Tidak Mampu Bayar Tambang Van, Ibu Sebak Beli Motor RM1 Untuk Hantar Anak Sekolah

Beli motor berharga RM1 untuk kegunaan hantar anak ke sekolah. Seorang ibu akhirnya menarik nafas lega apabila tidak perlu bayar tambang van

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang suri rumah terpilih untuk beli motor jenis Modenas Kriss dengan harga hanya serendah RM1. Hasratnya sebelum ini yang mengimpikan sebuah motosikal sendiri bagi memudahkan urusannya menghantar anak-anak ke sekolah akhirnya termakbul.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Beli motor serendah RM1 melalui Program Infak untuk kegunaan anak ke sekolah
  • Galas tanggungjawab sebagai ketua keluarga

Beli motor serendah RM1 melalui Program Infak untuk kegunaan anak ke sekolah

Sejak suaminya Mohd Amir Idris, 33 tahun kehilangan kaki akibat penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu, Norwahidah Maulad, 33 tahun langsung tidak memiliki kenderaan.

Sebanyak RM260 disediakan setiap bulan sebagai peruntukan bagi bayaran sewa van sekolah untuk empat orang anaknya juga untuk kereta e-hailing (grab) bagi membawa suaminya menjalani rawatan dialisis.

Selain itu, dalam tempoh waktu itu  keluarga Puan Norwahidah hanya bergantung harap dengan bantuan yang telah disalurkan oleh Majlis AGAMA Islam Melaka (MAIM) dan juga bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurutnya lagi, bayaran van sekolah anak-anak juga telah tertunggak sehinggalah sekarang kerana tidak mampu untuk membayarnya.

Dia sangat bersyukur kerana impiann untuk memiliki kenderaan sendiri akhirnya tercapai juga dan mengurangkan sedikit beban kewangan yang dilalui.

Dengan adanya motosikal, urusan untuk anak-anak ke sekolah lebih mudah dan wang juga dapat dijimatkan.

Katanya ketika penyerahan motosikal oleh pemilik Makdad Workshop iaitu Shikh Muhammad Makhdad Haron yang diserahkan di rumah sewa Puan Norwahidah iaitu di Taman Seri Duyong 2.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galas tanggungjawab sebagai ketua keluarga

Sejak suaminya sakit dan tidak lagi mampu bekerja seperti biasa, Puan Norwahidah terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam pelbagai urusan.

Menurutnya lagi, dengan kemudahan motosikal ini ianya dapat memudahkan urusan mereka untuk bergerak termasuklah membuat penghantaran barang yang dijual secara online di kawasan-kawasan yang berdekatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya lagi, sebelum ini dia pernah terfikir untuk keluar bekerja tetapi terpaksa melupakan hasratnya itu kerana risau dengan keadaan suaminya. Tambahan lagi, anaknya yang berusia tujuh tahun adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga perlu menjaga seorang lagi anaknya berusia empat tahun.

Menurutnya lagi, sebelum ini rumah yang didiami mereka dibiayai oleh MAIM. Namun mereka terpaksa berpindah ke rumah lain dengan kadar sewaan sebanyak RM500 sebulan kerana tuan rumah tersebut ingin menjual rumah itu.

Oleh itu, mereka terpaksa mencari wang lain untuk membayar sewa rumah yang mereka diami sekarang ini. Pihak MAIM akan membantu jika mereka berpindah ke rumah yang lebih murah sewanya, ujarnya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Shikh Muhammad Makhdad, melalui Program Infak itu sebanyak tiga buah motosikal telah pun diserahkan kepada pemilik.

Sebanyak RM1000 telah dibelanjakan bagi membaik pulih motosikal Puan Norwahidah termasuk kos cukai jalan, kos Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) disebabkan sudah dua tahun tidak menggunakannya.

Semoga Puan Norwahidah sekeluarga tabah menghadapi cabaran hidup.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa

Baca juga: 8 Perkara Yang Selalu Dikatakan Kepada Ibu Bekerja Yang Membuatkan Mereka Rasa Dihakimi

Baca juga: Jika Anda Seorang Ibu Bekerja, Pasti 7 Perkara Ini Pernah Terlintas Di Fikiran Anda Kan?

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani