Nak Bersalin Tanpa Koyak? Jom Buat 5 Senaman Mudah Ini, Buat Di Ruang Tamu Pun Boleh!

Kalau bersalin tanpa koyakan, mesti proses pemulihan pun lebih cepat malah ibu lebih selesa semasa berpantang!

Bila dah nak dekat tarikh bersalin, mulalah ramai yang bagi nasihat dan tips untuk bersalin. Ada yang cadangkan makanan untuk mudah bersalin, tips meneran, makanan yang bagi tenaga dan tips bersalin tanpa koyak bagi yang akan bersalin normal!

Biasanya bersalin tanpa koyakan ini diidamkan oleh para ibu sebab tak perlu tunggu jahitan sembuh dan pantang pun lebih mudah. Mungkin ada segelintir yang mencadangkan pemakanan semasa hamil bagi elak koyakan, tetapi sebenarnya ibu juga boleh amalkan senaman sebelum bersalin tau!

Senaman Semasa Hamil Untuk Bantu Bersalin Tanpa Koyak

Sumber: Babycenter.com

Mungkin ada sesetengah wanita yang fikir, ‘Macam mana nak bersenam, nak gerak pun susah bila perut dah besar ni!”. Eh boleh saja kalau nak bersenam, lagipun ibu hamil digalakkan untuk kekal aktif semasa hamil tau.

Senaman yang dimaksudkan bukannya senaman berat yang memerlukan gerakan besar, tetapi yang lebih mudah malah boleh dilakukan di ruang tamu sahaja. Berikut merupakan 5 senaman untuk bantu ibu bersalin tanpa koyakan:

#1 Berjalan Kaki

Berjalan kaki merupakan senaman paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Amalkan berjalan kaki pada waktu pagi atau petang, malah kalau sedang berada dalam mall pun boleh juga lakukan aktiviti berjalan sambil window shopping.

Selain itu, berjalan kaki juga mempercepatkan bukaan rahim sekiranya kerap dilakukan menjelang tarikh bersalin. Ada sesetengah ibu mungkin merasakan sukar untuk berjalan tetapi jangan risau kerana ia selamat untuk dilakukan walaupun semasa kontraksi.

#2 Duduk Atas Bola Senaman @ Gym Ball

Dapatkan bola khas senaman untuk melakukan aktiviti ini. Duduk di atas bola senaman secara menegak dan lakukan aktiviti kebiasaan seperti menonton tv atau membaca buku pun boleh!

Ketika masuk trimester ke-3, ibu boleh juga guna cara ini untuk mengurangkan sakit dan menenangkan diri semasa sakit kontraksi. Ia bukan sahaja selesa malah membantu mempercepatkan bukaan semasa hampir bersalin.

#3 Squat

Senaman squat merupakan gerakan berulang cangkung-berdiri dengan kedua-dua tapak kaki dalam keadaan menetap di lantai. Sama seperti berjalan kaki, senaman ini juga mempermudahkan proses bersalin sekiranya dilakukan secara konsisten.

Selain itu, squat menguatkan otot pinggang dan secara tidak langsung memudahkan bayi masuk ke laluan. Jadi ia sangat sesuai untuk dilakukan semasa hampir waktu bersalin, dan pastikan minta bantuan suami ya sekiranya sukar untuk ibu melakukan senaman ini.

#4 Angkat Punggung dan Otot Pelvis

Senaman ini mudah dilakukan kerana ibu hanya perlukan berbaring atas alas sahaja. Caranya dengan berbaring, bengkokkan kaki dan perlahan-lahan angkat punggung dengan menetapkan bahu dan tapak kaki.

Lakukan aktiviti ini selama 10-15 minit sehari sahaja dan pastikan jangan kelam kabut pula ya. Kalau nak lebih ketenangan, pasang muzik yang lembut bagi mengiringi pergerakkan dan untuk elakkan rasa stress.

#5 Posisi Kupu-Kupu

 

Posisi ini dapat pinggul ibu menjadi lebih fleksibel dan melancarkan proses bersalin. Ibu perlu meregangkan otot dibawah pinggul, punggung serta peha dalam masa yang sama ibu perlu duduk secara posisi kupu-kupu. 

Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.

Senaman yoga ini boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.

Dengan mengamalkan 5 senaman ini, InsyaAllah proses bersalin ibu akan menjadi lebih mudah dan kurang risiko koyakan semasa melahirkan anak. Senaman semasa hamil dibolehkan ya ibu, asalkan tidak terlalu ekstrim dan membahayakan kandungan.

Suami juga boleh turut serta dalam melakukan aktiviti senaman ini, barulah isteri dapat sokongan dan lebih bersemangat untuk buat! Malah semua jenis senaman ini juga ada manfaatnya pada semua orang, bukan sahaja pada wanita hamil.

Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mingguanwanita

Baca juga:

https://my.theasianparent.comamalan-mudah-kembali-langsing

Penulis

Beto Rahman