Najis keras dan kadang-kadang berdarah sudah lebih seminggu. Itu yang dialami oleh bayi perempuan pelakon Dayana Roza. Menerusi perkongsian video pada Instagramnya, bayi itu sembelit teruk seterusnya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bayi sembelit teruk, menangis setiap kali ‘membuang’
- Bayi mula alami jangkitan selepas sembelit teruk
- Anak semakin sembuh dari masalah sembelit
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan bayinya yang bernama Astrid Raheeya turut menangis sewaktu pemeriksaan dibuat oleh doktor.
Bayi sembelit teruk, menangis setiap kali ‘membuang’
Dayana menceritakan, Astrid menangis setiap kali mahu membuang air besar malah, dia juga sudah berusaha menukar makanan namun keadaan masih sama.
“Setiap kali buang air besar mesti dia menangis. Dah tukar diet ke buah tinggi serat dan sayuran, pun sama. Hari Rabu lepas habis penggambaran, umi telefon bagitahu Astrid masih menangis waktu buang air besar.
“Jadi bawa Astrid pergi hospital untuk check. Memang dah rancang kalau tak ok juga, nak tukar susu tapi nak minta pendapatan doktor dulu,” katanya pada hantaran Instagram.
Bagaimanapun, Dayana berkata, doktor memaklumkan perut Astrid keras serta perlu menjalani imbasan x-ray.
“Tiba-tiba doktor cakap perut dia dah keras dan kena x-ray. Bila keputusan keluar rupanya najis Astrid dah penuh dan block sampai usus atas. Doktor cakap kena warded untuk ujian darah, masuk drip dan flush najis dia.
“Doktor cakap ada kes yang teruk sampai bayi kena operate sebab dah flush pun tak keluar habis. D (Dayana) terus seram sejuk dengar dan doa harap selepas flush terus ok. Tak nak sampai operate, tak sanggup,” katanya.
Bayi mula alami jangkitan selepas sembelit teruk
Bercerita lanjut, Dayana turut berkongsi perasaan hancur hatinya tatkala melihat Astrid menangis sewaktu drip pada tangan bayi tersebut.
“Hasil keputusan ujian darah pula, memang dah mula ada jangkitan dan setiap hari kena inject antibiotik. Astrid pula alergi dengan antibiotik, naik merah macam kena gigit pepijat pada badan dia.
“Tapi dah ok lepas tukar ubat. Dalam sehari, tak tahu lah berapa kali Astrid menangis di hospital. Dia trauma nampak jururawat masuk, menangis merengek saja sebab perut tak selesa kot lepas kena flush. Tidur pun tak cukup macam di rumah,” katanya.
Dayana berkata, dia tidak menyangka sembelit yang terjadi kepada bayi boleh sampai ke tahap keadaan sebegitu berbanding orang dewasa.
“Kita orang besar ni kalau tak boleh buang air besar, minum detox saja senang. Tapi bayi tak boleh. Dah lah tak boleh cakap yang dia sakit ke tak selesa. Bila anak sakit memang jadi stres, penat tak cukup tidur semua.
“Memamg mental breakdown bila tengok Astrid macam ni. Sebab itu mama bawa semua permainan kesukaan dia, walker bagai. Lantaklah orang cakap macam nak pindah rumah, asalkan anak aku happy,” katanya.
Anak semakin sembuh dari masalah sembelit
“Alhamdulillah hari ini Astrid dah nampak ok. Hasil flush pun berjaya, banyak najis dan tak keras dah. Makan tak payah cakap lah, dia sakit ke tak, memang sentiasa berselera. Menangis pun dah tak seteruk sebelum-sebelum ini.
“Kalau dia bosan ke apa, mama cuba sedaya upaya untuk hiburkan dia. Kepada yang DM D, sorry tak dapat jawab satu-satu. Terima kasih semua yang DM mendoakan kesihatan Astrid. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Tabiat Pemakanan Seharian Punca Utama Kanak-Kanak Sembelit, Ini Tips Buat Ibu Ayah!
Baca juga: Seksa Sembelit Dalam Pantang! Apa Nak Buat Jika Takut Hendak Membuang Selepas Bersalin?
Baca juga: 10 Jenis Makanan Ini Perlu DIELAKKAN Selepas Pembedahan, Takut Risiko Sembelit & Luka Lambat Pulih!