Tips bayi jadi pintar - Apa yang ibu bapa boleh buat sejak anak kecil?

Anda mahu anak jadi bayi pintar? Jom amalkan 6 tips berguna ini untuk menggalakkan perkembangan otak bayi anda sejak kecil mengikut tumbesaran mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa ingin tips supaya bayi pintar? Mari baca tentang peranan ibu bapa serta senarai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan perkembangan otak bayi anda mengikut umur dan peringkat tumbesaran ini.

Kalau ibu bapa rajin membuat amalan-amalan ini sejak mereka kecil, pasti bayi pintar anda itu akan jadi semakin pintar!

Banyakkan membaca buku kanak-kanak kepada mereka. Luangkan masa untuk melakukan bonding dan bermain muka atau ba-cak. 

Geletek badan bayi dan gerakkan permainan yang berwarna cerah perlahan-lahan di depan matanya. Nyanyikan lagu dan selalu bersembang dengan anak sambil anda melakukan kerja.

Apabila dia semakin besar, dia pasti akan ikut semua pergerakkan mama dengan matanya.

Berikan permainan yang berwarna cerah dan menarik, contohnya seperti mainan plastik yang dapat disusun tinggi dan ditumbangkan. Tunjukkan beza antara mainan yang lembut dan keras.

Pasangkan musik dengan rentak yang berbeza apabila anak sedang bermain dan apabila anda membaca kepadanya galakkan bayi anda untuk menyentuh dan mengenali tekstur yang berlainan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan lupa main Ba-cak!

Kerapkan bercakap dengan anak anda sambil menunjuk kepada orang dan objek yang sering dilihat.

Ulangkan dengan jelas perkataan untuk setiap objek. Nyanyi bersama lagu-lagu yang menggunakan pergerakan tangan.

Kalau nak cuba aktiviti yang lebih fizikal supaya anak boleh berjalan sambil meneroka di rumah, anda bolehlah bermain sorok-sorok. Tetapi pastikan rumah anda selamat dulu ya!

Cuba tanya anak kalau dia boleh mengenali beberapa barang-barang yang mudah. Contohnya, ibu bapa boleh menggunakan kad imbas (flashcard) dan suruh anak tunjukkan yang mana matahari, pokok atau burung.

Ibu bapa juga boleh letakkan 2 barang dan tanya, “Mana satu kereta mainan merah, yang mana satu buah epal?” Permainan perbezaan seperti ini akan merangsang otak anak anda untuk berkerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar anak untuk mewarna dan melukis dengan menggunakan krayon dan kertas, kemudian galakkan mereka untuk bermain secara bebas bersama dengan mainan kegemaran mereka.

Beri anak pujian dan dorongan apabila kemahiran motor mereka bertambah baik. Tingkatkan imaginasi anak dengan menggabungkan aktiviti ‘kehidupan sebenar’ ke dalam permainan harian seperti berpura-pura bercakap di telefon, memandu kereta dan main masak-masak.

Selepas membaca, cuba tanya balik beberapa soalan yang mudah mengenai cerita itu atau masukkan anak ke dalam cerita pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan ibu bapa tunjuk kepada perkataan apabila membaca kepada anak dan gunakan suara yang lantang dan nyata.

Tunjukkan cara untuk melakukan sesuatu supaya mereka boleh mengikut sambil belajar. Ajak mereka main permainan board game yang senang supaya mereka belajar setiap permainan ada langkah dan peraturannya.

Kurangkan masa tonton tv dan video ke 1-2 jam sehari untuk mengajar mereka batasan tapi ibu bapa boleh tonton bersama supaya ia lebih interaktif.

Biarkan anak membuat keputusan yang senang, contohnya, memilih untuk baca buku bersama atau main puzzle bersama. Hormati keputusan anak, berikan perhatian dan bersabar apabila anak sedang menerangkan atau memberitahu anda sesuatu.

Luangkan masa untuk duduk bersama anak dan berbincang tentang kegiatannya hari itu. Ini akan mengalakkan penggunaan bahasa dan perkembangan anak bercakap serta membina ikatan antara anak dan ibu bapa.

Selamat mencuba ibu bapa semua!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Bukti Bayi Anda Lebih Bijak Dari Apa Yang Anda Sangka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio