Melawan jangkitan Pneumococcal

Share this article with other mums

Hasil rawatan lanjut di dalam keputusan sinar X, doktor mendapati paru-paru kiri Aidan dipenuhi mukus dan nanah dan menyebabkan dia sukar untuk bernafas

Semasa berusia tujuh bulan, Aidan telah dijangkiti jangkitan paru-paru, Pneumonia yang teruk berpunca daripada bakteria Streptococcus pneumoniae. Menurut Shafinaz, ibu kepada Aidan, ia bermula dari demam yang biasa dengan simptom batuk dan selsema.

Foto ehsan positive parenting

Hasil lawatan ke klinik, doktor telah memberi Aidan antibiotik namun selepas tiga minggu, anak kecil itu masih sakit. Shafinaz merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu mendapatkan nasihat paediatrik.

Hasil rawatan lanjut di dalam keputusan sinar X, doktor mendapati paru-paru kiri Aidan dipenuhi mukus dan nanah dan menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

Aidan kemudiannya disahkan menghidap Pneumonia yang teruk dan di tempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Melihat anaknya yang berada di dalam inkubator tidak bermaya, Shafinaz rasa tertekan dan hilang harapan. Namun mereka bernasib baik kerana doktor berjaya menyelamatkan Aidan.

Kes yang lebih tragis terjadi pada keluarga Mrisha. Di usia lebih kurang lima bulan, Alissa, anak kepada Mrisha disahkan menghidap bakterial meningitis, satu komplikasi yang berpunca dari pneumococcal. Penyakit ini telah menyebabkan Mrisha kehilangan Alissa selamanya.

Bakterial meningitis juga berpunya dari infeksi Streptococcus pneumoniae tetapi tidak pada paru-paru. Bakterial meningitis menyebabkan infeksi pada lapisan tisu di otak. Dan simptomnya ialah demam tinggi dan batuk selsema.

Hanya selepas beberapa hari disahkan dijangkiti bakterial meningitis, Alissa telah meninggal dunia. Satu berita yang sangat sukar diterima oleh mana-mana ibu.

Ahli paediatrik dan neonatologi Datuk Dr Musa Mohamad Nordin menjelaskan yang demam tinggi merupakan salah satu simptom bakterial meningitis dan ia sangat mencabar untuk membezakan punca virus atau bakteria penyakit itu, menjadikan ianya sukar untuk memberi rawatan yang sesuai.

Pneumonia telah membunuh lebih 900,00 kanak-kanak di bawah usia lima tahun pada tahun 2015. Penyakit ini, walaupun dapat didiagnos awal dan rawatan sewajarnya telah dimulakan, 5-10% pesakit meninggal selepas 24 – 48 jam selepas simptom terjadi. Dan 10-20% yang berjaya hidup mungkin akan menghidap kerosakkan otak yang kekal, hilang pendengaran atau kurang daya belajar.

Mari kita ulang kaji sedikit tentang jangkitan ini.

Apa itu Pneumonia?

Pneumonia merupakan salah satu bentuk infeksi akut pada saluran pernafasan yang menjejaskan paru-paru. Paru-paru mempunyai saks kecil dipanggil alveoli yang akan dipenuhi udara apabila seseorang yang sihat bernafas. Walaubagaimanapun, bagi seseorang yang dijangkiti pneumonia, alveoli dipenuhi cecair dan nanah menyebabkan kemasukkan oksigen yang terhad dan kesukaran bernafas.

Punca

Terdapat beberapa agent infeksi pneumonia termasuk virus, bakteria dan fungi. Antara yang paling biasa ialah:

  • Streptococcus pneumoniae – bakteria punca pneumonia paling biasa untuk kanak-kanak;
  • Haemophilus influenzae jenis b (Hib) – kedua paling biasa selepas S. pneumoniae;
  • virus saluran pernafasan (respiratory syncytial virus) ;
  • pada bayi yang mempunyai HIV, Pneumocystis jiroveci merupakan salah satu punca biasa pneumonia dan merupakan salah satu punca utama kematian bayi HIV yang menghidap pneumonia.

Kaedah transmisi

Kaedah penyebaran pneumonia adalah banyak. Namun dua kaedah transmisi yang paling biasa dijumpai ialah;

  • penyebaran udara jika berada di satu kawasan dengan mereka yang mempunyai pneumonia.
  • melalui darah terutamanya ketika selepas dilahirkan, sebab itulah saat kelahiran merupakan momen yang kritikal.

Simptom

Pneumonia yang berpunca dari bakteria dan virus mempunyai simptom yang lebih kurang sama. Antaranya ialah;

  • kesukaran bernafas
  • batuk dan selsema yang berpanjangan
  • demam tinggi (ada juga yang tidak mempunyai demam)
  • pernafasan berbunyi

Risiko

Berikut adalah mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti bakteria dan virus penyebab pneumonia;

  • kanak-kanak kurang nutrisi
  • kanak-kanak yang mempunyai HIV
  • kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang menggunakan pembakaran biomas seperti kayu
  • kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang terlalu sesak
  • kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang merokok

Rawatan

Pneumonia harus dirawat dengan antibiotik. Salah satunya ialah amoxicillin. Bagi yang mempunyai pneumonia teruk akan disarankan untuk dipantau di hospital.

Pencegahan

Foto ehsan ADAM

Pencegahan pneumonia adalah sangat penting untuk kanak-kanak untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak.

  • Immunisasi adalah sangat penting dan efektif dalam mencegah pneumonia (pneumococcal conjugate vaccine (PCV)).
  • nutrisi yang menucukupi adalah pertahanan semula jadi. Bermula dari penyusuan ibu yang ekslusif terutamanya untuk 6 bulan pertama.
  • menyediakan persekitaran bersih dan selamat
  • bagi kanak-kanak dengan HIV, antibiotik cotrimoxazole diberikan setiap hari untuk mengurangkan risiko pneumonia.

 

Sumber: the star, WHO,

 

Kesihatan