Adakah Berurut Semasa Hamil Selamat? Ini Apa Ibu Baru Perlu Tahu

Sakit pinggang, sakit punggung, lenguh-lenguh kaki, cramp kaki dan macam-macam lagi kesakitan pada badan adalah perkara yang biasa untuk ibu hamil. Mesti ada yang mahu pergi berurut. Selamat ke tidak berurut ketika hamil? Jom baca lanjut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urut terapeutik memang sudah lama digunakan untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan, mengurangkan tekanan, dan melegakan ketegangan otot. Tetapi berurut semasa hamil sering mendapat sambutan bertentangan dari pakar kesihatan dari segi keselamatan.

Sakit pinggang, sakit punggung, lenguh-lenguh kaki, cramp kaki dan macam-macam lagi kesakitan pada badan adalah perkara yang biasa untuk ibu hamil. 

Saya pasti kebanyakan ibu teringin untuk pergi berurut selama sejam ataupun dua untuk meredakan rasa sengal dan kesakitan badan yang mereka alami sepanjang kehamilan.

Walaupun kajian menunjukkan bahawa berurut semasa hamil boleh memberi manfaat, ia masih perlu diberikan pertimbangan yang teliti, terutamanya pada cara, latihan dan pengalaman pengurut itu.

Tidak semua pengurut tahu cara yang betul atau mempunyai latihan khusus untuk urutan pranatal.

Berurut semasa hamil: Selamat atau tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang baru hamil kurang dari 12 minggu tidak digalakkan untuk pergi berurut kerana risiko keguguran.

Tetapi selain daripada itu, ibu hamil boleh memulakan terapi urut pada bila-bila masa dalam kehamilan mereka.

Kebanyakan kedai urut dan pengurut berpengalaman, biasanya, tidak akan menawarkan perkhidmatan kepada wanita yang masih dalam trimester pertamanya.

Ini kerana peningkatan risiko keguguran yang berkaitan dengan kehamilan 12 minggu pertama.

Tambahan pula, ibu hamil hanya akan mendapat lebih banyak manfaat berurut semasa trimester dua hingga tiga, apabila bayi dalam kandungan lebih besar dan berat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil selalu mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon semasa hamil.

Manfaat berurut semasa hamil

  • boleh mengurangkan kebimbangan dan stress,
  • boleh menyebabkan badan rasa tenang dan lebih bersemangat,
  • mengurangkan simptom kemurungan,
  • melegakan sakit otot dan sakit sendi,
  • mampu melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik secara keseluruhan,
  • Mengurangkan sakit belakang,
  • Mengurangkan edema,
  • Mengurangkan ketegangan otot dan sakit kepala,
  • Pengoksidaan yang lebih baik daripada tisu lembut dan otot,
  • dapat tidur dengan lebih baik,

Bahagian-bahagian badan yang perlu dielakkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat pelbagai teknik urutan ibu hamil tetapi secara keseluruhan urutan yang dilakukan perlulah ringan dan tidak bersifat kuat.

Apabila darah tidak bergerak dengan lancar, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada bahagian otot peha dan betis.

Darah beku ini boleh tertanggal dan masuk ke dalam saluran darah jika urutan yang terlalu kuat dilakukan pada bahagian otot peha dan betis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Darah beku ini kemudian boleh membentuk thrombus yang boleh menyebabkan stroke.

Bahagian badan lain yang perlu dielak dari diurut adalah bahagian abdomen, pergelangan kaki dan tangan kerana ini boleh merangsangkan pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran. 

Jika ibu mengalami rasa sakit pada abdomen seperti sakit bersalin semasa berurut, suruh pengurut berhenti segera dan dapatkan nasihat doktor.

Ibu-ibu hamil yang tidak digalakkan untuk berurut adalah

  1. kehamilan berisiko tinggi
  2. kehamilan dengan hypertension atau preeclampsia
  3. pernah mengalami kelahiran pramatang
  4. pernah mengalami keguguran
  5. kehamilan kurang dari 12 minggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Pesan, Ini 3 Bahagian Badan Yang Bahaya Diurut Ketika Hamil!

Baca juga: Setiap Jenis Minyak Ada Fungsinya, Ini 5 Minyak Urut Terbaik Untuk Urut Ibu Mengandung

Baca juga: 3 Teknik Urut Isteri Hamil Yang Boleh Dibuat Suami, Pasti Keselesaan Lebih Terasa Si Ibu

Penulis

Rosanna Chio