Anak Darjah 3 Minta Beg Gucci & Ipad, Ibu Belikan Saja Kerana Sudah Kerja Keras Untuknya

Beg sekolah Gucci menjadi idaman kanak-kanak ini selepas dia memberikan alasan yang munasabah terhadap ibu dan ayahnya sebelum ke sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbeza dengan kanak-kanak lain yang biasanya menginginkan beg berjenama Smiggle, murid darjah 3 iaitu Muhammad Qalish Muhammad Zaki ingin tampil bergaya dengan memakai beg sekolah jenama mahal.

Memandangkan kini sesi persekolahan untuk tahun 2022 telah bermula, ibu ayahlah yang akan sibuk membuat persediaan anak-anak agar semuanya berjalan dengan lancar.

Permintaan anak yang teringin beg sekolah berjenama Gucci

Seorang ibu berusia 33 tahun, Siti Rahaizah telah berkongsi sebuah video dalam laman TikTok dengan menulis kapsyen ”Bila anak hang darjah tiga dah minta beg Gucci”.

@eyzazakiey3
belajaq rajin2 na qhalish…#fyp #foryoupage #fypシ #shopeehaulcheck #fypシ゚viral #eyzazakiey ♬ DJ pudin026 – pudin

Tanpa disangka, perkongsian terbabit telah menjadi tular dalam media sosial dan memperoleh pelbagai komen dari kalangan pengguna.

Menjelaskan kepada pihak Mstar, wanita yang dikenali sebagi Eyza Zakiey berkata, anak lelaki kesayangannya itu kurang meminati beg yang dipenuhi gambar kartun seperti kanak-kanak yang lain sejak kecil lagi.

Malah anaknya yang baru berusia 9 tahun sudah mahir dengan pelbagai barangan berjenama termasuklah kereta.

”Dia memang dari kecil tidak minat beg kartun. Mungkin sebab dari kecil sudah terbiasa macam ni. Dia memang dah kenal dengan jenama-jenama ini. Macam LV, Gucci, Prada, Chanel. Tambah pula kalau bab-bab kereta, semua jenis kereta dia kenal, horse power berapa pun semua dia tahu,” jelasnya.

Tidak cukup dengan beg Gucci, Eyza seterusnya berkongsi bahawa anak lelakinya minta Ipad pula. Dia memuat naik video dengan kapsyen ”xpa la mak kerja keras untuk anak jugak, semoga belajar rajin-rajin” dan memperoleh lebih dari setengah juta tontonan di TikTok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@eyzazakiey3
Reply to @dnlgrx120 xpa la mak kerja keras untuk anak jugak smoga belajaq rajin2… #fyp #eyzazakiey #foryoupage #Hello2022 #fypシ゚viral #racunintiktok ♬ suara asli – 💙Alang💙 – ❤️adx Dinda❤️

Nak beg sama macam papa

Memandangkan bapanya juga menggunakan beg jenama Gucci, Qalish turut meminta beg yang sama untuk digunakan ke sekolah.

”Dia cakap beg lama dia ‘panjang’ (besar) sampai ke punggung. Jadi dia nak juga beg Gucci sama macam papa dia.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kasut pun sama, selalu kami beli kasut dewasa dekat dia tapi saiz paling kecil. Beg tu pula, kebetulan masa tu kami tengah shopping, tu yang dia minta belikan beg baharu.”

”Jadi kami pun belikan saja. Tak apa lah, kita kerja keras untuk anak-anak juga.” jelasnya yang mempunyai perniagaan kosmetik jenama sendiri, Perfectus Cosmetics.

Difahamkan anak tunggalnya itu bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di negeri Kedah. Mengakui dia sendiri tidak pernah merasa hidup mewah, Eyza berkata dia tidak ambil tahu dengan komen-komen negatif di media sosial.

Katanya, dia tidak nampak sebarang kesalah untuk berkongsi rezeki dengan ahli keluarga dan membahagiakan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya tidak kisah apa orang nak kata. Lain orang lain caranya. Dulu saya susah, saya tak dapat merasa semua ini. Sekarang saya buat bisnes jual foundation RM5. Alhamdulillah kami berjaya walaupun masih ikan bilis. Saya bangga dengan hasil titik peluh sendiri,” jelasnya sambil menambah beg tersebut dibelinya pada bulan 11 yang lalu.

Waspada Rich Kid Syndrome, boleh merosakkan identiti anak

Hati-hati bila anak kita terlalu sukakan barangan berjenama, selalu mendesak nak makan tempat mewah dan mahal, jijik dengan tempat yang murah dan jadikan mak ayahnya sebagai ATM berjalan.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rich Kid Sydrome (RKS) ini bukan kena pada anak orang kaya je. Tetapi anak-anak orang biasa-biasa pun boleh kena. Kadang-kadang kita dulu pernah jatuh miskin, jadi bila dah berduit sikit kita pun hamburlah pada anak-anak.

Ya, kita tak nak anak susah macam kita dulu-dulu. Kita anggap inilah ‘act of love’ kita pada mereka tapi limpahan kemewahan tanpa kawalan ini hanya akan merosakkan identiti dan ‘self-control’ anak kita.

Akhirnya mereka akan takut dengan kesusahan, memandang hina semua yang berkaitan dengan kesusahan atau kemiskinan. Jinakkan kembali RKS ini dengan selalu menceritakan pengalaman-pengalaman kemiskinan dan kesusahan diri kita suatu ketika dahulu.

Bagitahu anak yang mempunyai sindrom ini bahawa ada kanak-kanak di luar sana yang tiap hari hanya makan roti dan sayur. Bagitahu mereka ada anak di luar seumur hidupnya tidak mampu menjamah KFC ataupun McD!

Turunkan ego anak dengan selalu menceritakan kemiskinan anak-anak pelarian dan fakir miskin di sekelilingnya. Sedarkan mereka bahawa masih wujud keluarga yang sangat susah di dunia ini.

Sumber: Mstar, Taufiq Razif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resepi SEDAP Buat Mereka!