10 Manfaat Beras Merah Untuk Kesihatan Bayi, Cara Pengambilan & Risiko

Beras merah untuk bayi sangat sesuai diambil apabila mereka berusia enam bulan ke atas, Namun pastikan anda masa dengan betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beras perang atau beras merah terkenal kerana kaya serat, vitamin, dan mineral sekaligus menjadikannya pilihan yang sangat berkhasiat untuk orang dewasa. Namun adakah selamat beras merah untuk bayi?

Adakah Selamat Beras Merah Untuk Bayi?

Beras perang sebagai makanan pertama bayi adalah pilihan yang baik kerana peluang untuk menimbulkan alahan daripadanya sangat rendah.

Beras merah mengandungi lebih banyak serat, vitamin, dan mineral daripada beras putih. Ini adalah tambahan yang baik untuk pemakanan bayi yang seimbang dan sihat.

Bila Boleh Beri Bayi Makan Beras Merah

Beras perang yang disediakan di rumah merupakan pilihan yang paling selamat untuk diberikan kepada bayi anda. Kebanyakan orang mengesyorkan untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi selepas mereka genap berusia 6 bulan.

Oleh itu, anda boleh memulakan memberikan beras perang kepada bayi anda setelah dia mencapai usia 6 bulan.

Manfaat Beras Merah Untuk Kesihatan Bayi

Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan beras perang atau beras merah untuk bayi anda:

1.Rendah Kandungan Alergen

Beras perang jarang menyebabkan alergi, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Kaya Serat

Beras perang mengandungi banyak serat, yang menjadikannya makanan terbaik untuk bayi yang mengalami sembelit.

3.Sumber Antioksidan

Beras merah mengandungi antioksidan seperti selenium dan mangan yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif.

4.Keseimbangan Gula Dalam Darah

Beras merah mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding beras putih, yang membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah yang lebih stabil.

5.Perlindungan Terhadap Penyakit Kronik

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan serat seperti beras merah boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes di kemudian hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6.Membantu Penghadaman

Serat dalam beras merah membantu memelihara kesihatan sistem pencernaan dan mendorong pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Namun, penting untuk memastikan beras merah dimasak hingga sangat lembut dan dalam bentuk yang sesuai untuk bayi, seperti puree halus, untuk memudahkan pengambilan dan pencernaan.

7.Tenaga, Kekal Aktif

Kandungan karbohidrat kompleks dalam beras merah memberikan tenaga yang berkekalan kepada bayi.

8.Kandungan Nutrisi Tinggi

Beras merah kaya dengan nutrisi penting seperti serat, vitamin B kompleks (termasuk folat, niacin, dan thiamine), serta mineral seperti zink, besi, dan magnesium. Nutrien-nutrien ini penting untuk perkembangan kesihatan yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9.Menyokong Pertumbuhan

Kandungan karbohidrat kompleks dalam beras merah memberikan tenaga yang berkekalan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

10.Mudah Didapati

Ia sangat mudah didapati di mana-mana pasar raya, malah jika anda melancong ia juga dijual secara meluas. 

Apakah Risiko Atau Bahaya Beras Merah Untuk Bayi?

Dalam beberapa kes beras perang mengandungi sedikit arsenik. Namun ia terlaly rendah. Namun jika anda khuatir, pilihlah beras merah atau beras perang yang organik dan asli yang jelas mempunyai manfaat kesihatan lebih tinggi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga perlu memastiikan beras dimasak dengan betul sebelum diberikan kepada bayi anda. 

parenting.firstcry

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ingin Memberi Beras Perang Untuk Bayi Buat Kali Pertama? Ini Manfaat Yang Anda Perlu Tahu!

Baca juga: Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain

Baca juga: 5 Resepi Finger Food Menarik Untuk Si Kecil, Tentu Dia Senyum Comel Bila Dapat Makan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar