Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

Biasalah tu bergaduh. Tapi anda harus ikut 2 cara hebat ini untuk memastikan pergaduhan dengan pasangan tak akan jadi punca rumah tangga anda bergolak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pergaduhan suami isteri adalah perkara biasa yang kita dengar. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah pula suami isteri?

Namun begitu, apabila suami isteri terlalu kerap sangat bergaduh pun sebenarnya boleh membawa padah. Kajian baru-baru ini telah membuktikan hampir 20% pasangan bercerai akibat pergaduhan

Walau bagaimanapun, menurut pakar – pasangan yang mengikut 2 peraturan ini ketika bergaduh, akan cenderung lebih bahagia berbanding pasangan yang lain!

Pergaduhan Suami Isteri BOLEH Kembali Tenang Jika Ikut 2 Peraturan ini

Kajian dijalankan selama 14 tahun oleh pakar psikologi Dr Robert Levenson dan Profesor John Gottman. Mereka mengkaji bagaimana pasangan berkahwin harus mengendali pergaduhan agar perkahwinan kekal bahagia.

Selama 14 tahun tersebut, Gottman dan Leverson mengkaji hampir 100 pasangan suami isteri yang menetap di sekitar Amerika Tengah. Namun, hampir 20 pasangan yang dikaji bercerai sebelum kajian berakhir.

Punca penceraian adalah disebabkan pergaduhan. Maka, para penyelidik membuat keputusan untuk melakukan lebih pemerhatian.

Kajian mendapati pasangan yang bergaduh, namun kekal bahagia, mengamalkan 2 peraturan utama ini, iaitu:

  1. Tangani perselisihan faham dengan cepat
  2. Berbincang tentang pergaduhan dengan fikiran yang terbuka

Cakap macam senang, kan? Tapi, macam mana nak bergaduh dengan 2 peraturan utama ini? Begini penjelasan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Tangani pergaduhan dengan cepat untuk menyelesaikan masalah

Pertama sekali, tangani pergaduhan atau perselisihan faham antara anda dan pasangan secara positif untuk menyelesaikan masalah.

Kalau anda tangani ia secara negatif, pergaduhan ini akan berpanjangan dan tak akan dapat diselesaikan sambil bila-bila.

Jangan ambil masa selama berhari-hari nak selesaikan satu salah faham!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gottman menyarankan semua pasangan berkahwin untuk bertanggungjawab menyelesaikan masalah.

Bukan hanya menyalahkan satu pihak. Dua-dua pihak kena berikhtiar. Tambahan lagi, kajian mendapati pasangan yang bijak menangani konflik dengan segera lebih bahagia dan puas dengan hubungan mereka!

Manakala pasangan yang cenderung untuk menyalahkan pihak lain pula akan semakin renggang.

Sekarang anda faham peraturan pertama, kan? Okay, sekarang peraturan kedua pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Berbincang dan selesaikan perselisihan faham dengan minda yang terbuka

Gottman dan Leverson mendapati ramai pasangan bercerai kerana mereka mengalami pergaduhan yang menyalahkan antara satu sama lain. 

Perbuatan tersebut tak membantu langsung! Malah, komen-komen pedas yang dilemparkan antara satu sama lain bersifat tidak sensitif dan melukakan hati.

Jika anda menyalahkan seseorang dan menuduh mereka bodoh, tidak masuk akal dan punca segala masalah, anda akan membuatkan individu itu marah. Lalu, pergaduhan tak dapat diselesaikan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itu penjelasan Gottman lagi. Jadi, apa yang patut kita lakukan?

Bawa berbincang dan selesaikan perselisihan faham itu dengan minda yang lebih terbuka. Jadi, jangan asyik nak salahkan sesiapa. Terima kesalahan tersebut dan bawa berbincang dengan tenang.

Kajian juga mendapati satu perkara penting – pasangan yang menyelesaikan pergaduhan mereka dengan tenang dan positif tak akan mudah bercerai berbanding pasangan yang terburu-buru dan bersifat angkuh!

Jadi lepas ini jika anda dan pasangan bergaduh, mungkin kalian boleh mengamalkan 2 peraturan hebat ini agar rumah tangga kalian kekal bahagia.

Siapa yang mahu rumah tangga yang dibina dengan penuh kasih sayang ini hancur dek pergaduhan remeh saja, kan? Pergaduhan suami isteri harus ditenangkan cepat-cepat lagi-lagi jika anda berkeluarga.

Jika boleh, berbincang dengan baik, elak kata-kata kesat dan yang paling penting, fikir sebelum bercakap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan anda, amin!

Sumber rujukan: Business Insider

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usahlah bergaduh, damaikan lebih baik? Ikut 10 langkah ini untuk berhenti gaduh dengan pasangan

Baca juga: Amaran keras: JANGAN bergaduh depan anak! Ada 6 kesan buruk anda tak sedar

Baca juga: Ayat Manis Anda Boleh Hantar Melalui Pesanan Ringkas Untuk Pujuk Suami Yang Merajuk

Penulis

Ayu Idris