TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hukum dan malukan anak depan orang: adakah ia cara disiplin yang berkesan?

3 min bacaan
Hukum dan malukan anak depan orang: adakah ia cara disiplin yang berkesan?

Apabila ibu bapa menghukum anak di depan orang atau menyebarkan video hukuman mereka di media sosial, ini boleh memberi kesan negatif kepada mereka

Kebelakangan ini, terdapat lebih banyak kejadian ibu bapa menghukum anak di depan orang sehingga ia menjadi trend terkini untuk mendisiplinkan anak.

Mendisiplinkan anak itu memang patut, tetapi sesetengah ibu bapa telah menghukum dengan cara yang lebih drastik seperti mencukur rambut anak, menyuruh anak memakai papan tanda yang memalukan sebelum memuat naik video hukuman itu di dalam talian dan lain-lain.

Menghukum anak di depan orang: Era media sosial

Kini terdapat lebih daripada 30,000 klip jenis menghukum anak di depan orang dalam talian, dan kini lebih ramai orang yang tertanya-tanya jika ia merupakan cara yang betul untuk mendisiplinkan anak atau tidak.

Ibu bapa yang menghukum anak di depan orang mengatakan mereka menggunakan cara ini kerana mereka sudah tiada jalan lain. Mereka mempertahankan perbuatkan mereka dan menegaskan yang mereka sedang menunjukkan anak “tough love”.

Lebih-lebih lagi dalam era media sosial kita hari ini – semua pun nak report. Maka tidak hairanlah sehingga cara mendisiplinkan anak turut dirakam dan dikongsi di dalam talian.

Walaupun kejadian ini jarang berlaku di Malaysia, konsepnya sama sahaja: kita tidak patut menghukum atau memarahkan anak di depan orang. Sebaliknya kita perlu cuba dulu cara yang lebih positif , ataupun tips lain. 

Jangan memberi alasan cara ini adalah cara “kreatif” untuk mendisiplinkan anak. Ibu bapa tidak perlu menghina anak sendiri dengan menyebarkan kesalahan mereka di media sosial dan ke seluruh dunia. Fikir juga kesan perbuatan ini kepada anak.

Kesan menghukum anak di depan orang menurut pakar

“Perkara saya paling tak faham mengenai perbuatan ini ialah ibu bapa mereka sendiri yang membuat video-video ini,” kata pakar keibubapaan Sue Atkins. “Buat apa gunakan cara ini? Adakah ia betul-betul akan mendatangkan faedah kepada anak? Kenapa ibu bapa tidak lebih aktif mengajar anak dari kecil lagi tentang akhlak dan kelakuan yang baik? Kenapa sekarang baru nak memalukan mereka? Ibu bapa ini hanya akan kehilangan rasa hormat dari anak mereka.”

Mereka bukan hanya mendapat malu apabila ibu bapa menghukum anak di depan orang. Mereka turut patah hati dan rasa harga diri mereka hancur apabila satu dunia tahu kesalahannya.

Ada yang mendapat tamparan teruk sehingga tidak mahu hidup lagi. Ibu bapa kena ingat, kalau anak kehilangan sokongan kawan dan rakan sebaya, dia tidak akan mempunyai sesiapa lagi.

Mungkin sesetengah ibu bapa rasa cara menghukum ini berkesan sebagai cara jangka pendek tetapi pakar percaya bahawa menghukum anak di depan orang lebih banyak memudaratkan.

Ini tidak bermakna ibu bapa boleh membiarkan anak menjadi hantu dan melakukan apa saja. Mendisiplinkan anak perlulah dengan cara yang positif dan konsisten.

Walaupun tugas mendidik anak sangatlah mencabar, tetapi kita sebagai ibu bapa dan orang dewasa kenalah mengikut cara yang betul supaya tidak mengakibatkan kesan lebih teruk lagi, di kemudian hari.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: New York Post

Baca juga:

Anak Akan Ikut Perangai Ibu Ayah, Sebab Itulah Kena Selalu Tunjuk Contoh Yang Baik

 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Hukum dan malukan anak depan orang: adakah ia cara disiplin yang berkesan?
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham