Ibu bapa mana yang tak risau bila bayi tidak berkembang dengan baik kerana ia tentunya menggangu perkembangannya sehingga besar.
Secara lazimnya, kemampuan mendengar dan melihat seseorang dapat dilihat sejak di usia bayi lagi. Maka fungsi mata dan telingar harus dijaga dengan baik sejak kecil.
Walaubagaimanapun, tidak semua bayi yang dilahirkan pasti sempurna. Ada beberapa bayi yang dilahirkan cacat dan bayi tidak berkembang sempurna seperti yang lain.
Bagi mengetahui apakah ciri-ciri bayi tidak berkembang ini, berikut ulasan lanjut berkaitannya.
Bayi tidak berkembang dari segi melihat
#1. Mata bayi menghindari cahaya
Secara umumnya, bayi yang baru lahir sehingga umur satu bulan masih belum dapat melihat sesuatu objek dengan jelas. Meskipun jaraknya satu jengkal sekalipun, belum tentu bayi boleh melihat secara jelas.
Sementara itu, bayi yang berumur sekitar 1 hingga 9 bulan dapat melihat cahaya walaupun samar-samar.
Jadi, cuba dekatkan bayi dengan cahaya silau seperti lampu, telefon bimbit dan cahaya yang lain.
Tapi, jangan terlalu dekat kerana kita hanya nak fokuskan reaksi bayi semasa melihat benda bercahaya.
Jika bayi tidak fokus pada benda cahaya yang digerakkan mungkin bayi mengalami gangguan.
#2.Tidak menatap wajah ibu ayah
Semasa bayi sudah mampu melihat dengan jelas, dia akan selalu memandang benda yang berada di sekitarnya. Ini termasuklah, wajah kedua-dua ibu bapanya.
Cuba dekatkan wajah anda kepada bayi dan lihat reaksinya. Ini kerana bayi yang mempunyai mata sihat akan terus memandang kepada wajah anda walaupun anda bergerak.
Namun, jika matanya ada masalah, dia tidak akan fokus memandang wajah anda.
#3. Tidak mengikut benda yang bergerak
Bayi yang sudah boleh melihat akan tertarik kepada benda-benda yang bergerak terutama yang baru ditemui.
Bukan hanya benda, orang yang baru dilihat juga akan terus dipandang.
Jadi, kalau nampak bayi tidak selalu melihat benda di sekitarnya atau tidak ikut arah benda yang bergerak mungkin dia adalah masalah penglihatan dan segera bawa berjumpa doktor.
#4. Tidak boleh membezakan wajah ibu bapanya
Bayi yang sudah membesar sudah boleh mengenal wajah orang yang selalu dijumpai. Misalnya, wajah ibu ayahnya, atuk, nenek, saudara dan sebagainya.
Biasanya bayi yang memiliki mata yang sihat akan mudah mengesan wajah-wajah tersebut. Cirinya mereka akan menangis dan rasa tak selesa semasa didukung oleh orang tersebut.
Namun, jika dia selalu menangis walaupun didukung oleh ibu atau ayahnya mungkin matanya ada masalah kerana masih belum kenal orang di sekitarnya.
Bayi tidak berkembang dari segi pendengaran
#5. Bayi tak takut semasa dengar suara yang kuat
Ciri paling mudah nak kesan jika bayi mengalami masalah pendengaran adalah si kecil tidak takut semasa dengar suara yang kuat.
Secara umumnya, bayi yang memiliki sistem pendengaran yang bagus akan memberi reaksi jika mendengar suara asing yang besar.
#6. Tidak memberi respon semasa mendengar muzik
Bayi tidak memberi reaksi semasa mendengar muzik sedangkan ia dapat merangsang pendengaran anak agar lebih terlatih dan sistem pendengarannya jadi lebih baik.
Jika dia tidak memberi sebarang reaksi sila bawa berjumpa doktor.
#7. Tiada variasi suara dari bayi
Bayi dapat mengeluarkan suara apabila mendengar sesuatu. Apatah lagi berbagai kosa kata atau bahasa bayi yang akan dikeluarkan. Namun, hal ini akan jadi sukar jika bayi tidak boleh mendengar dengan baik.
Bahkan, jika sudah berusia 2 tahun ke atas masih belum boleh bercakap, ini sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan perlu membawa si kecil berjumpa terapi pertuturan.
#8. Elak mencari sumber suara
Bayi biasanya mempunyai rasa dan keinginan yang terlalu tinggi terhadap perkara yang berada di sekitarnya.
Dalam isu suara ini, jika ada suara asing yang baru pertama kali didengari bayi normal akan mencari dari mata datangnya suara itu.
Tapi, ia jadi sebaliknya jika si kecil mempunyai masalah pendengaran di mana dia “tidak peduli” dengan suara tersebut.
Inilah antara ciri-ciri bayi yang mempunyai masalah melihat dan mendengar. Sekiranya anda khuatir dengan perkembangan si kecil, sila bawanya berjumpa pakar kanak-kanak untuk dirawat.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 tanda anak anda mungkin ada masalah pendengaran
Baca juga: Main ba cak (peek a boo) boleh tunjuk tanda autisme pada anak!
Baca juga: 9 bayi comel dengan muka yang SEBIJI macam selebriti terkenal!