Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

Seorang lelaki dipercayai menumbuk dan mencampak bayi kekasihnya hingga rosak buah pinggang semata-mata kerana bayi tak berhenti menangis dan dia stres!

Seorang lelaki berusia 25 tahun yang berasal dari Kajang ditahan tempoh hari kerana telah mendera dan memukul bayi 10 bulan hanya semata-mata kerana bayi tak berhenti menangis!

Bayi tak berhenti menangis dan buat dia stres

Akibat tindakan kejam lelaki tersebut, bayi yang tak bersalah itu kini menderita kegagalan fungsi buah pinggang!

Menurut laporan Channel News Asia, insiden ini terbongkar apabila ibu kepada mangsa (21 tahun) telah ke balai polis untuk melaporkan kecederaan pada bayinya. 

Kredit: Mashable

Ketua Polis Bahagian Kajang, Chief Ahmad Dzaffir Yusoff berkata bayi itu muntah-muntah dan mempunyai kesan darah dalam lampinnya. Ibu mangsa menyangka ini mungkin perbuatan pengasuh bayinya.

Tapi akhirnya kebenaran diketahui. Kekasih wanita itu mengaku dia mendera bayi tersebut kerana bayi itu tak mahu berhenti menangis. Tangisannya membuatkan lelaki itu “naik gila”.

Bayi tak berhenti menangis dicampak ke lantai dan ditumbuk!

Sejujurnya, lelaki itu mengaku dia telah menumbuk dan mencampakkan bayi tersebut ke lantai kerana bayi tak berhenti menangis. MasyaAllah! 

Yang lebih buruk, doktor juga menemui kesan gigitan di telinga mangsa. Kini, si kecil itu terpaksa menanggung akibat yang memberi kesan padanya. 

Buah pinggang si kecil ini mungkin tidak dapat berfungsi…

Selepas kejadian ini terbongkar, polis terus menyiasat keluarga terbabit bagi mendapatkan bukti penderaan. Bayi itu merupakan anak ke-3 daripada 3 adik beradik. 

Kedua-dua adik-beradik bayi tersebut juga didapati mempunyai kesan penderaan lama. Ini menunjukkan mereka pernah didera sebelum ini.

Pihak polis mengambil keputusan untuk menahan kedua-dua pasangan itu bagi membantu siasatan ke atas kes penderaan kanak-kanak. 

Kasihannya. Bayangkan nasib si kecil yang masih tidak tahu apa-apa itu…

Kredit: Whole Parent

Tanggungjawab menjadi seorang ibu atau bapa

Tugas sebagai seorang ibu bapa bukan mudah. Tapi, dari tugas ini kita belajar untuk mengawal diri kita sendiri.

Bila kita ada anak baru kita faham erti kesabaran dan pengorbanan demi anak-anak. Nak menenangkan bayi tak berhenti menangis pasti mampu buat anda stress kadang-kadang.

Tapi ini apa yang anda boleh buat:

Bayi tak berhenti menangis: Apa anda patut buat?

1 – Dia lapar atau mengantuk?

Jika bayi anda asyik menangis, cuba periksa benda paling basic dulu. Adakah mereka lapar atau mengantuk? 

Perkara pertama anda perlu buat jika bayi tak berhenti menangis adalah dengan memberi dia makan atau mendukungnya untuk beri dia peluang nak sendawa. Anda juga perlu memeriksa lampinnya.

Kalau memang sudah masuk waktu dia tidur, cuba anda ubah posisi mendukung dan dodoikan si manja hingga dia tertidur.

Kalau selepas anda check kedua-dua sebab asas ini tapi bayi masih tak berhenti menangis, itu mungkin kerana dia mahukan perhatian anda. Luangkan masa untuk bermain dengannya.

2. Kalau bayi masih tak berhenti menangis, cuba cara lain pula

Kadang-kadang, bayi nampak macam okay saja, tapi dia menangis tanpa henti. Kalau benda ini terjadi, cuba anda ikut langkah-langkah di bawah ini:

  • Dukung bayi dan cuba bercakap/bernyanyi padanya
  • Cuba keluar dari rumah untuk berjalan-jalan sekejap
  • Ingatkan diri anda untuk sentiasa bertenang walaupun anda kecewa anak tak berhenti menangis. Marah takkan buat anak anda berhenti menangis
  • Kalau anda tak tahan sangat, cuba luangkan masa untuk bersendiri. Tinggal sekejap anak dalam baby cot. Pastikan keadaan selamat
  • Cuba dapatkan bantuan pakar

3. Tenangkan bayi dengan lembut

Anda mesti nak anak diam dengan cepat jika mereka asyik menangis dan buat anda stres. Tapi cara menenangkan bayi yang kasar boleh mengancam nyawa anak.

Bayi masih mempunyai otot leher yang lemah, maka kepalanya memerlukan sokongan. Menggoncang bayi pun sebenarnya amat berbahaya! 

Jadi jangan buat sebarang tindakan yang terlalu kasar. 

Kalau anda rasa terlampau tidak tahan dengan masalah ini, cuba dapatkan bantuan dan cara untuk menangani bayi tak berhenti menangis.

 

 

 

 

 

Sumber: Channel News Asia, MayoClinic

Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Best for Babes

Baca juga:

Menangani bayi menangis

Penulis

Ayu Idris