Berat Badan Bayi Ketika Lahir Mainkan Peranan Penting Pada IQ Mereka! Kalau Kurang, Buruk Risikonya...
Kajian terbaru menemui kaitan antara berat badan bayi dan darjah kecerdasan otak mereka. Bayi dengan berat badan lahir rendah dikatakan kurang cerdik.
Berat badan bayi adalah antara perkara pertama yang direkodkan selepas lahir. Berat badan menjadi rujukan untuk mengesan perkembangan bayi dan mengesan perkembangan fizikal mereka.
Kajian baru-baru ini menunjukkan berat badan juga ada kaitan dengan kecerdasan otak mereka bila membesar.
Dalam artikel ini, kami juga menyediakan tip bagaimana ingin tambah berat badan pada bayi dengan berat badan lahir rendah.
Kajian: Berat badan lahir rendah dikaitkan dengan kecerdasan otak kurang cerdik bila dewasa
Kajian dari Denmark ini mengatakan bayi dengan berat badan rendah dari biasa semasa lahir dikaitkan dengan darjah kecerdasan (IQ) yang kurang bila meningkat dewasa.
Kajian menemui perbezaan IQ apabila mereka membandingkan bayi berat badan kurang dengan bayi berat badan normal.
Walaupun bayi lahir dengan berat badan normal, bayi yang lebih berat tetap mempunyai IQ yang lebih tinggi bila mereka membesar.
Trine Flensborg-Madsen, ketua pengarang kajian dari Universiti Copenhagen berkata yang mereka menemui “kaitan antara berat badan dan kecerdasan adalah stabil dari awal dewasa (20-an) hingga pertengahan umur (50-an).
“Ada beberapa kesan jangka panjang kognitif yang tak akan berkurangan mengikut berat badan.” menurut Trine.
Berat badan lahir rendah dikaitkan dengan kecerdasan otak rendah bila meningkat dewasa: Hasil kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menganalisa 4,700 bayi di Copenhagen dari tahun 1959 ke 1961. Mereka melihat rekod kelahiran dan keputusan ujian IQ yang diambil oleh individu-individu ini semasa mereka berumur 19, 28 dan 50 tahun.
- berat bawah 2.5 kg
- antara 2.5 kg ke 3 kg
- berat dari 3 kg ke 3.5 kg (normal)
- antara 3.5 kg ke 4 kg
- berat melebihi 4 kg atau berat badan berlebihan
Kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Pediatrics ini mendapati, berat lahir sangat berkait dengan intelek IQ yang dibuat pada usia mereka 19, 28 dan 50 tahun.
Kaitan ini masih tetap sama selepas pengkaji mengambil perkara lain yang boleh memberi kesan kepada intelek.
Perlu banyak kajian lagi tentang berat badan lahir rendah = IQ rendah
Walau bagaimanapun, berat badan rendah dari normal semenjak lahir bukan penjelasan yang bagus untuk hubungan ini.
Malah, kajian ini bukan dibuat untuk mengesahkan yang berat badan lahir rendah dikaitkan dengan IQ rendah atau bayi yang lebih besar lebih pandai.
Kajian ini juga tak ambil kira beberapa faktor lain yang boleh memberi kesan kepada kecerdasan otak, seperti:
- persekitaran rumah mereka
- tahap stress ibu
- kepandaian ibu bapa mereka
Semua ini boleh memberi kesan kepada IQ bayi pada masa hadapan.
Menurut Dr. Susan Shenkin, saintis dari Universiti Edinburgh yang tak tak terlibat dalam kajian ini, ibu bapa tak perlu risau dengan penemuan yang didedahkan berikut.
Malah, sejak zaman dulu, pakar tak meletakkan fokus pada penjagaan kehamilan yang juga boleh memberi kesan.
Pengurusan berat badan lahir rendah untuk ibu
Kami tahu anda risau jika bayi lahir dengan berat badan rendah. Menurut Pakar Kesihatan Kanak-Kanak Stanford, ada banyak cara untuk meramalkan berat badan lahir bayi sebelum bersalin.
Jika anak mempunyai berat yang terlalu rendah, beberapa rawatan mungkin diperlukan, termasuk:
- Masukkan mereka ke dalam Unit Penjagaan Rapi Neonatal, NICU
- beri mereka katil dengan suhu yang boleh dikawal
- Memberikan beberapa cara khusus untuk menyuap mereka seperti terus dari saluran yang disambungkan ke perut bayi anda atau menggunakan intravena.
Jika segalanya berjalan lancar, boleh dibawa pulang. Tapi bagaimana anda nak tahu cara penjagaan bayi yang betul? Ini ada beberapa tip untuk anda gunakan.
1. Pastikan guna cara yang betul semasa penyusuan
Susu ibu atau formula? Itu adalah pilihan anda.
Bayi yang minum susu formula lebih cepat naik berat badan dari bayi menyusu ibu. Malah, tak mustahil untuk bayi minum susu formula untuk naik berat terlalu banyak.
Dr. Jack Newman, pakar penyusuan ibu dan kanak-kanak berkata, berat badan naik mendadak biasanya tak terjadi pada bayi menyusu ibu kerana mereka boleh berhenti menghisap bila mereka kenyang.
Jadi, mereka boleh kawal jumlah susu yang mereka minum.
2. Periksa lampin mereka banyak kali
Semasa tiga hari pertama selepas lahir, bayi anda akan mengeluarkan najis berwarna gelap yang dipanggil meconium.
Pada hari ketiga atau keempat, najis bayi sepatutnya menjadi lembut dan kuning (jika menyusu badan) atau lebih gelap dan tekstur yang lebih pekat (jika minum formula).
Jika anda tak perasan perubahan ini, pakar mengatakan mungkin si kecil tak mendapat susu yang secukupnya.
Tanda lain susu tak cukup adalah apabila si kecil tak membasahkan lampin mereka dengan cukup setiap hari. Biasanya, bayi berusia dua hari akan menghasil dua ke tiga lampin basah dalam sehari.
Selepas seminggu, mereka biasanya akan menghasilkan enam ke lapan lampin basah.
Jika anda risau bayi anda tak menghasilkan lampin basah yang mencukupi atau ada sesuatu yang tak kena dengan najis mereka, rujuk dengan doktor bayi anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga:
Bayi Terlalu Kurus? Ini Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bayi Baru Lahir