Apa Perlu Ibu Buat Selepas Bersalin Di Labour Room? Ini 10 Tips Buat Ibu Kali Pertama!

Beranak atau melahirkan bayi buat kali pertama pastinya membuatkan ramai ibu keliru apa yang perlu dibuat selepas selesai bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu buat kali pertama memberikan pengalaman yang begitu asing bagi kebanyakan wanita. Selepas beranak atau melahirkan bayi, adalah normal jika anda berasa keliru apakah yang perlu dilakukan.

Memandangkan segalanya menjadi kekok, kami kongsikan beberapa perkara yang mungkin akan berlaku selepas episod bertarung nyawa dalam dewan bersalin.

Perkara yang perlu ibu buat selepas bersalin atau beranak

Apabila seseorang bakal menjadi ibu, banyak ilmu baharu perlu dipelajari. Ilmu sebelum dan selepas kehadiran cahaya mata adalah amat penting bagi membolehkan anda lebih bersedia dalam menjalani hari-hari mendatang.

Apakah yang perlu ibu buat sebaik sahaja selepas bersalin? Adakah bayi akan terus bersama anda di wad? Bilakah dapat pulang ke rumah? Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran ramai ibu.

Justeru kami kongsikan beberapa tips yang perlu dilakukan oleh ibu baharu sebagai panduan anda.

#1. Sesi skin to skin 

Sebaik sahaja bayi keluar daripada rahim, kebiasaannya jika tiada sebarang masalah, doktor atau jururawat yang bertugas akan terus meletakkan bayi di dada ibu buat beberapa minit.

Ketika ini anda akan merasakan tenang dan teramat lega! Kerana kesemua kesakitan bersalin yang ditanggung hilang serta-merta apabila mendengar tangisan dan melihat wajah si manja buat kali pertama.

#2. Menjawab beberapa soalan dari doktor atau jururawat

Doktor atau jururawat yang bertugas akan mencatat maklumat bayi sebagai rekod yang merangkumi waktu bersalin, berat bayi, ukur lilit panjang dan sebagainya. Ada sesetengah kes, mereka akan bertanyakan pada anda beberapa soalan seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ibu, anak lelaki ke perempuan?
  • Bacakan nombor kad pengenalan ibu
  • Ibu, berapa berat bayi?

Sesi percakapan ini mungkin adalah untuk membuatkan anda sedar. Ada sesetengah ibu akan ‘hanyut’ disebabkan oleh terlalu penat atau kesan ubat yang diberikan.

#3. Meletakkan bayi seketika dan mula menyusu

Part ini mungkin antara yang paling kekok. Bayangkan payudara tidak pernah dihisap oleh anak kecil dan inilah kali pertamanya.

Adalah normal untuk anda berasa geli atau sakit pada awalnya. Namun disebabkan bayi baru lahir sangat aktif dan peka dengan keadaan sekeliling, ibu amat digalakkan memulakan penyusuan badan sebaik sahaja bersalin.

Caranya, dakap bayi anda dan suakan puting payudara ke mulutnya. Untuk kali pertama, mungkin si anak masih belum pandai menghisap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi tak mengapa, hanya biarkan anak mengecam dan belajar melekapkan mulutnya pada puting payudara ibu.

#4. Proses mengeluarkan uri dan jahitan bersalin

Sebaik sahaja bayi keluar dari rahim dengan selamat. Jangan ingat semuanya sudah selesai ya, ibu! Doktor perlukan sedikit tenaga anda lagi untuk mengeluarkan uri.

Jadi bertahan sekejap kerana anda mungkin rasa sakit seperti kontraksi.

Biasanya untuk anak pertama, kebanyakan ibu akan digunting bagi membolehkan jalan terbuka sepenuhnya. Namun anda jangan risau kerana doktor akan memberi suntikan bius terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika proses jahitan bersalin berlaku, anda tidak akan berasa sakit.

#5. Menggigil selepas beranak

Ini adalah normal, ibu. Anda akan menggigil sedikit selepas proses bersalin. Ia mungkin disebabkan oleh keletihan, perubahan hormon semasa proses kelahiran.

Anda boleh minta untuk minum sedikit air dan makan kurma daripada Doktor yang bertugas.

#7. Makanan pertama selepas beranak atau bersalin

Percaya atau tidak selepas bersalin anda akan rasa sangat LAPAR! Ye lah kan, dah banyak tenaga ibu guna masa di labour room tadi. Mahu tak lapar kan!

Justeru jangan segan bertanya pada jururawat yang bertugas untuk dapatkan sedikit makanan atau minta suami belikan makanan siap-siap supaya anda tak rasa kelaparan yang teramat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Diberikan telefon dan dibawa ke wad

Jika anda bersalin di hospital kerajaan, sesetengahnya agak ‘strict’ dan tidak boleh bawa masuk telefon ke dewan bersalin.

Sebaik sahaja selesai semua urusan bersalin, barulah anda diberikan telefon dan dibawa ke katil oleh jururawat. Pada masa ini, anda perlu lebih berhati-hati ketika melangkah kerana sakit pada luka jahitan akan terasa.

#9. Duduk di katil dahulu, jangan terus ke tandas

Ini adalah perkara paling penting. Sesetengah ibu akan berpeluh dengan banyak ketika menahan sakit kontraksi. Memandangkan sudah berjam-jam bertarung nyawa, pastinya anda berasa tidak selesa sebaik sahaja mendapat katil di wad, kan?

Bagi mengelakkan terjadi sesuatu yang kurang baik, kami nasihatkan untuk anda duduk di katil buat beberapa minit. Jangan kemana-mana dan berehat. Sesetengah ibu akan berasa pening disebabkan oleh kesan ubat yang dimasukkan.

#10. Bilakah boleh pulang ke rumah selepas bersalin?

Selepas beranak, keadaan ibu dan bayi akan dipantau selama 24jam. Anda dibenarkan pulang ke rumah sekiranya:

  • Bayi dan ibu tiada komplikasi selepas bersalin
  • Bayi telah dilakukan pemeriksaan oleh doktor
  • Bayi telah kencing dan buang air besar
  • Ibu sihat dan dapat menjaga bayi dengan yakin
  • Bayi sihat dan dapat menyusui susu ibu
  • Bayi telah mendapat keputusan darah G6PD dan TSH
  • Suntikan immunisasi iaitu BCG, HEP B, dan Vit K telah diberikan kepada bayi
  • Ujian OAE (Ujian Saringan Pendengaran) telah dilakukan.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Julia Jamaludin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wajib Mandi Wiladah Selepas Bersalin Czer Atau Keguguran, Ramai Ibu Tidak Tahu, Ini Caranya!

Baca juga: Lepas Bersalin, Ramai Ibu ‘Taubat’ Tak Nak Tambah Anak Lagi, Tapi Tak Sampai Setahun Dah Keluar Baby Baharu!

Baca juga:  Rasa Kepala Baby Dah Kat Bawah, Wanita Bersalin & Sambut Anak Sendiri Dalam Kereta