3 – Berganding bahu
Berdua lebih baik! Berganding bahu dengan pasangan anda untuk sama-sama mendapatkan bentuk badan lebih ideal.
Kajian menunjukkan yang mempunyai pasangan untuk aktiviti lebih sihat membuatkan seseorang itu lebih kekal mengamalkan gaya hidup sihat.
4 – Kardio kunci utama
Mulakan dengan aktiviti kardio. Ianya cara terbaik untuk mendapatkan balik tenaga dan stamina untuk aktiviti yang lebih berat.
Tahukah anda yang perbuatan menolak kereta sorong bayi sambil berjalan selama 30 minit akan membakar lebih dari 150 kalori?!
Lepas ini tiada alasan untuk bakar lemak, ye!
5 – Jaga diet
Pernah tak dengar ‘abs are made in the kitchen‘? Ia bermakna perut dibuat di dapur.
Ini memang betul, salah satu perkara penting untuk mendapatkan badan yang ideal ialah menjaga apa yang anda makan. Lebihkan sayuran, buah-buahan, bijiran dan protein tanpa lemak untuk tenga yang bersih dan berpanjangan.
6 – Penambahan berat badan
Jangan takut dengan angka yang meningkat pada penimbang anda.
Itu mungkin disebabkan oleh otot yang semakin terbentuk, bermakna lebih banyak kalori yang terbakar. Selepas anda mendapat bentuk badan ideal, latihan berat akan membantu anda dengan berat badan anda pula.
7 – Ubah
Anda mungkin akan menjadi bosan jika setiap hari mempunyai rutin yang sama. Jadi, cuba buat jadual untuk pelbagaikan aktiviti senamanan anda.
Seronok semasa bersenam juga adalah motivasi untuk lebih konsisten dalam mendapatkan bentuk badan anda.
Anda ibu menyusu dan anda terfikir Sebab Mengapa Berat Badan Ibu Tidak Turun Walaupun Menyusu dan Apakah Yang Terjadi Pada Payudara Anda Setelah Anda Berhenti Menyusu?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: