Kehamilan sering dikaitkan dengan pantang larang yang dikatakan akan memberi kesan kepada ibu atau bayi dalam kandungan. Salah satu pertanyaan yang sering diajukan adalah bolehkah wanita hamil tengok cerita seram?
Kebanyakkan orang biasanya tidak menggalakkan sesiapa yang hamil untuk pergi menonton wayang, atau cerita seram tetapi ini hanya berdasarkan tanggapan sendiri sahaja.
Tetapi persoalan yang sebenarnya adalah sama ada wujudnya logik di sebalik pantang larang ini atau ia hanya mitos semata-mata?
Wanita Hamil Tengok Cerita Seram Boleh Mengganggu Emosi
Apatah lagi jika ibu seorang peminat cerita seram dan sangat teruja untuk tonton filem terbaru di panggung wayang. Tetapi orang sekeliling tak sarankan untuk tengok pula, kenapa ya?
Antara yang sering dikaitkan dengan isu ini adalah berkenaan ‘kenan’ di mana wajah bayi mungkin akan terkenan watak dalam cerita seram tersebut, anak akan kerap menangis, atau ibu hamil akan terkejut semasa adegan tertentu atau terlalu memikirkan sampai termimpi-mimpi pula.
Umumnya larangan tertentu semasa kehamilan kebiasaannya hanya kepercayaan taboo dalam budaya sahaja. Walau bagaimanapun, ada betulnya juga menonton cerita seram ini boleh menyebabkan terkejut atau termimpi perkara yang menakutkan!
Hakikatnya, sebab utama wanita hamil tidak digalakkan menonton filem seram adalah kerana ia boleh menyebabkan tekanan kepada ibu.
Tekanan pada ibu ini dijangkakan boleh menyebabkan perubahan hormon dalam tubuhnya yang seterusnya dapat menjejaskan anak yang belum lahir.
Sesetengah masalah ini mungkin termasuk ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian atau memberi perhatian semasa zaman kanak-kanak atau menjadi gelisah atau terkena dengan sangat mudah.
Dalam kes yang jarang berlaku, ini juga boleh menyebabkan ibu bersalin awal atau kelahiran mati. Mustahil? Sebenarnya ini tidak mustahil ya ibu!
Yang ingin disampaikan di sini adalah filem seram sememangnya boleh menimbulkan tekanan kepada sesetengah ibu.
Jadi bolehkah ibu hamil tengok cerita seram?
Jika ibu suka atau biasa menonton cerita atau pertunjukan yang menakutkan, tidak salah untuk ibu menikmatinya asalkan berpada-pada.
Tetapi jika ibu memang tidak sukakan cerita seram, sebaiknya elakkan saja kerana kehamilan biasanya menjadikan wanita lebih sensitif terhadap emosi dan perubahan mood.
Pertimbangkan 4 Perkara Ini Jika Ingin Tengok Cerita Seram Semasa Hamil
Kehamilan yang merupakan salah satu tempoh yang paling penting dalam kehidupan seseorang, jadi rasanya lebih baik ibu ambil langkah berjaga-jaga.
Ibu mungkin boleh memilih cerita yang tidak terlalu seram atau ‘gore’ untuk tontonan kerana grafik yang terlalu ganas bukan sahaja mempengaruhi ibu tetapi mungkin si kecil juga.
Ini beberapa perkara yang perlu diingat untuk kesejahteraan bayi pada umumnya:
- Jika cerita seram atau sebarang aktiviti memberikan ibu tekanan atau menyebabkan pergolakan emosi dalam diri, lebih baik ibu mengelakkannya semasa kehamilan.
- Selepas kira-kira 24 minggu kehamilan, organ pendengaran bayi mula berkembang. Jadi semasa tempoh ini, bunyi bising yang kuat boleh mengganggu bayi yang belum lahir apatah lagi jika ibu berada berdekatan speaker wayang!
- Duduk tegak selama beberapa jam atau lebih dalam panggung wayang boleh menyebabkan lenguh semasa sarat, jadi lebih baik ibu mengelakkan daripada berbuat demikian.
- Bak kata orang, saat kehamilan ini lebih baik ibu sebut dan melihat perkara-perkara yang cantik sahaja, betul tak? Cerita seram biasanya mempunyai imej yang tidak sesuai malah ada juga yang menakutkan!
Kehamilan lebih kepada menikmati saat hamil dengan kesenangan dan tidak stress ya. Sekiranya ibu hamil tengok cerita seram dan merasakan ia tidak sesuai untuk pemikiran ibu, kami sarankan untuk ibu tidak menontonnya.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: parenting.firstcry.com
Baca juga:
https://my.theasianparent.comfakta-dan-mitos-kehamilan