Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ramai warganet memuat naik tangkap layar bil elektrik. Rata-ratanya terkejut dan tidak puas hati dengan kadar bil elektrik meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya, walaupun corak penggunaan tenaga elektrik masih sama.
Di Malaysia, setiap kali musim panas melanda di negara ini sahaja, sudah pasti isu sebegini dipertikaikan dan ramai orang akan mengaitkan dengan kesilapan dan menunggu penjelasan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sedangkan, ada banyak lagi punca yang menyumbang kepada peningkatan bil elektrik tanpa kita sedari.
Cuaca panas antara punca bil elektrik mencanak naik
Walaupun begitu, masih ada lagi pihak yang tidak terkejut dengan bil yang tinggi kerana sedar mereka kerap menggunakan kipas dan penyaman udara untuk menyejukkan ruangan supaya lebih sejuk dan selesa, terutamanya di siang hari.
Ia juga boleh jadi antara punca utama peningkatan dalam bil elektrik terjadi berikutan fenomena El-Nino dan cuaca panas melampau yang pada masa itu yang menyebabkan keperluan untuk menggunakannya.
Selain daripada sebab utama di atas, terdapat beberapa punca bil elektrik meningkat yang lain. Antaranya ialah:
- Penggunaan kipas dengan tenaga yang tinggi dalam jangka panjang.
- Penggunaan barangan elektrik yang mempunyai kompresor seperti aircond dan penapis air.
- Penggunaan aircond yang digunakan selama 24 jam secara berterusan.
- Pendingin hawa atau aircond yang tidak diselenggara dengan baik.
- Berlaku kerosakan pada meter
- Jangka hayat penggunaan barang elektrik
- Penggunaan peti sejuk yang berlebihan. Kerap buka dan membiarkan pintu terbuka.
- Penggunaan lampu yang dibiarkan menyala dalam tempoh yang lama.
- Tidak mencabut plug yang tidak digunakan.
- Kekerapan menggunakan mesin basuh.
Cara jimat bil elektrik paling cepat, mudah
1. Guna alat cekap tenaga
Perkakas cekap tenaga boleh membantu mengurangkan bil elektrik dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Sebaiknya, anda cari perkakas elektrik dengan Label Cekap Tenaga (energy efficiency label).
Semakin banyak bintang yang dipapar pada label, semakin jimat penggunaan tenaga elektrik anda. Jadilah pengguna yang bijak!
2. Semak penggunaan elektrik dengan Aplikasi myTNB
Smart Meter direka khas untuk memudahkan pengguna memantau dan mengawal bil elektrik. Jadi, anda lebih ‘alert’ dengan perubahan kenaikan elektrik berdasarkan penggunaan tenaga harian.
- 200 x RM 0.2180
- 100 x RM 0.3340
- 300 x RM 0.5160
- 300 x RM 0.5460
Blok tarif ini tidak berubah mengikut pada kadar sedia ada pada tahun 2014.
3. Kawal penggunaan elektrik dengan lebih baik
Sebaiknya, gunakan timer untuk aircond supaya ia boleh ditutup secara automatik pada tempoh yang ditetapkan supaya tidak berlaku pembaziran.
Ingat, jika anda kerap menggunakannya maka lebih tinggi bil elektrik yang akan datang nanti!
Jika boleh, pilih aircond terbaik jenis inverter yang mesra alam dan lebih menjimatkan elektrik.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Sirap Limau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rumah Sejuk Tanpa Pasang Aircond, Wanita Kongsi Cara Bajet Hadapi Cuaca Panas
Baca juga: Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond