imbasan MRI menunjukkan bayi menendang dalam perut akan menjadi semakin kuat
  • Penyelidik berjaya mengukur kekuatan tendangan serta tekanan yang dialami pada tulang dan sendi janin.
  • Kekerapan bayi menendang dalam kandungan akan berkurang kira-kira 35 minggu disebabkan oleh kekurangan ruang di dalam rahim.
  • Tekanan pada kaki janin akan terus meningkat dan begitu juga dengan kadar pertumbuhan mereka. Ini sebenarnya membantu janin untuk berkembang!
  • Pergerakan boleh mempengaruhi pertumbuhan janin. Ini mungkin sebab mengapa bayi pramatang kadang-kadang dilahirkan dengan gangguan tulang atau sendi.
  • Cara janin bergerak sebelum dilahirkan boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka apabila membesar nanti. Kajian lanjut diperlukan untuk membuktikan kaitan antara pergerakan janin dan kesihatan tulang anak dewasa, seperti osteoarthritis.

Cara mudah merangsang bayi menendang dalam perut

#1. Baring

Cuba baring di sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira 2 jam.

Anda sepatutnya dapat merasakan bayi anda bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Hubungi doktor anda dengan segera jika jumlahnya kurang dari ini.

#2. Minum air sejuk atau jus oren

Minum satu gelas air sejuk atau jus oren untuk membangunkan bayi anda. Kedua-dua ini akan merangsangkan metabolisme bayi, menggalakkan pergerakan dan meningkatkan kekerapan bayi menendang dalam kandungan.

#3. Ambil makanan kegemaran

credit to sources

Apabila berlaku peningkatan gula dalam darah, ia dapat merangsang bayi dalam kandungan. Justeru ibu dinasihatkan tidak membiarkan perut kosong atau lapar terlalu lama jika ingin si kecil bergerak dalam perut.

Anda boleh mengambil snek ringan seperti buah-buahan potong, aiskrim, coklat, roti bakar, kekacang atau yogurt.

#4. Guna irama muzik

Dengan cara sama ibu-ibu boleh menidurkan anak dengan menggunakan muzik, anda juga boleh menggunakannya untuk menggalakkan kekerapan bayi menendang dalam kandungan.

Lagu pilihan tidak perlulah jenis yang rancak atau dipasang dengan kuat.

#5. Menggosok atau menekan lembut bahagian perut dengan jari

Tahukah ibu bahawa sentuhan lembut yang dilakukan pada perut juga boleh dirasai oleh bayi dalam kandungan? Ia menjadi salah satu teknik bagi merangsang bayi untuk aktif bergerak.

Hal ini boleh dilihat ketika doktor melakukan imbasan pada kandungan, mereka biasanya akan menggerak-gerakkan alat USG di perut bagi membuatkan bayi lebih semangat untuk bergerak.

Selain itu, ibu juga boleh menekan dan menggoyangkan perut dengan perlahan. Bagi mengejutkan bayi sedang tidur, anda juga boleh pura-pura batuk.

Perlukah ibu bimbang jika bayi kurang menendang dalam kandungan?

credit to sources

Selepas janin mencecah usia 15 minggu, mereka akan mula menggerakkan badan dan anggota tubuh badan yang lain.

Kebanyakan ibu tidak akan merasakan pergerakan janin pada peringkat ini. Tetapi sekitar 16 hingga 25 minggu, ibu mungkin boleh mula merasakan sedikit pergerakan di dalam perut mereka.

Apabila merasakan tendangan bayi dalam rahim, ini memberikan keyakinan kepada ibu-ibu yang anak mereka aktif dan sihat. Ibu akan rasa bimbang jika bayi mereka tidak bergerak dengan banyak.

Tapi jumlah pergerakan janin tidak sama untuk setiap ibu. Sensasi dan tendangan janin juga akan rasa berbeza sepanjang kehamilan seorang wanita.

Tips penting semasa memantau pergerakan bayi dalam kandungan

  • Hubungi doktor anda jika pergerakkan janin dalam kandungan berkurang.
  • Ingat: bayi di dalam kandungan perlu tidur juga, tetapi biasanya tidak lebih dari 90 minit.
  • Pergerakkan janin biasanya akan bertambah selepas 32 minggu dan mula mengikut corak pergerakkan yang stabil.
  • Tendangan janin sepatutnya dapat dirasakan sehingga hari kelahiran.

Sumber: Science NewsThe Journal of the Royal SocietyNHS UK, Livestrong

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagaimana Cara Untuk Mengira Tendangan Bayi & Mengapa Ia Sangat Penting?

Baca juga: 6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi Dalam Kandungan

Baca juga: Hamil Kembar, Ibu Perlu Lebih Alert! Ini Cara Betul Kira Pergerakan Bayi Kembar