Dah Rasa Kepala Keluar! Tak Sempat Ke Hospital, Bayi Lahir Dalam Perodua Myvi

Tahniah kepada instafamous, Hajar Lee yang baru saja menimang cahaya mata keempat! Tapi lain sikit kisah kali ini bila wanita ini bersalin dalam kereta!

Tahniah kepada instafamous, Hajar Lee yang baru saja menimang cahaya mata keempat! Tapi lain sikit kisah kali ini bila wanita ini bersalin dalam kereta!

Baca caption di laman instagramnya sudah cemas, apatah lagi jika sama-sama menyaksikan sendiri kejadian di depan mata. Alhamdulillah selamat semuanya. Suaminya yang menjadi daddy bidan bak kata wanita itu. Apa pun tahniah sekali lagi buat Hajar Lee sekeluarga.

Bersalin dalam kereta, macam mimpi rasanya!

Kredit foto: Instagram Hajar Lee

Mengakui langsung tidak menyangka akan mengalami detik itu, Hajar Lee berkata dia bersykur segalanya selamat. Pada pagi hari kejadian, memang ada rasa sakit, tetapi masih ingat belum mahu bersalin lagi.

Masih sempat lagi hantar anak ke rumah nenek mereka dan selepas itu bergerak ke hospital.

Beliau menceritakan apabila di dalam kereta, tiba-tiba terasa sakit yang teramat dan rasa seperti kepala bayi sudah keluar. Dia kemudian meminta suaminya berhenti di tepi jalan, belum sempat berhenti, baby dah keluar!

Katanya, suaminya sempat menyambut bayi berkenaan dengan sebelah tangan kerana kereta masih belum berhenti! Bayi berkenaan dilahirkan jam 9.06 pagi dengan berat 3.06 kg pada 9 Ogos lalu.

Berikut perkongsian Hajar Lee di Instagramnya.

Atas nama Allah, Tuhan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang,

BABY MYVI! 
Macam mimpi rasanya. Pukul 6pagi tadi rasa sakit tapi ingatkan belum nak beranak lagi. Slow2 siapkan apa yang patut, kejutkan semua kanak2 ajaib, hantar mereka pergi rumah nenek dan kami gerak ke hospital. Tiba2 rasa macam sakit sangat dah, suruh @azrulsham berhenti tepi sebab macam dah rasa kepala keluar, hmmmmm tak sempat berhenti, tadaaaaa
Tepi KFC gais
.
Kecoh pagi ni LR Sg.Buloh dah jadi kes polis beranak dalam kereta.
.
Apapun syukur Alhamdullilah, baby dan mummy selamat, dengan bantuan bidan terjun bapanya sendiri. Kita berjaya.
.
Kalau lambat sikit memang kanak2 ajaib pun dapat tengok.

Petua mudah bersalin yang dikongsikan ibu-ibu
 
#1. Berjalan kaki
 
Ada kajian menunjukkan aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32 peratus dari 663 wanita lebih cepat bukaan rahimnya dan lebih cepat proses bersalin mereka.

Secara teorinya, berjalan kaki membantu bayi untuk tertarik ke laluan bersalin dengan bantuan graviti.

Tetapi, ia perlu dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Jangan terlalu aktif kerana anda memerlukan tenaga yang banyak semasa meneran nanti.

#2. Duduk di atas bola mengandung atau buat senaman squat

Anda juga boleh duduk dan bersenam menggunakan bola mengandung ataupun melakukan senaman squat. Aktiviti ini membantu meluaskan otot pelvik dan juga menenangkan otot pelviks. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

Selain itu juga, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti.

#3. Rangsang payudara atau adakan hubungan seks dengan suami

Semasa merangsang payudara atau melakukan seks bersama suami, anda akan merembeskan satu hormon yang dinamakan oxytocin. Hormon ini akan membantu proses kontraksi uterus anda.

Selain itu juga, sperma dari suami mempunyai prostaglandins yang akan melembutkan rahim anda dan membuatkan rahim lebih bersedia untuk bersalin. Aktiviti ini hanya sesuai diamalkan ibu hamil yang dijangka bersalin normal. Sekiranya anda dikategorikan ibu hamil berisiko tinggi, sila elakkan.

#4. Minum minyak castor

Kaedah ini berasal dari zaman Mesir kuno bagi membantu mempercepatkan bersalin. Satu kajian telah yang telah berjalan selama 5 tahun telah dilakukan sekumpulan saintis. 60ml minyak castor yang dicampur 200ml air suam telah diberikan kepada ibu hamil yang terpilih.

Hasilnya, wanita yang mengamalkan minyak castor lebih tinggi keberangkalian untuk bersalin antara 24 jam selepas minum minyak tadi. Cara ini lebih selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia dan sintetik.

Apa-apa pun, kajian ini tidak boleh dikira sebagai satu kajian yang signifikan. Rujuk doktor terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan. Sekali lagi, pastikan anda bukanlah dikategorikan sebagai ibu hamil berisiko tinggi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Hajar Lee, thezuriat

Baca juga:

15 petua mudah bersalin yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang baru lepas beranak

Penulis

Lala Annuar