Ketika mengandung, ibu mempunyai pilihan untuk menjalani pemeriksaan kehamilan dengan bidan atau doktor. Walaupun kedua-duanya mempunyai kepakaran tersendiri dalam membantu ibu mengandung, namun masih ada perbezaan antara keduanya.
Terdapat bidan yang bertugas di hospital, dan ada juga bidan kampung.
Bidan di hospital biasanya bekerja di hospital dan melakukan tugasan sama seperti doktor dan jururawat, manakala bidan kampung pula bekerja dari rumah dan akan datang ke rumah pesakit untuk memberikan bantuan.
Bidan atau Doktor? Perbezaan Yang Perlu Anda Tahu
Dr Frits Max Rumintjap, SpOG(K) mengatakan, tugas bidan adalah membantu ibu mengandung bersalin, itupun sekiranya kandungan si ibu tidak mempunyai sebarang komplikasi, tidak berisiko dan boleh melahirkan secara normal.
Namun sekiranya terdapat komplikasi, tanggungjawab tersebut akan diserahkan kepada doktor atau pakar O&G.
“Bidan merupakan tenaga medik terlatih. Selagi proses bersalinnya normal dan tidak berisiko, ia boleh diuruskan oleh bidan. Akan tetapi, bila terjadi komplikasi seperti perdarahan, bidan akan merujuk pesakit ke hospital”
Selain kaedah yang digunakan, perbezaan lain adalah penglibatan mereka dengan masyarakat. Bidan cenderung untuk lebih mudah berjumpa dengan orang ramai, dengan datang ke rumah pesakit. Manakala doktor hanya boleh ditemui di hospital.
Beza Bidan dan Doktor Semasa Merawat Ibu Mengandung
- Kaedah Bidan – Bidan menganggap kehamilan dan proses bersalin proses biologi yang semula jadi, dimana dia boleh menyokong setiap peringkat, namun tidak akan mengganggu prosesnya. Kaedah bidan selalunya tidak akan melibatkan pembedahan caesar, dan campur tangan lain kecuali ada komplikasi.
- Kaedah Doktor – Bagi doktor, mereka akan memeriksa dan menentukan diagnosis, merawat dan mencegah komplikasi sepanjang kehamilan. Ini termasuklah campur tangan dalam proses bersalin seperti mempercepatkan bersalin, atau pembedahan caesar sekiranya ada komplikasi.
4 Perkara Yang Harus Dipertimbang Sebelum Memilih Bidan Atau Doktor
#1 Pilihan Cara Bersalin
Seorang bidan akan menyokong ibu menjalani proses bersalin secara vaginal, namun doktor mempunyai pilihan untuk melakukan caesar.
#2 Adakah anda memerlukan teman sepanjang proses bersalin?
Seorang bidan akan meluangkan masa bersama pesakit sepanjang proses bersalin, manakala doktor tidak dapat melakukan perkara tersebut kerana perlu merawat pesakit lain.
#3 Rasa sakit semasa proses bersalin
Doktor akan memberi epidural atau alat bantuan lain untuk mengurangkan kesakitan, manakala bidan akan cuba memberi kaedah semulajadi bagi mengurangkan sakit tanpa ubat bius.
#4 Kandungan berisiko tinggi atau tidak
Sekiranya kandungan anda berisiko tinggi, seorang bidan perlu bantuan doktor untuk melakukan proses bersalin dengan selamat. Namun bagi pembedahan caeser, doktor mampu melakukan sendiri kerana dia sudah dilatih untuk ini.
Sudahkan anda membuat keputusan untuk bersalin dengan bidan atau doktor? Majoriti rakyat Malaysia akan memilih doktor untuk melakukan proses bersalin namun masih ada segelintir yang memilih bidan kampung untuk membantu mereka melahirkan anak.
Pastikan bidan yang dipilih mempunyai kelayakan dan sediakan nombor kecemasan sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku.
***
Semoga bermanfaat.
Ada tak dikalangan ibu yang tidak makan ubat yang diberi bidan?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyanidan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.