Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

Mengandung adalah satu fasa yang sangat unik juga mendebarkan. Bila tiba fasa bersalin, ada dua pilihan sama ada bersalin secara normal atau bersalin cara pembedahan yang lebih dikenali sebagai bersalin caesar.

Ada ibu yang memang memilih untuk bersalin caeser kerana tidak mahu rasa sakit di vagina. Tetapi ada juga ibu yang bermati-matian menolak bersalin secara pembedahan ini. Takut katanya.

Tetapi dalam situasi bersalin, 1001 kemungkinan boleh berlaku dan bukan kita sebagai manusia yang mengawalnya. Ia umpama takdir yang telah ditetapkan untuk setiap ibu yang mengandung.

Baca juga: 4 Masalah Kesihatan Ibu Hamil Punca Pembedahan Caeser Meningkat

Bersalin caesar bukan doktor saja-saja nak buat

Walau bagaimana anda menolak, tetapi jika sudah tersurat anda terpaksa melahirkan anak dengan cara caesar, terimalah. Jangan menyeseal pula di kemudian hari atas keegoan sendiri.

Jika anda cuba menglengah-lengahkan apa yang doktor cadangkan anda bukan saja boleh membahayakan nyawa sendiri malah bayi yang dikandung.

Tiada apa yang kurang pun jika anda bersalin secara caeser. Yang penting ibu dan bayi selamat. Usahlah terlalu mendengar caka-cakap orang kerana jika anda kehilangan bayi atas kedegilan sendiri, sangat menyedihkan. 

Anda perlu beri doktor bertindak cepat

Menurut Dr Anna Liza Roslani, kes kecemasan juga ada tahap kecemasan yang berbeza. Kemudahan dewan bedah pula ada kekangannya.

Keselamatan setiap pesakit harus dijaga, dan oleh itu perlu ada staf yang mencukupi, dewan ataubilik yang mencukupi, peralatan, ubat-ubatan, dan juga masa untuk membersihkan dewan bedah (apabila satu pembedahan selesai, dan dibersihkan untuk pembedahan seterusnya).

Oleh itu, doktor bius selaku ketua dewan bedah, akan ‘memilih’ (prioritize) pesakit mana yang dibedah dahulu mengikut tahap kecemasannya. Lazimnya, pesakit yang akan dipilih (potong queue!) adalah pesakit yang memerlukan pembedahan caesarean section.

Kenapa caesarean section diberi keutamaan? Kerana caesarean section dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi yang boleh meninggal dalam masa beberapa minit sahaja.

Juga, bayi yang masih dalam kandungan, tidak boleh dirawat selagi ia tidak dilahirkan. Ini adalah berbeza dengan pesakit lain di mana mereka boleh dirawat sementara menunggu giliran pembedahan.

4 tahap caeseran section

Menurut Dr Anna, antara caesarean section kecemasan juga terdapat perbezaan tahap kecemasannya:

#1. Kategori 1 (Terdesak/Segera)

Pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera. Jika tidak, bayi atau ibu atau kedua-duanya akan meninggal. Contohnya – cord prolapse, scar rupture, fetal bradycardia.

#2. Kategori 2 (Cepat)

Pembedahan perlu dilakukan dalam masa terdekat untuk mengelakkan komplikasi kepada bayi atau janin, tetapi komplikasi yang tidak menjejaskan nyawa. Contohnya – failure to progress, breech in active labour, fetal compromise.

#3. Kategori 3 (Awal tetapi terancang/Semi emergency)

Pembedahan yang boleh ditangguhkan untuk beberapa jam tanpa menjejaskan bayi atau ibu. Contohnya – failed prostin induction, breech in early labour, IUGR.

#4. Kategori 4 (Terancang/Elektif)

Pembedahan boleh dilakukan pada satu masa akan datang yang dipersetujui. Contohnya – breech/ placenta praevia/2 previous scars yang tiada tanda-tanda bersalin.

Berilah kerjasama, jangan rumitkan keadaan

Disebabkan itu menurut Dr Anna, berilah kerjasama anda. Janganlah ambil masa untuk bertanya pendapat ibu dan ayah di kampung jika anda tergolong dalam kategori 1 atau 2.

Tahap kekalutan doktor dan staf juga berdasarkan tahap kecemasan. Silalah memahami.

Berilah kerjasama kepada doktor yang ingin menyelamatkan nyawa anda. Jangan dirumitkan keadaan yang sebenarnya boleh diselesaikan jika anda tidak melengah-lengahkannya.

Fikirkan nyawa bayi dan juga nyawa sendiri yang mungkin terancam jika anda terus-terusan melengah-lengahkan pembedahan yang perlu dibuat segera bagi menjamin keselamatan kedua-duanya. 

Perkara wanita bersalin caeser perlu elak buat!

Ini antara perkara wanita bersalin secara pembedahan harus elak buat. Ia amat bermanfaat untuk penjagaan anda!

1. Membongkok ke bawah – jangan membongkok ke bawah untuk mengambil sesuatu. Minta bantuan orang lain!

2. Bersin – Kalau anda tahu teknik untuk tahan bersin, atau bersin dengan perlahan, buat sekarang!

3. Batuk – Anda kena tahan batuk juga. Macam mustahilkan? Tapi, ya! Batuk akan beri tekanan pada perut.

4. Gelak atau ketawa – Jangan gelak juga. Bila anda gelak, perut akan bergerak dan memberi tekanan pada abdomen anda. Sudahlah kesan jahitan belum sembuh.

5. Garu kulit di sekitar luka – Jangan garu luka untuk mengelak jangkitan. Pakai pakaian yang longgar.

7. Makanan bergas – Makanan bergas akan mengakibatkan ketidakselesaan. Usus akan memberi tekanan pada luka anda. Elakkan daripada makan brokoli, kubis, kubis bunga, timun, lada hijau dan jagung.

8. Makanan sukar untuk penghadaman – Ingat bagaimana sukar untuk buang air besar? Ya, jangan makan lagi makanan yang boleh buat anda sembelit itu! Banyak minum air dan makan sayur-sayuran.

9. Duduk secara tiba-tiba – Duduk akan memberi tekanan pada kesan luka. Jadi jangan duduk secara tiba-tiba. Perlahan-lahan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Anna Liza Roslani

Penulis

Lala Annuar