Apabila wanita mengandung, mungkin ada di antara yang suka bergaya atau yang perlu berpakaian menarik ke kerja mula berfikir, ada ke fesyen ibu mengandung untuk saya?
Pernah mengalami situasi begitu? Tidak bermakna jika anda mengandung, anda perlu kelihatan serabut dan melupakan hal-hal fesyen untuk 9 bulan!
Seperti juga berfesyen pada masa-masa lain, anda perlu mengetahui bentuk badan anda ketika hamil supaya apa yang anda gayakan tidak kelihatan janggal dan lucu di atas badan anda. Apa lagi dengan perut yang membonjol itu, anda pastinya tidak mahu kelihatan seperti kartun jika salah mengenakan pakaian.
Jadi untuk bakal-bakal ibu baru yang tidak tahu kenakan gaya yang sesuai, kami sediakan tips fesyen baju ibu mengandung terkini yang anda boleh cuba sendiri. Yang penting anda selesa tau!
Tips Fesyen Ibu Mengandung
1# Pilih saiz yang betul
Jangan pakai pakaian yang terlalu longgar sehingga menampakkan anda seperti terperangkap di dalam karung guni. Pakaian yang terlalu ketat juga akan membuatkan anda tidak selesa untuk bergerak, dan juga tidak selesa dengan pandangan-pandangan nakal yang mentertawakan anda kerana kelihatan ‘pelik’.
Pilihlah baju untuk ibu hamil yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.
2# Pakaian berwarna gelap
Nah, pastinya ini pilihan yang selamat kerana kebolehannya membuatkan seseorang itu nampak lebih langsing. Tetapi harus diingat, pakaian gelap tidak semestinya warna hitam. Anda boleh mencuba pelbagai warna lain di dalam rona gelap seperti biru tua, hijau tua, maroon, dan sebagainya.
3# Fesyen blok warna (colour block)
Sekiranya anda bukan seorang yang gemarkan pakaian berwarna gelap, anda boleh mencuba fesyen blok warna – pakaian yang hanya menggunakan satu warna. Mungkin anda boleh padankan skirt berwarna ‘baby blue’ bersama blaus merah jambu, atau seluar hijau turkois bersama blaus putih.
Selain nampak segar dan bergaya, fesyen ini juga mampu membuatkan anda nampak lebih tinggi.
4# Tudung/hijab yang sesuai
Bagi yang beragama Islam, pastikan tudung anda labuh dan menutupi bahagian dada anda dengan sempurna kerana ketika hamil, payudara anda membesar dan anda tidak mahu ianya menjadi bahan tarikan mata-mata nakal di luar sana.
Pakaian untuk ibu hamil berhijab juga ada banyak pilihan di kedai sekarang. Cuba padankan dengan kardigan panjang ataupun sarung sahaja dress!
5# Pakai baju suami
Ya, pandangan ini mencabar beberapa pandangan tipikal yang mengesyorkan supaya tidak memakai pakaian suami ketika hamil, hanya kerana pakaian suami anda itu cukup besar untuk melindungi perut anda yang sedang membonjol itu.
Sebaliknya, cara ini memberi peluang anda berjimat! Pilih bajunya yang sesuai dan gayakan dengan aksesori yang sesuai bagi kelihatan feminin.
Contohnya, anda boleh memakai kemejanya dan mengenakan tali pinggang yang bercorak atau fancy di bahagian luar baju agar baju itu tidak kelihatan terlalu besar di atas badan anda.
6# Wrap dress
Wrap dress adalah baju yang dipakai dengan melilitkannya ke badan anda. Salah satu kelebihan wrap dress ini ialah ia boleh dipakai ketika kandungan berusia sebulan hinggalah sembilan bulan. Ciri-cirinya yang fleksibel dan senang diketatkan atau dilonggarkan itu menjadikannya satu pakaian yang sangat selesa dipakai ketika hamil.
Pastikan bahan fabriknya juga adalah dari bahan yang fleksibel dan boleh regang (stretchable).
Semoga bermanfaat.
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber gambar: Matilda Wormwood/Pexels
Baca juga: 8 kesilapan fesyen yang ibu moden zaman kini selalu buat ketika melaram
Baca juga: Cara Penjagaan Muka Ala Korea, Ini Yang Semua Wanita Patut Tahu, Barulah Flawless!
Baca juga: Siapa Kata Ibu Hamil Tak Boleh Bergaya? Ini Tips Fesyen Ibu Mengandung Tanpa Bajet Besar