Bayi Asyik Melekat Nak Susu Setiap Masa & Susah Tidur, Adakah Dia Tak Kenyang?

undefined

Pelik melihat si kecil asyik merengek lapar meskipun telah menyusu sejam yang lalu. Ini jawapannya kenapa si kecil bertindak sedemikian rupa...

Ramai ibu dalam pantang mengeluh letih apabila bayi menyusu sepanjang malam dalam masa yang agak panjang. Kenapa ya? Adakah itu tanda bayi belum kenyang atau susu badan anda semakin kurang? 

Apabila bayi menyusu sepanjang malam, menangis dan tak mahu tidur, ibu pun mengambil jalan pintas dengan memberinya susu formula. Persoalannya di sini, betul ke cara yang diguna pakai si ibu itu?

Normal ke jika bayi menyusu sepanjang malam? 

bayi menyusu sepanjang malam, bayi menyusu setiap malam, bayi menyusu terlalu lama, bayi menyusu, penyusuan bayi, susu badan, bayi minum susu badan, bayi minum susu ibu, susu ibu, kelebihan susu badan, kebaikan susu ibu, kebaikan susu badan

Kredit: Baby Center

Sebenarnya, bayi baru lahir memang akan cenderung menyusu sepanjang malam dan dia ingin “melekat” sepanjang masa dengan ibunya. Bukan untuk menyusu sahaja, tapi dia juga ingin dibelai, dipeluk dan dimanjai oleh ibu dan ayahnya.

Sebab ketika dalam kandungan, hidupnya sunyi, tapi apabila dilahirkan dia harus menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Apatah lagi, bagi si manja berada dalam dakapan dada ibu adalah sesuatu ketenangan yang cukup indah

Bayi menyusu sepanjang malam dengan lebih kerap 

Secara lumrahnya, bayi baru lahir menyusu dalam anggaran lapan ke 12 kali sehari kerana susu ibu lebih cepat dihadam. Saiz molekul susu badan yang kecil dan halus memudahkan penyerapan susu pada usus dan perut bayi yang belum matang.

Oleh sebab inilah juga, bayi cepat lapar berbanding bayi yang diberikan susu formula. 

Oleh kerana saiz perut bayi kecil, maka dia lebih kerap menyusu kerana susu ibu terhasil berdasarkan saiz perutnya. Atas sebab itu juga bayi memerlukan 25 minit untuk menghisap susu dan kolostrum yang bersamaan dengan 5-7 ml itu. 

Cara mengesan sama ada bayi kenyang atau tidak lepas menyusu

bayi menyusu sepanjang malam, bayi menyusu setiap malam, bayi menyusu terlalu lama, bayi menyusu, penyusuan bayi, susu badan, bayi minum susu badan, bayi minum susu ibu, susu ibu, kelebihan susu badan, kebaikan susu ibu, kebaikan susu badan

Kredit: Life line gold id

Caranya adalah melihat pada najis bayi. Jika si kecil berak lima ke enam kali sehari, dan warnanya kuning terang, itu maksudnya bayi kenyang dan cukup susu.

Selain itu, perhatikan juga berat badan bayi sama ada bertambah atau tidak. Jika bertambah seperti mana yang tertera dalam carta kenaikan berat badan bayi, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Kenapa minum susu formula, bayi senang tidur?

Ia disebabkan kerana susu formula sukar dihadam dan usus bayi yang masih belum matang terpaksa bekerja kerasa untuk melakukan proses penghadaman. Atas sebab itulah, bayi cepat letih seterusnya tidur lebih lama. 

Kesimpulannya, jangan terlalu risau jika bayi asyik nak “mengempeng” dengan ibu kerana ia normal dan seharusnya anda mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi ini. Semoga ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Kredit gambar : Hello Sehat
 
 
Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!