Petua Merahkan Bibir Yang Pucat & Kering, Seawal 7 Hari Dah Boleh Nampak Kesannya

Bibir merah dan sihat boleh menaikkan seri wajah wanita. Ada beberapa petua untuk merahkan bibir secara semula jadi tanpa perlu alat kosmetik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan gincu dan gaya hidup seharian boleh membuatkan anda mengalami masalah bibir pucat, kering serta pecah. Justeru kami kongsikan beberapa petua merahkan bibir yang boleh dicuba di rumah.

Bahan-bahan yang digunakan untuk mendapatkan bibir merah juga mudah. Paling penting ia bebas bahan kimia dan bersifat semula jadi.

Petua merahkan bibir semula jadi

Bahagian bibir memainkan peranan utama bagi mencerminkan personaliti seseorang dan kesihatan mereka. Keadaan bibir pucat boleh menjejaskan imej hingga boleh membuatkan anda kelihatan seperti orang sakit.

Berikut beberapa petua merahkan bibir secara semula jadi:

#1. Buah strawberi

Strawberi dan buah beri yang lain mengandungi mineral dan vitamin bagi mengekalkan kesihatantubuh. Selain itu ia mampu membuatkan bibir anda merah dan lembap.

Cara melembapkan bibir kering:

  • Sediakan buah strawberi, gel lidah buaya serta madu asli dalam sukatan yang sama.
  • Kisarkan bahan ini sehingga lumat.
  • Calitkan campuran ini pada bibir anda dengan lembut dan biarkan selama 20 minit.
  • Selepas itu, bilaskan bibir dengan air sejuk. 

#2. Madu

Petua merahkan bibir yang seterusnya adalah menggunakan madu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya:

  • Sapukan madu pada bibir hingga merata kemudian biarkan ia meresap selama 15 hingga 20 minit.
  • Basuh dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu

#3. Mentega

Sapukan mentega pada bibir setiap kali sebelum tidur.

#4. Timun

Petua merahkan bibir yang lain adalah menggunakan timun. Caranya ialah dengan hiris timun nipis-nipis dan letakkan pada bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.

#5. Ubi bit

Ubi bit berwarna merah ini kaya dengan kandungan vitamin. Justeru dengan kelebihan ini ia dapat  membuatkan bibir kering menjadi lembap dan pinkish.

Caranya adalah dengan mengisar buah bit sampai menjadi halus. Letakkan kisaran buah bit di atas bibir dan biarkan selama 25 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah itu, bilaslah bibir anda dengan air bersih. Lakukan setiap hari sehingga bibir anda menjadi kemerahan.

#6. Kacang badam

Kacang badam juga menjadi salah satu petua merahkan bibir yang pucat. Diperkaya dengan anti oksida dan vitamin E, badam dapat mencerahkan bibir dengan memperbaiki sel-sel yang telah dirosakkan disebabkan oleh radikal bebas dan membuang kulit mati.

Cara merahkan bibir menggunakan kacang badam:

  • Tumbuk badam sehingga menjadi serbuk.
  • Campurkan 1 sudu besar susu dengan serbuk badam tadi sehingga menjadi tekstur pes
  • Calitkan pes itu pada bibir anda dan urut dengan lembut selama 3-5 minit.
  • Setelah itu, bilaskan bibir dengan air suam. Anda boleh melakukan cara ini 2-3 kali dalam seminggu.

#7. Limau nipis

Tips memerahkan bibir yang gelap seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Ia amat kaya dengan Vitamin C.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara untuk mengatasi bibir pecah dan kusam adalah dengan perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil dan bancuh bersama air suam.

Sapu pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.

#8. Kunyit

Kunyit juga dapat merahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.

#9. Minyak zaitun

Petua merahkan bibir yang berkesan menggunakan minyak zaitun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya adalah dengan mencampurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit.

Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

#10. Kelopak bunga mawar

Selain cantik dipandang dan airnya yang berkhasiat, kelopak mawar juga mampu memerahkan serta mencerahkan bibir! Kelopak mawar juga dipercayai mempunyai minyak dan gula semula jadi yang boleh menjaga kecantikan bibir.

Kelopak-kelopak mawar ini akan digunakan bersama susu dapat memberikan kelembapan pada bibir.

Cara merahkan bibir yang gelap:

  • Sediakan 5-6 helai kelopak bunga mawar, rendam dalam setengah gelas yang berisi susu dan biarkan semalaman.
  • Pada keesokan harinya, keluarkan kelopak-kelopak mawar tersebut dan tumbuk sehingga lumat dan mempunyai tekstur seperti pes
  • Calitkan pes mawar itu pada bibir dengan rata dan menyeluruh.
  • Selepas 15 minit dibiarkan, bilas bibir dengan air suam.

#11. Daun ketumbar

Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapu pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas menggunakan air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#12. Buah avokado

Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan.

Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!

Baca juga: Wahai Ibu Ayah, Ketahui Bahaya Tabiat Mencium Bibir Bayi, Ini Sebabnya

Baca juga: Lipstik Tahan Lama Punca Kerengsaan Pada Bibir, Namun Kini Anda Boleh KISS Dengan Selamat!