Induce Bersalin: Sebab Kena Bersalin Induce, Kaedah Induce & Cara Kurangkan Sakit

Induce bersalin menggunakan beberapa cara bersalin induce dengan tujuan menggalakkan bukaan rahim, menyelamatkan nyawa ibu serta bayi

Tidak semua ibu diberikan rezeki untuk mudah bersalin. Hakikatnya tiada siapa yang tahu bagaimana proses bersalin akan berlaku; sama ada bersalin normal ataupun czer. Namun pernahkah anda mengetahui tentang induce bersalin?

Induce bersalin mungkin dipertimbangkan oleh doktor terutamanya untuk ibu yang sudah melepasi 41 minggu kehamilan dan tiada tanda-tanda bukaan rahim dalam tempoh pemerhatian.

Apa Itu Induce Bersalin?

induce bersalin, bersalin induce, cara kurangkan sakit bersalin induce, pengalaman bersalin induce, cara induce bersalin, induce belon, apa itu induce, induce bersalin berapa lama

Induce bersalin atau induction of labour adalah proses membuka jalan rahim secara paksa. Keputusan untuk induce ini dilakukan atas pelbagai sebab. Namun yang pastinya adalah menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Apa Sebab Bersalin Induce?

Terdapat beberapa sebab bersalin induce dipertimbangkan oleh doktor. Antaranya adalah:

Overdue

Kehamilan melebihi 42 minggu dianggap overdue. Ia boleh membawa risiko kepada ibu dan bayi, menjadikan bersalin induce sebagai pilihan yang perlu untuk mengelakkan komplikasi.

Premature Rupture of Membranes (PROM)

Apabila kantung air ketuban pecah sebelum bersalin, ia dipanggil PROM. Induce mungkin diperlukan jika bukaan rahim tidak bermula dalam jangka masa yang munasabah untuk mencegah jangkitan dan komplikasi lain.

Penyakit Sedia Ada

Masalah perubatan yang dialami oleh ibu hamil seperti preeklampsia, diabetes, atau tekanan darah tinggi, mungkin memerlukan bersalin induce untuk mengelakkan sebarang masalah kelahiran.

Sekatan Pertumbuhan Janin

Apabila doktor mendapati bahawa bayi tidak membesar seperti yang dijangkakan dalam kandungan, induce mungkin disaran untuk memastikan pertumbuhan dan kesejahteraan bayi.

Chorioamnionitis

Ini adalah jangkitan kantung ketuban dan cecair amniotik. Dalam kes korioamnionitis yang teruk, induce mungkin diperlukan untuk melindungi kesihatan ibu dan bayi.

Oligohidramnios

Keadaan di mana terdapat terlalu sedikit air ketuban di sekeliling bayi, yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi.

Masalah Plasenta

Jika plasenta tidak berfungsi dengan baik dan bayi tidak menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, bersalin secara induce mungkin diperlukan.

Punca Bersalin Induce Yang Lain

  • Anda sudah lebih 2 minggu dari tarikh bersalin (overdue)
  • Air ketuban telah pecah tapi tiada tanda bersalin
  • Bayi berhenti membesar (fetal growth restriction)
  • Air ketuban tidak mencukupi
  • Anda ada penyakit diabetes
  • Anda ada darah tinggi
  • Placenta mulai tercerai dari dinding uterus sebelum kelahiran (placental abruption)
  • Mempunyai keadaan medikal seperti sakit buah pinggang atau obesiti

Induce Bersalin Berapa Lama?

Tempoh induce bersalin boleh berbeza bagi setiap wanita dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Secara amnya, proses induce bersalin  boleh mengambil masa beberapa jam hingga beberapa hari.

Beberapa faktor boleh mempengaruhi proses ini seperti kaedah yang digunakan, seberapa matang serviks pada permulaan proses, dan bagaimana tubuh ibu bertindak balas terhadap proses induksi.

Cara Induce Bersalin

Berikut adalah beberapa cara induce yang mungkin dipertimbangkan oleh doktor:

Pentadbiran Prostaglandin

Prostaglandin adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam memulakan proses bersalin. Doktor biasanya memberikan prostaglandin dalam bentuk gel, tablet, atau plat ke serviks (serviks) untuk membantu melembutkan dan merangsang serviks.

Pecah Membran Buatan (AROM)

Doktor menggunakan alat khas untuk memecahkan air ketuban yang mengelilingi bayi. Ini boleh mencetuskan sakit kontraksi dan mula bersalin.

Infusi Oxytocin

Oxytocin ialah hormon yang merangsang pengecutan rahim. Doktor boleh memberikan oksitosin melalui infusi intravena (IV) untuk mendorong pengecutan rahim.

Menyapu Membran

Menyapu Membran Juga dikenali sebagai “sapu serviks,” ini adalah prosedur bukan invasif di mana doktor memasukkan jarinya ke dalam serviks untuk memisahkan membran amniotik dari dinding rahim. Ini boleh merangsang pembebasan prostaglandin semula jadi.

Kateter Foley (Induce belon)

Kateter Foley mempunyai belon di hujungnya boleh dimasukkan ke dalam serviks dan mengembang untuk membantu melebarkan serviks dan mendorong kelahiran.

Kegunaan Misoprostol (Cytotec)

Misoprostol ialah ubat yang boleh digunakan untuk mendorong kelahiran dengan menukar serviks dan merangsang pengecutan rahim. Penggunaan ubat ini perlu diawasi oleh kakitangan perubatan yang berpengalaman.

Laminaria atau Dilapan

Cara bersalin induce ini menggunakan objek kecil yang boleh dimasukkan ke dalam serviks untuk membantu melebarkan serviks secara beransur-ansur.

Apa Itu Induce Belon?

Kateter foley atau induce belon akan dimasukkan untuk mempercepatkan bukaan tersebut bagi memberi laluan kepada bayi untuk keluar.

Kateter foley ini adalah tiub getah yang panjang dengan terdapat belon di hujungnya. Doktor akan mengisi belon menggunakan keteter foley ini.

Apabila inducde belon ini mengembang di dalam serviks, ia memberi tekanan kepada sel-sel serviks seterusnya membantu meningkatkan tindak balas dengan oksitosin dan prostaglandin. Kedua-dua hormon ini membantu untuk kelahiran bayi.

Berapa Kali Induce Bersalin?

Berapa kali induce bersalin adalah bergantung pada keadaan ibu dan bayi. Bersalin induce biasanya dilakukan jika doktor mendapati anda sudah overdue, masalah kesihatan atau tiada bukaan rahim.

Dalam sesetengah kes, seorang wanita mungkin perlu induce lebih dari sekali bagi membantu mereka bersalin secara normal.

Cara Kurangkan Sakit Saat Bersalin Induce

induce bersalin, bersalin induce, cara kurangkan sakit bersalin induce, pengalaman bersalin induce, cara induce bersalin, induce belon, apa itu induce, induce bersalin berapa lama

Sakit bersalin bersalin induce boleh menjadi sesuatu yang menguji kesabaran ibu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan keselesaan semasa induce bersalin.

Berikut beberapa cara kurangkan sakit bersalin induce sebagai panduan anda:

  • Epidural: Epidural ialah prosedur yang melibatkan suntikan ubat penahan sakit ke dalam ruang epidural di sekeliling tulang belakang. Ini adalah kaedah yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin dan sering digunakan apabila bersalin secara induce. Dalam sesetengah kes, rawatan Analgesia Regional juga boleh digunakan.
  • Kedudukan Selesa: Mencuba posisi berbeza semasa kontraksi boleh membantu mengurangkan kesakitan dan menggalakkan kemajuan bersalin. Bercakap dengan jururawat atau bidan anda untuk mencari kedudukan yang paling selesa.
  • Kaedah Relaksasi dan Pernafasan: Teknik pernafasan dalam, meditasi dan relaksasi boleh membantu menangani kesakitan dan ketegangan semasa bersalin.
  • Sokongan Emosi: Sokongan emosi daripada pasangan, keluarga atau doula boleh membantu mengurangkan kebimbangan dan tekanan yang berkaitan dengan sakit bersalin.
  • Tetapan Persekitaran Tenang: Suasana yang tenang, selesa dan menyokong boleh membantu mengurangkan kesakitan. Sentiasa baca zikir dan doa agar dimudahkan urusan bersalin.
  • Urut dan Aromaterapi: Sesetengah wanita mendapati urutan ringan atau penggunaan aromaterapi minyak pati boleh membantu kurangkan sakit bersalin induce.

Risiko Bersalin Secara Induce

induce bersalin, bersalin induce, cara kurangkan sakit bersalin induce, pengalaman bersalin induce, cara induce bersalin, induce belon, apa itu induce, induce bersalin berapa lama

Walaupun dalam kebanyakan kes bersalin secara induce adalah prosedur yang menyelamatkan nyawa, ia juga hadir dengan beberapa risiko.

Berikut beberapa risiko bersalin secara induce:

  • Induce Gagal: Terdapat kemungkinan bersalin secara induce tidak berjaya, yang membawa kepada keperluan untuk pembedahan cesarean (C-section). Induce yang gagal boleh memanjangkan proses bersalin dan mendedahkan ibu dan bayi kepada risiko tambahan.
  • Hiperstimulasi Rahim: Oksitosin yang diberikan ketika induce, boleh menyebabkan kontraksi terlalu kuat dan kerap, dikenali sebagai hiperstimulasi rahim. Ini boleh mengurangkan aliran darah kepada bayi dan membawa kepada gangguan janin.
  • Jangkitan: Menyapu membran dan ketuban pecah buatan boleh memasukkan bakteria ke dalam rongga rahim, meningkatkan risiko jangkitan untuk ibu dan bayi.
  • Bayi makan najis dalam kandungan: Dalam kes overdue atau gangguan janin, bayi mungkin mengeluarkan mekonium (najis pertama) dalam rahim. Jika bayi termakan najis ini, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan.

Cara Induce Secara Natural

Terdapat juga cara induce secara natural terutamanya buat para ibu yang  sudah melebihi tarikh bersalin mereka. Berikut adalah beberapa cara:

  • Bersenam. Senaman ringkas seperti berjalan menaiki tangga atau keliling rumah boleh mempercepatkan proses bersalin.
  • Seks. Seks membantu mengurangkan oksitoksin yang boeleh membuatkan kontraksi bermula. Seks semasa bayi sudah cukup bulan adalah selamat, jadi jangan risau akan keselamatan bayi.
  • Meransang puting payudara. Meransang puting payudara sama ada secara manual atau pam susu boleh membantu memulakan kontraksi untuk bersalin.
  • Akupuntur. Sesetengah orang percaya yang akupuntur boleh mempercepatkan bersalin. Penting untuk mendapatkannya dari orang yang mempunyai lesen.
  • Sesetengah jenis makanan. Terdapat sesetengah jenis makanan seperti nenas, makanan pedas yang dipercayai boleh mempercepatkan proses bersalin. Namun penting untuk mendapatkan pendapat doktor terlebih dahulu.

Pengalaman bersalin induce

Seorang ibu kongsikan pengalam bersalin induce yang dilalui menerusi Facebook:

Salam ibu2. Nak cerita pengalaman saya baru bersalin. Pengalaman bersalin induce 38w sebab ada GDM hehe. (AWAS, PANJANG CERITA NI HAHA).

Mula2 masuk bukaan baru 2cm, tak rasa contraction apa2 lagi. Pukul 12 malam, nurse masukkan ubat induce melalui vagina tu tapi masih tak rasa sakit. Saya tidur lena je malam tu haha. Pagi tu pukul 8 check, masih 2cm juga.

Pukul 10 pagi, jadi 3cm. Doktor pecahkan ketuban dan start induce pakai drip. Waktu ni dah rasa contraction tapi saya boleh gelak2 dan main phone lagi. So tak minta ubat tahan sakit sebab rasa boleh tahan lagi. Bila start 7cm tu ya Allah sakit setengah mati.

Saya merayu kat nurse nak teran baby keluar waktu dah 8cm sebab tak tahan sangat tapi nurse tak bagi. Sakit sangat2 dan contraction kerap. Tak sampai seminit lega, dah rasa sakit contraction tu lagi. Time ni rasa macam nak request czer je so that cepat sikit baby keluar sebab saya rasa macam tak mampu nak tahan sakit tu.

Tapi bila baby dah keluar, ya Allah lega. Saya tak ingat dah apa jadi lepas tu sebab tertidur. Tak perasan bila kena jahit tu sebab tidur, tenaga dah tak ada 😅 tapi syukur bersalin normal ni rupanya sakit lepas bersalin tu hilang. Lepas mandi, makan badan rasa segar, dua jam lepas bersalin tu dah boleh jalan macam biasa. Rasa bertenaga nak urus diri sendiri n baby. Lega sangat sebab nanti kena pantang sendiri, family jauh.

Tu je la pengalaman saya. 5 jam lawan contraction hehe. Sweet memory. Hope urusan ibu2 lain pun dimudahkan insyaAllah.

Kesimpulannya, prosedur induce dapat menguruskan kehamilan berisiko tinggi dan memastikan kesejahteraan ibu dan bayi.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk induce hendaklah berdasarkan penilaian menyeluruh tentang keadaan tertentu, potensi risiko dan faedah.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  3 Pengalaman Bersalin Induce – Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

Baca juga: Kontrasi Teruk Tapi Bukaan Tak ADA, Ini 3 Jenis Induced Ubat & Semulajadi Yang Boleh Bantu

Baca juga:  4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!