X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Doktor Pesan, Ini 3 Bahagian Badan Yang Bahaya Diurut Ketika Hamil!

4 min bacaan
Doktor Pesan, Ini 3 Bahagian Badan Yang Bahaya Diurut Ketika Hamil!Doktor Pesan, Ini 3 Bahagian Badan Yang Bahaya Diurut Ketika Hamil!

Ketika sedang hamil, memang ramai yang mengalami lenguh-lenguh badan. Jadi ramai juga pastinya mahu berurut ketika hamil. Bagaimanapun, selamatkan ia?

Ketika sedang hamil, memang ramai yang mengalami lenguh-lenguh badan. Jadi ramai juga pastinya mahu berurut ketika hamil. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang risau sama ada boleh atau tidak berurut ketika hamil.

Berurut ketika hamil dikatakan dapat mengurangkan stres ibu hamil yang terpaksa menanggung sakit badan yang dialami terutama ketika perut semakin membesar dan bayi dalam kandungan semakin bertambah beratnya.

Jadi pasti ramai yang tertanya-tanya selamatkah berurut ketika hamil? Adakah akan mendatangkan kesan buruk kepada kandungan atau adakah ia memudaratkan ibu hamil?

Berurut ketika hamil ada kebaikan, keburukan

Berurut ketika hamil

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun, ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudarat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut.

Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahim

Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan

Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut.

Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis.

Oleh itu, pengurut yang baik tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis, bimbang darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tertanggal (dislodge) dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan boleh menyebabkan stroke.

Tiga bahagian bahaya diurut ketika hamil

#1. Abdomen

Berurut ketika hamil

Urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali abdomen. Namun ada juga pengurut yang melakukan urutan di bahagian ini, tetapi beliau menasihatkan agar urutan pada abdomen walaupun ringan namun lebih baik ditinggalkan. Ini kerana urutan pada abdomen boleh merangsang rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘deep-tissue massage’.

#2. Pergelangan kaki (ankle)

Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

#3. Pergelangan tangan (wrist)

Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Oleh itu jika mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction), segeralah memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera berkonsultasi dengan doktor yang merawat.

Urutan buat rasa bersemangat, kurangkan moody ibu hamil

Berurut ketika hamil

Wanita hamil sering mengalami kelenguhan badan akibat perubahan hormon yang mereka alami. Rawatan urutan untuk mereka akan memberikan banyak manfaat apabila mereka berurut sebanyak dua kali setiap minggu selama lima minggu.

Urutan akan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stres. Stres akan mengakibatkan wanita hamil mudah berasa penat dan tidak bertenaga. Ia juga akan menjadikan mereka cepat marah, berputus asa dan rasa tertekan.

Urutan juga akan meningkatkan kepekatan hormon yang dopamine dan serotonin yang akan menyebabkan tubuh berasa tenang dan bersemangat. Hormon ini juga akan mengurangkan masalah dan komplikasi ketika proses melahirkan bayi.

Urutan akan mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga boleh mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Selain itu berurut dapat membuatkan mereka dapat tidur dengan lebih nyenyak.

Ramai wanita hamil yang mengadu sakit pinggang terutama di peringkat akhir kehamilan. Adakalanya sakit yang dialami melarat hingga ke peha akibat saraf pada pelvis ditekan oleh rahim yang membesar. Berurut membantu mengurangkan kesakitan pada pinggang belakang tanpa memakan ubat penahan sakit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

https://my.theasianparent.comteknik-urutan-faraj

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Doktor Pesan, Ini 3 Bahagian Badan Yang Bahaya Diurut Ketika Hamil!
Kongsikan:
  • 7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

    7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

  • Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah - Kajian

    Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah - Kajian

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • 7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

    7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

  • Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah - Kajian

    Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah - Kajian

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.