Meniarap Adalah Bagus Untuk Perkembangan Bayi, Tapi Bila Patut Bayi Meniarap?
Bayi meniarap berapa bulan? Seawal usia bayi 3 bulan sudah boleh meniarap, jika belum ibu bapa perlu bantu untuk capai perkembangan kognitif
Bayi meniarap berapa bulan? Apabila sampai satu tahap anda akan perasan bayi anda yang kian membesar ini sudah pandai untuk menggerak-gerakkan seluruh badannya. Pergerakannya seperti ingin mengiring, maka itulah tanda untuk bayi meniarap!
Isi Kandungan
Bayi Meniarap Berapa Bulan
Pejam, celik, pejam, celik tiba-tiba bayi sudah pandai lakukan macam-macam. Ia sebenarnya memerlukan keuatan otot, dan biasanya bayi akan mula meniarap sendiri pada usia 3 bulan.
Tapi tentu ada ibu bapa yang sudah praktikkan aksi ini sejak mereka lahir lagi bukan? Ya memang bagus, apabila anda melatih bayi anda untuk meniarap ia boleh membantu perkembangan koginitif mereka selain melatih otot-toto mereka untuk menjadi kuat.
Selain pada waktu tidur, anda juga boleh meniarapkan bayi di atas badan anda. Sekiranya bayi anda sudah mencecah usia dalam 3 bulan tentu anda akan perasaan bayi seolah-olah cuba mengangkat kepala mereka sendiri dan menolak badan anda menggunakan lengan dan kekuatan bahu mereka.
Bayi cukup teruja apabila belajar kemahiran baru, namun dalam masa yang sama perhatikan juga sekiranya bayi anda masih tidak bersedia untuk meniarap mereka akan menangis seperti kepenatan. Jika ia berlaku ibu ayah boleh cuba lagi dalam masa terdekat, usah paksa sehingga anak menangis ya.
Bila Bayi Mula Meniarap?
Momen pertama bayi meniarap memang mengujakan! Namun, bayi meniarap berapa bulan sebenarnya? Biasanya, si kecil akan mula meniarap antara usia 3 hingga 4 bulan.
Namun, jika ini berlaku terlalu awal atau disertai pergerakan yang kelihatan tidak terkawal, ia mungkin menjadi petanda masalah seperti cerebral palsy.
Menurut kata pakar perubatan Dr Zubaidi Hj Ahmad, ini penerangan lanjut mengenai kepentingan meniarap Salah satu tanda bayi kita menjalani perkembangan fizikal yang mengikut umurnya, ialah apabila bayi kita mampu untuk meniarap.
Meniarap adalah waktu peralihan di mana seorang bayi telah dapat mengawal pergerakan kepala dan sejurus sebelum mempelajari kaedah duduk tanpa bantuan, kebanyakan bayi belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari posisi terlentang, kemudian ke posisi meniarap semula, seolah-olah berguling-guling.
Ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan bayi kita bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ia selalunya didorong oleh keinginan untuk mencapai satu mainan yang berada di luar jangkauan, atau hanya untuk mendekati ibu bapanya.
Tummy time
Selain itu sekiranya bayi dalam keadaan perutnya tidak selesa juga digalakkan untuk meniarap. Ia akan membantu melegakan sakit perut bayi akibat angin. Dan ia lebih dikenali debagai tummy time. Praktikkan selalu, tentu cepat bayi anda meniarap nanti.
Melakukan tummy time, senaman “tekan tubi” ini akan menguatkan otot-otot mereka.
Ibu bapa boleh mula ajar si manja anda apabila mereka tidak tidur atau menyusu.
Ibu bapa boleh mula dengan meniarapkan anak mereka selama 1-2 minit sambil menambahkan durasi meniarap setiap hari.
Bayi anda boleh melakukan tummy time selama 10-15 minit sehari.
Jangan lupa peringatan keselamatan ini: Back to sleep, tummy toplay.
Bayi tidak patut tidur meniarap kerana ini boleh meninggikan risiko SIDs. Bayi patut tidur terlentang dan hanya tiarap ketika bangun dan dengan pengawasan orang dewasa.
Tetapi bayi yang menghabiskan banyak masa baring melantang dengan kepalanya di posisi yang sama ketika tidur boleh menjejaskan bentuk kepala.
Bayi Meniarap: Fahami Tanda Baby Sudah Bersedia
Meniarap bukanlah perkara yang mudah untuk bayi. Ia memerlukan kekuatan otot dan koordinasi yang baik. Pada peringkat awal, bayi baru lahir biasanya belum mempunyai kawalan kepala atau kemahiran motor yang mencukupi.
Namun, apabila otot mereka semakin kuat, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan mereka sudah bersedia untuk meniarap:
- Sering mengangkat kepala dan bahu semasa tummy time.
- Bergolek ke sisi.
- Menendang kaki dan mengesot dalam bulatan sambil baring terlentang.
- Mengangkat pinggul ke atas menunjukkan kekuatan kaki dan pinggang semakin baik.
Menariknya, sesetengah bayi mungkin secara tidak sengaja meniarap buat pertama kali dan kelihatan terkejut. Jangan bimbang, situasi ini adalah perkara biasa. Bayi hanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pergerakan baru tersebut.
Cara Membantu Bayi Meniarap
Untuk melatih bayi anda agar cepat merangkak, anda boleh mendorong mereka menggunakan kaedah ini.
- Goyangkan alat permainan atau apa-apa objek bewarna pada bayi, mereka akan cuba untuk mengangkat kepala mereka sambil berusaha untuk mengengsot ke depan! Tapi ingat, lakukan latihan ini jika bayi sudah 3 bulan ke atas ya.
- Letakkan permainan atau objek lembut di tepi bayi, mereka akan cuba mengiring dan akhirnya meniarap dengan sendiri.
- Bayi gemar apabila anda berborak dan mengagah mereka, jadi baring di tepi mereka dan bercakap atau menyanyi tentu bayi anda ingin cuba menoleh dan menggerakkan badan dengan segera.
- Sekiranya bayi anda tidak suka beraksi di atas lantai, cuba tiarapkan bayi atas segulung tuala ataupun di atas paha anda. Jika bayi anda betul-betul tidak suka meniarap, berhenti dan cuba lagi pada masa yang lain
- Jika bayi anda mudah meragam apabila diletakkan secara terlentang, cuba pendekkan sesi tummy time kepada hanya 1 hingga 5 minit.
- Gunakan tikar aktiviti dengan mainan yang berwarna-warni dan menarik sebagai motivasi untuk si kecil belajar meniarap.
- Sentiasa awasi bayi anda semasa tummy time. Apabila dia menjadi semakin kuat, pastikan anda alih dan jauhkan barang-barang yang berbahaya untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
Pemeriksaan Doktor
Setiap bayi berkembang pada kadar yang berbeza, namun penting untuk memantau perkembangan motor mereka. American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan ibu bapa untuk mendapatkan nasihat doktor jika:
- Bayi berhenti bergolek untuk meniarap, walaupun sebelum ini sudah boleh melakukannya.
- Pada usia 6 bulan ke atas, bayi masih tidak dapat bergolek dari posisi meniarap ke menelentang.
- Otot bayi kelihatan kaku atau lemah (low muscle tone) selepas usia 6 bulan.
Walaupun situasi ini masih boleh dianggap normal, berbincang dengan pakar pediatrik adalah langkah bijak untuk memastikan si kecil tidak menghadapi kelewatan perkembangan yang memerlukan perhatian lebih awal.
Pencapaian Lain Selepas Bayi Meniarap
Apabila bayi sudah terbiasa meniarap dan otot lehernya cukup kuat, mereka akan mula belajar duduk, merangkak, berdiri, dan akhirnya berjalan. Jika ada keraguan, segera dapatkan nasihat doktor untuk memastikan perkembangan si kecil berjalan lancar.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Tidur Meniarap, Nampak Selesa Namun BERBAHAYA! Ibu Ayah Sila Alert
Baca juga: Tutorial Cara-Cara Untuk Ajar Dan Buat Anak Anda Meniarap (Tummy Time Bayi Dengan Gambar)
Baca juga: Perkembangan Bayi Mengikut Bulan, Dari Lahir Hingga Usia Setahun