4 Perkara Yang Anak Speech Delay Sangat-Sangat Perlu, Take Note Parents Bila Berkomunikasi Dengan Mereka!

Berkomunikasi dengan anak speech delay ada seninya yang tersendiri. Anda perlu tahu rahsia ini untuk membantu anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkomunikasi dengan anak speech delay ada caranya yang tersendiri. Kali ini kami kongsikan pesanan daripada pakar untuk ibu bapa di luar sana mengenai apa sebenarnya yang sangat-sangat diperlukan oleh anak-anak kategori ini.

Menurut pakar terapi cara kerja, Aishah Kassim, kebiasaannya ibu dan ayah akan share anak tahu sebut ABC 123, tetapi tidak pandai cakap benda lain dan tidak tahu berkomunikasi.

Pernahkah tak anda terfikir mengapa ia berlaku? 

Berkomunikasi dengan anak speech delay perlu caranya tersendiri

Katanya, boleh jadi salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak ini tidak tahu berkomunikasi adalah kerana kira sendiri yang kurang memperkenalkan perkara atau sesuatu yang lebih penting daripada ABC, 123 kepada mereka.

Jadi, kali ini kami kongsikan perkongsian wanita ini apa perkataan atau perkara yang boleh kita ajar kepada anak-anak speech delay. Katanya, kesemua perkara ini adalah vocab asas untuk membolehkan mereka berkomunikasi. 

Boleh diajar di mana-mana saja walaupun anda sedang bercuti. Jadi apa perkara jika anda sedang bercuti ini boleh ajarkan kepada anak-anak speech delay untuk kita bantu mereka tambah vocab.

#1. Objek

  • Sebutkan nama objek yang anak selalu guna
  • Sentuh objek itu sambil anda menyentuh objek
  • Contoh: botol, kasut, sikat, botol susu

#2. Orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sebut nama orang terdekat di sekeliling anak
  • Sambil salam atau perkenalkan mereka, tunjuk pada anak dan namakan orang itu
  • Contoh: pak long, mak long, angah, along

#3. Tempat

  • Tunjuk bilik sambil sebut bilik
  • Tunjuk tandas sambil sebut tanda
  • Contoh: ini tandas, ini dapur, ini bilik, ini taman, ini kolam

#4. Perbuatan

Kredit: google image

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sebut perbuatan seperti ambil, letak, bagi, lompat, tidur, buang, tuang, bukak, tutup
  • Contoh: sebut sambil ambil baju, sebut letak sambil letak beg, sebut bagi sambil bagi bola pada ayah

Ini sebenarnya yang anda anda sangat perlu. Jangan hanya tunjuk saja. Lakukan apa yang anda sedang buat. Ada anak speech delay yang dia tidak boleh memahami apa arahan yang diberikan.

Jadi adalah amat penting untuk anda menerangkan kepada mereka apa yang anda sedang lakukan supaya mereka dapat faham apa yang anda cuba sampaikan.

Contohnya jika anda dalam situasi dengan bercuti di pantai, ajak dia main pasir. Cakap padanya ‘ini pasir’. Jangan hanya biar dia main tanpa arah tujuan, bantu anak tambah vocab terutama ketika sedang bercuti ini.

Teknik 4s untuk bantu anak speech delay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teknik ini dikongsikan sebuah pengasas sebuah pusat terapi untuk anak-anak speech delay Excel Qhalif, teacher Ayu yang mana teknik 4S ini mampu membantu merangsang anak bercakap. 

#1. Say less/simple

Gunakan perkataan yang pendek, mudah apabila bercakap dengan anak. Perkataan tunggal mudah difaham dan diingat oleh anak. Juga mereka boleh mudah meniru perkataan itu dalam kadar yang singkat.

Contoh :
Salah : “Sofia kena pakai kasut ni sebab dah nak pergi sekolah ni, mama nak cepat.”
Betul : “Sofea pakai kasut” tunjuk ke arah kasut dan setelah kasut dipakai, katakan pula “Jom pergi sekolah”

#2. Stress the words

Tekankan perkataan yang ingin dicakap. Contoh, ‘Air ni panas’. Perkataan yang perlu ditekankan ialah ‘Air’ dan ‘Panas’. Supaya anak kita juga mampu mengenali situasi panas dan menggabungkan perkataan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi untuk kedua perkataan itu, kita perlu tekankan lebih sikit untuk dapatkan perhatian anak. Gunakan suara yang jelas dan sedikit kuat untuk nyatakan penekanan di situ.

#3. Go Slow

Kurangkan kecepatan perkataan kita apabila bercakap dengan mereka untuk beri mereka masa untuk faham apa yang kita cakap.

Contohnya; perkataan ‘buka’, kita boleh cakap dalam kadar yang perlahan : “bu-u-ka”. Kita boleh pause juga perkataan itu untuk bagi dia mencuba untuk menyambungnya. Selalunya, interaksi menyanyi lagu seperti ‘twinkle-twinkle little star’ atau ‘insy winsy spider’ adalah lagu yang baik untuk perkembangan bahasa anak.

Contoh : “Twinkle twinkle little ….. (pause) s-tar !”

#4. Show

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lebih mudah belajar bercakap apabila mereka nampak apa yang mereka tengah cakapkan. Buku, alatan permainan bertindak sebagai ‘visual helper’ pada anak untuk mereka bercakap ikut situasi yang mereka nampak.

Visual helper seperti pointing, body gesture membantu anak untuk kaitkan antara perkataan yang kita cakap dan pemahaman mereka. Mereka perlu faham dahulu sebelum boleh bercakap apa yang mereka ingin katakana.

Tolong elakkan aktiviti yang ‘memaksa’ mereka untuk menghafal seperti dalam kebanyakkan apps di tablet/hp.

Contoh situasi : Letakkan losyen di tangan anak dan juga di tangan anda. kemudian sapu rata di kedua belah tangan sambil berkata “Sapu…” Lakukan ia dengan tunjukkan demostrasi supaya anak anda mengenali perkataan dan tindakan sapu. Kita tidak mahu mereka mengahafal tetapi juga faham.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Latih Fokus Anak Speech Delay Dengan 3 Cara Ini, Ada Ibu Yang Dah Buat & Ia Berkesan!

Baca juga: 10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay

Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

Penulis

Lala Annuar