X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kesan Sampingan Mengandung - Tangan Kebas Ketika Hamil, Kenapa Begitu?

3 min bacaan
Kesan Sampingan Mengandung - Tangan Kebas Ketika Hamil, Kenapa Begitu?Kesan Sampingan Mengandung - Tangan Kebas Ketika Hamil, Kenapa Begitu?

Ibu hamil pernah rasa tangan atau jari-jemari rasa kekebasan, berdenyut-denyut? Itu petanda sindrom carpal tunnel! Bincang dengan doktor jika ibu mengalami tanda-tanda ini.

Kebanyakan ibu mengandung hanya memikirkan masalah stretchmarks.  Namun jarang pula kita bertanya tentang tangan kebas ketika hamil. 

Semasa saya sedang mengandung, saya sudah bersedia secara mental untuk mengharungi pelbagai kesan sampingan apabila hamil ini.

Mabuk hamil, payudara kembang, kaki kembang, sakit tulang belakang atau emo? Saya tak takut, lagipun ia cuma berlaku sepanjang anda mengandung sahaja.

Tetapi kesan sampingan ini jauh lebih teruk dari stretchmarks! Ia adalah sindrom carpal tunnel atau sindrom terowong karpal.

Gejala-gejala biasa sindrom carpal tunnel atau tangan kebas ketika hamil adalah:

tangan kebas ketika hamil

Kredit: Freepik

  • Kebas (semut-semut) tangan dan jari pada waktu malam terutamanya pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari paling kecil.
  • Rasa kebas dan menyengat di tangan.
  • Meluap-luap rasa sakit di tangan atau jari-jemari.
  • Sakit dan kebas mungkin dirasakan menjalar ke atas sehingga ke lengan ataupun bahu.

Dalam kes sindrom terowong karpal yang teruk, kehilangan deria rasa pada jari dan otot tapak tangan boleh semakin merosot.

Apakah penyebab sindrom ini?

Sindrom carpal tunnel berlaku apabila urat saraf yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari tersepit di pergelangan tangan.

Ini selalunya disebabkan oleh bengkak urat-urat lain yang berada di sekitar saraf tersebut sehingga rasa sakit atau kebas di bahagian tangan dan jari pesakit.

Antara sebab-sebab lain termasuklah:

  • Patah tulang di tangan ataupun di pergelangan tangan
  • Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti waktu mengandung ataupun pada pesakit kencing manis.
  • Ketumbuhan di sekitar laluan carpal tunnel.
  • Beberapa penyakit

Baca juga: Badan Dah Lembik Gara-Gara Alahan Mengandung Teruk, Ini Cara Untuk Ibu Hadapinya!

Bila sindrom ini bermula?

tangan kebas ketika hamil

Kredit: Freepik

Pada mulanya saya anggap sensasi tangan kebas ketika hamil itu perkara yang biasa kerana saya tidak merasakan sebarang kesakitan lain.

Tapi sekitar bulan ke-5 kehamilan saya, badan saya mula bengkak.

Selain menghadapi masalah untuk tidur dan tidak dapat memakai kasut kegemaran saya, edema teruk ini telah mencubit saraf median di pergelangan tangan saya.

Akibatnya, tangan saya sering rasa sesemut dan kebas sehingga berasa tidak selesa untuk menulis atau melakukan tugas lain yang banyak menggunakan otot tangan.

Lama-kelamaan, rasa sakit itu datang berterusan, dan akan bertambah teruk tibanya waktu malam. 

Saya terpaksa memakai pendakap pada pergelangan tangan sepanjang baki kehamilan saya dan menahan kesakitan pada waktu malam.

Nasib baik selepas anak saya dilahirkan, edema ini beransur kurang dan sindrom carpal tunnel saya bertambah pulih.

Kesan Sampingan Mengandung - Tangan Kebas Ketika Hamil, Kenapa Begitu?

Kredit: Freepik

Saya berhenti memakai pendakap beberapa bulan selepas itu. Tapi keadaan tangan saya tidak pulih sepenuhnya.

Apabila melakukan kerja untuk masa yang lama, contohnya menaip, saya dapat merasakan jari manis saya akan mula kebas dan keadaan ini akan kekal begitu selama beberapa jam.

Saya perlu berhenti dan berehat dari semasa ke semasa supaya rasa sakit itu boleh berhenti.

Walaupun keadaan saya jauh lebih teruk semasa saya hamil, ia masih boleh memberi kesan kepada cara saya berkerja.

Sekira ibu-ibu mengalami tanda-tanda ini, bincanglah dengan doktor anda. Sekurang-kurangnya, doktor mungkin boleh memberi pertunjuk dan cara untuk mengurangkan keadaan ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: PopSugar dan MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda, Ini Punca & Cara Mengatasinya!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kesan Sampingan Mengandung - Tangan Kebas Ketika Hamil, Kenapa Begitu?
Kongsikan:
  • Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

    Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

  • Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

    Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

    Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

  • Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

    Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.