Kanak-Kanak Yang Suka Cakap Seorang Diri Atau Dengan Mainan Sebenarnya Pintar, Benarkah?

Apabila anak bercakap seorang diri, tentunya ibu ayah akan bimbang hingga tak senang duduk, tapi sebenarnya ia ada kaitan dengan kepintaran. Betul ke?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak kerap mempunyai gejala bercakap seorang diri hingga kadang-kadang membuatkan ibu bapa risau sama ada simptom itu normal atau tidak. Mana tidaknya, jika selalu, memang boleh menimbulkan kegusaran di hati! 

Namun, menurut pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Sultan Azlan Shah, Hazhari Ismail, perkara ini tak perlu dibimbangi kerana ia memiliki kebaikan kepada anak itu sendiri dan tabiat bercakap seorang diri akan beransur hilang apabila dewasa kelak. 

Pandangan itu turut disetujui oleh ahli psikologi yang mengatakan bercakap seorang diri merupakan satu peringkat perkembangan kanak-kanak di mana mereka menggunakan diri sendiri sebagai model utama. 

Malah, ia secara tak langsung membantu tingkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak melalui bahasa dan amalan. Bercakap seorang diri juga merupakan satu proses pemikiran yang melibatkan penyelesaian masalah, pengiraan, kreativiti dan imaganisi. 

Sebab itu bila kita nampak anak bercakap seorang diri, mereka selalunya sedang memainkan watak atau karakter orang lain untuk cuba meniru sekeliling mereka.

Anak bercakap seorang diri, bila anda patut bimbang? 

Ahli psikologi, Adam Winsler turut menambah apabila kanak-kanak suka bercakap seorang diri, ibu bapa tidak perlu bimbang mengenainya tapi harus menggalakkan kanak-kanak berinteraksi sesama orang sekelilingnya juga

Bahkan, tingkah yang sebegitu memang sesuatu yang alami pada kanak-kanak usia dua hingga lima tahun dan beransur hilang sendiri apabila mereka dewasa. 

Kanak-kanak bercakap seorang diri lebih pintar 

Artikel dari web MD mendedahkan: orang pintar memang suka berkomunikasi dan kajian mendapati bercakap kepada diri sendiri adalah tanda kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dan membantu tumpuan serta perhatian. 

Dengan amalan tersebut juga, kanak-kanak mempunyai memori yang lebih baik sekaligus membantu mereka bekerja dengan lebih cepat. 

Kenapa anak pilih untuk berkomunikasi dengan objek tidak bernyawa?

Biasanya, kanak-kanak memilih untuk bercakap dengan objek tidak bernyawa atau tiada reaksi. Contoh terdekat - anak patung. Malah dengan berinteraksi itu juga, mereka dapat meluahkan perasaan dan buah fikiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sedang bercakap sendiri, mereka tidak sedar atau tidak perasan dengan sekeliling kerana terlalu leka berimaginasi. Namun apabila ditegur, mereka akan tersentak dan berhenti cakap. 

Hingga kadang-kadang mereka bercakap seperti keadaan sebenar dengan mimik muka, intonasi suara, gerak badan dan  lain-lain. 

Kebaikan bercakap seorang diri:

  • Menunjukkan kebijaksaan kanak-kanak berkenaan.
  • Kanak-kanak dapat memerhati, berkenalan dan membiasakan diri mereka sendiri.
  • Mengukuhkan perbendaharaan kata
  • Meningkatkan kreativiti di mana mereka akan menyoal dan menjawab persoalan tersebut. 

Sekiranya anda meluangkan sedikit masa mendengar apa yang dibualkan, pasti anda akan ketawa dan tersenyum kerana ia berkaitan dengan diri mereka sendiri. 

Jika anda ingin dapatkan lebih banyak informasi berkaitan isu yang sama, boleh terus ke Facebook page kami di theAsianparent Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber : Artikel asal ditulis oleh Khunsiri dan mendapat keizinan dari theAsianparent Thailand untuk diterjemah. 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan