Si kecil memang kadang-kadang suka buat ibu ayah panik dengan perlakuan mereka yang ada ketikanya sedikit pelik dan aneh seperti bayi menggigil, merengek, menangis tanpa sebab, bermain dengan tangannya dan lain-lain.
Satu perkara yang menghairankan adalah apabila bayi mengiggil secara tiba-tiba hinggga menimbulkan rasa bimbang di hati anda.
Adakah normal bila bayi menggigil?
Sebelum kita menghuraikan mengapa bayi menggigil, berikut adalah beberapa contoh yang dimaksudkan dengan situasi tersebut.
Ia terjadi apabila bayi menggeletar atau pergerakan yang kelihatan sama seperi gegaran. Ada beberapa sebab yang membuatkan bayi bertindak demikian secara tiba-tiba seperti terlalu teruja apabila melihat seseorang yang dikenali atau suka bermain dengan permainan yang menjadi kesukaan mereka. Sesetengah bayi pula bergerak begini ketika menyusu atau menukar lampin.
Mengapa bayi menggigil?
Sebelum penerangan lebih lanjut, ingin diberitahu bahawa bayi ini tidak perlu dikhuatiri kerana sistem saraf mereka belum matang.
Jadi, selagi bayi berkembang dengan baik anda tidak perlu terlalu bimbang. Berikut adalah alasan biasa mengapa bayi menggigil.
#1. Belajar mengawal diri
Bayi cenderung untuk menggelengkan kepala dari setiap sudut kerana sedang belajar mengawal badan. Pada masa yang sama, mereka juga belajar meniru perlakuan anda.
Selain itu, si kecil juga semakin bijak kerana dia tahu apabila dia membuat gelengan kepala, automatik badannya bergetar sekaligus membuatkan dirinya mendapat perhatian ramai.
Dalam kes ini tiada apa yang perlu dibimbangkan asalkan semuanya dalam keadaan selamat.
#2. Keletihan
Ada juga disebabkan keletihan setelah keluar berjalan dengan agak lama. Oleh itu, mereka akan menggetarkan tubuh atau gelengkan kepala supaya dapat menenangkan diri. Kadang-kadang bayi berkeadaan sebegitu sehingga tertidur.
Bila anda patut risau jika bayi menggigil dengan kerap?
Dalam kes tertentu, mungkin terdapat beberapa sebab yang membuatkan bayi menggigil atau bergetar dan seharusnya mereka mendapatkan rawatan dari ahli pediatrik.
1. Autisme
Pergerakan berulang termasuk menegangkan kepala boleh menjadi petunjuk autisme. Namun, ia perlu disertai dengan tanda-tanda lain seperti tidak membuat hubungan mata, tidak tersenyum dan tidak bertindak balas apabila anda memanggil nama mereka.
Sekiranya anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan anak, sebaiknya segera mendapatkan rawatan supaya masalah yang lebih serius dapat dibendung dari awal.
2. Jangkitan telinga
Antara sebab lain adalah jangkitan telinga, tetapi ia perlu disertai dengan tanda-tanda seperti demam sejuk dan kurang aktif daripada biasa. Sekiranya telinga bayi mempunyai jangkitan lantas membuatkan dia menggigil atau bergetar supaya dapat menghilangkan ketidakselesaan itu.
Sekiranya bayi anda menggigil selama lebih 20 saat, tak sedarkan diri, bibir kebiruan dan lain-lain, sebaiknya hubungi doktor atau buat panggilan kecemasan dengan serta merta.
Tengok juga simptom lain yang membuatkan anak bergetar terlalu kerap hingga tidak mencapai perkembangan yang sepatutnya.
Namun begitu, jika bayi menggigil tanpa ada simptom lain muncul, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anda hanya perlu pantau keselamatan dirinya saja supaya dia kekal cergas dan aktif setiap hari.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Nasreen Majid dan mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga: Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk, Betul Ke Ia Bagus Untuk Si Manja?