Suami dan isteri secara lumrahnya perlu bersama-sama menghadapi ujian dalam hidup berumah tangga. Tetapi jika terpaksa hidupan bersuamikan lelaki durjana, apakah pengakhiran sebuah perkahwinan itu?
Seperti pasangan di Mesir ini, si suami tanpa berhati perut sanggup menolak isteri jatuh dari tingkat lima apartment mereka gara-gara wanita berkenaan disahkan positif Covid-19! Mujurlah tak mati!
Wanita berkenaan mengalami kecederaan di tulang belakang yang memerlukan pembedahan segera.
Bersuamikan lelaki durjana, wanita malang cedera parah
Wanita berkenaan disahkan dijangkiti Covid-19 melalui tiga ujian saringan yang dibuat ke atasnya.
Lelaki itu mendakwa dia menyuruh isterinya keluar rumah setelah disahkan dijangkiti virus maut itu, tetapi wanita itu enggan yang menyebabkannya tergamak menolak isterinya sendiri!
Dia juga mendakwa mereka memangs sering bergaduh dan sudah ambil keputusan untuk berpisah.
Pakar perubatan memaklumkan susulan kejadian itu wanita berkenaan kini dalam keadaan kritikal dan bakal mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Lelaki durjana itu juga sudah ditahan polis atas perbuatan kejamnya!
Tindakan yang perlu diambil jika anda didera
Mangsa penderaan biasanya takut untuk mengaku bahawa mereka didera, ada yang sanggup mendiamkan diri walaupun sudah terkulai layu di tangan si pendera.
Ada juga yang masih tegar berdiam diri, sedangkan ada banyak perkara boleh dilakukan untuk membela nasib diri. Ingat ya wanita, anda dilahirkan bukan untuk didera. Perlu berani tegakkan hak diri sendiri supaya tidak mudah ditindas.
#1. Cuba segera mungkin dapatkan rawatan di hospital kerajaan
Jangan bertangguh!Segera cari jalan dapatkan rawatan dan laporan perubatan dari hospital kerajaan terdekat anda.
Anda perlu ke bahagian trauma dan kecemasan di hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Berikan segala maklumat kepada pegawai di kaunter, mereka akan bantu anda untuk ke langkah seterusnya. Usah khuatir, mereka akan bantu anda. Jangan lupa bawa kad pengenalan bersama.
#2. Buat aduan di balai polis
Buat laporan di balai polis dengan mengemukakan laporan perubatan yang diterima dari hospital kerajaan.
#3. Dapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO)
Bagi mengukuhkan lagi tuntutan, isteri disarankan pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di sana pegawai JKM akan membawa mangsa (isteri) ke mahkamah untuk mendapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO) supaya pihak suami dilarang menganggu isteri.
Tiga tindakan ini penting kerana jika tidak dilaksanakan akan sukar bagi pihak isteru untuk meyakinkan pihak mahkamah atas dakwaannya.
Ia sangat penting bukan saja dalam proses mendapatkan cera tetapi agar suami dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Pastikan anda lengkap dengan semuanya supaya pelaku menerima hukuman setimpal.
Situasi dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga
Mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) keganasan rumah tangga merangkumi skop apabila:
- Si pelaku mengakibatkan kecederaan fizikal kepada mangsa
- Si pelaku sengaja membuatkan mangsa berasa takut dicederakan secara fizikal
- Mangsa dipaksa atau diancam untuk melakukan sebarang perbuatan seksual
- Mangsa dikurung atau tidak dapat bergerak dengan bebas secara paksaan
- Si pelaku sengaja melakukan khianat dengan merosakkan atau memusnahkan harta benda
Punca biasa keganasan rumah tangga
- Pertelingkahan antara pasangan yang menyakitkan hati atau mengguris perasaan
- Pasangan panas baran dan senang melampiaskan rasa marah dengan kata-kata kesat, ugutan atau secara fizikal
- Terlibat dalam kes penagihan dadah atau kaki botol
- Masalah kewangan dihadapi keluarga
- Cemburu buta terhadap pasangan
Jika rasa orang didera apa patut anda buat?
Kadangkala laporan daripada jiran yang sebenarnya menyelamatkan ramai mangsa dera. Jadi sebagai masyarakat tidak salah jika anda peka dengan keadaan di sekeliling. Mana tahu anda boleh menyelamatkan seseorang dari maut kerana didera kan?
- Jika dengar jeritan atau bunyi mencurigakan rakam untuk dijadikan bukti
- Kenalpasti jika mereka ada tanda-tanda didera seperti lebam atau parut. Selalunya mereka akan cuba sembunyikannya.
- Jangan terlalu mendesak kerana ia boleh membuatkan mangsa menjauhkan diri
- Lapor polis
Sumber: arabnews.com, iluminasi.com, peguam syarie johor
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya