TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bermula Dengan Tradisi, Kini Memberi Inspirasi

4 min bacaan
Bermula Dengan Tradisi, Kini Memberi Inspirasi

Pada usia 33 tahun, Affira Affendi membuat permulaan penuh inspirasi dalam dunia e-Dagang dengan visi: fesyen tradisional Malaysia boleh diakses

Affira Affendi, berusia 33 tahun, telah melalui perjalanan kerjaya yang sangat menarik, di mana beliau yang dahulunya bekerja sebagai seorang jurubabank kini berjaya sebagai usahawan eDagang. Pemilik jenama fesyen tempatan D’Songket dan NSA Glamorous ini memulakan langkah inspirasi dalam dunia eDagang dengan satu visi: memudahkan akses kepada fesyen tradisional Malaysia.

Hari ini, beliau bukan sahaja telah membina jenama dan perniagaan yang dikenali ramai, malah beliau juga merupakan seorang jurulatih eDagang yang dikenali sebagai Lazada Certified Trainer yang membantu penjual tempatan lain memulakan perniagaan dan terus berjaya dalam dunia eDagang.

Bangkit daripada cabaran, mara kepada kejayaan

Diinspirasikan oleh ibunya, seorang ibu tunggal dan ahli perniagaan, Affira menceburi dunia perniagaan pada 2019 dengan jualan kecil-kecilan di Facebook. Perjalanannya berubah dengan ketara apabila seorang rakan memperkenalkannya kepada Lazada. Tidak lama kemudian, beliau mengasaskan NSA Glamorous dan mula berniaga secara sambilan.

Pada mulanya, beliau menjual pakaian Muslimah termasuk tudung bercetak elegan, telekung yang diperbuat daripada fabrik lembut dan lut udara, serta pakaian batik yang menggabungkan gaya dan keselesaan. Kejayaan NSA Glamorous memberikan beliau pengalaman, keyakinan, dan modal untuk mengembangkan perniagaannya.

Setelah mencapai jualan mencecah lima angka, Affira membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya perbankannya demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan eDagang, yang kemudian membawa kepada penubuhan jenama D’Songket di platform Lazada.

Sebagai bekas ibu tunggal, Affira berkongsi pelbagai cabaran yang dihadapinya ketika memulakan perniagaan sambil menangani kehidupan peribadi. Namun, sokongan ibunya membantu beliau dari segi pengurusan pesanan yang semakin meningkat dan turut memastikan penghantaran tepat pada masanya.

Affira berbesar hati apabila dinamakan sebagai Top eCommerce Merchant oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) 2023-2024, yang dianggapnya sebagai detik penentu bagi jenama D’Songket dan NSA Glamorous. Pengiktirafan ini membuktikan usaha gigihnya dalam membina perniagaan.

“Ada masanya saya berjaga hingga lewat malam untuk menyediakan pesanan dan terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anak pada hujung minggu kerana sibuk menambah baik operasi perniagaan bagi kekal kompetitif di sebalik saingan sengit. Saya berhadapan cabaran dari segi pengurusan masa, sumber yang terhad, dan tekanan untuk mengembangkan perniagaan. Walaupun masa depan kelihatan sukar ketika itu, saya terus tabah demi keluarga,” kata Affira.

Meraikan seni tradisional

Kini, walaupun Affira terus aktif menguruskan kedua-dua jenamanya, NSA Glamorous dan D’Songket, namun D’Songket menjadi kebanggaan utamanya yang memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi minat terhadap fesyen tradisional tempatan.

Dengan pengkhususan dalam songket buatan tangan oleh tukang tenun dari Terengganu, D’Songket meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia. Setiap helai diperbuat daripada bahan terbaik untuk memastikan standard kualiti tertinggi.

“Produk kami digemari kerana ia dihasilkan secara buatan tangan, dan setiap rekaan terhad kepada satu keping sahaja. Ini menjadikan setiap rekaan unik, dan keistimewaan inilah yang menjadi asas jenama kami,” kongsi Affira.

Memberi inspirasi kepada generasi baharu penjual Malaysia

Selain membina perniagaan, Affira menyedari bahawa banyak lagi yang boleh dilakukannya berdasarkan pengalaman sepanjang perjalanannya sebagai peniaga eDagang. Sebagai seorang yang pandai berkomunikasi, beliau mengambil peluang untuk menjadi jurulatih eDagang sebagai seorang Lazada Certified Trainer pada tahun 2021.

Sejak itu, beliau berjaya membimbing penjual lain memanfaatkan platform Lazada untuk berjaya dalam perniagaan eDagang.

Affira telah membantu ramai usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka melalui penganjuran kelas mingguan di Lazada University. Berdasarkan kepakarannya, beliau mengajar mereka menggunakan alatan terbina dalam platform seperti papan pemuka data, ciri dikuasakan kecerdasan buatan (AI), dan banyak lagi.

Keazaman Affira telah membawanya gelaran ‘Lazada Certified Trainer Terbaik 2024′ di Sidang Kemuncak Penjual Lazada (Seller Summit) pada Julai lalu.

“Lazada menyediakan pelbagai alatan yang bakal membantu penjual lebih memahami prestasi perniagaan dan pelanggan. Alat seperti papan pemuka data membolehkan penjual membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan prestasi jualan, manakala alat-alat AI seperti Fee Forecast boleh membantu meramalkan harga yang berpatutan serta mengenal pasti produk yang berdaya saing. Tambahan pula, AI Smart Listing memudahkan proses penyenaraian produk untuk dijual,” jelas Affira yang selalu mengingatkan penjual untuk menggunakan ciri-ciri istimewa ini secara konsisten bagi meningkatkan jualan.

Untuk masa depan Malaysia

Bagi Affira, Hari Malaysia adalah masa untuk merenung cabaran perjalanan dan kejayaan yang telah dicapainya dalam membina jenama mampan yang mewakili yang terbaik dari Malaysia. Perjalanan Affira mempamerkan ketabahannya, pertumbuhan peribadi, dan kebanggaan budayanya, semuanya disokong oleh usaha gigih, dedikasi, dan teknologi canggih yang disediakan oleh Lazada.

Lebih daripada sekadar membuktikan bagaimana perniagaan tempatan boleh berkembang maju dengan merangkul transformasi digital, usaha Affira turut menandakan komitmennya untuk memperkasakan komuniti setempat.

Misi peribadi Affira adalah untuk memberi balik kepada masyarakat dengan mempertingkatkan kebolehan penjual generasi baharu melalui perkongsian pengalamannya sebagai pemilik perniagaan dan jurulatih.

Affira berkata, “Saya sentiasa memberitahu bakal usahawan bahawa perkara paling penting yang perlu dilakukan apabila mereka memulakan perniagaan adalah untuk mempercayai proses tersebut. Anda mesti mengambil langkah pertama. Lazada menyediakan alatan untuk mencapai kejayaan, tetapi anda mesti berusaha dengan keberanian dan keazaman untuk merealisasikan impian anda.”

Dengan usahawan Malaysia seperti Affira Affendi, tidak syak lagi bahawa masa depan landskap eDagang Malaysia pastinya cerah.

Daftar sekarang untuk menjadi penjual Lazada.

 

Stories Rakan Kongsi
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Bermula Dengan Tradisi, Kini Memberi Inspirasi
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham