Apa Ibu Bapa Harus Buat Bila Anak Cakap Dia Tak Suka Membaca?

lead image

Anak anda tak suka membaca? Jangan risau. Kami ada 4 cara mudah untuk mengatasi masalah anak-anak tak suka membaca ini. Senang saja pun untuk anda cuba!

Apabila anak anda cakap dia tak suka membaca…

Anda pasti akan dengar “kata-kata” ini keluar daripada salah seorang anak-anak anda. Risaunya, kenapa mereka tak suka membaca pula, ya?

Anak saudara saya mengadu pada saya tempoh hari. Dia kata –

Saya boleh membaca, maksu. Tapi, saya tak suka pun.

Hah! Apa maksudnya itu dan apa yang perlu dibuat oleh ibu bapa?

Jangan risau! Kami di theAsianparent akan membantu anda mengatasi masalah ini. Jom lihat 4 cara bagaimana anda boleh membantu si manja untuk minat membaca semula.

4 cara anda boleh membantu anak yang tak suka membaca

1 – Cari bahan bacaan yang sesuai

Kadang-kadang, anak anda itu tak suka membaca sebab bahan bacaan yang dibacanya! Yelah, membaca memerlukan daya tumpuan yang tinggi untuk mudah faham.

Buku-buku yang menggunakan bahasa tidak bersesuaian dengan umur anak anda akan menyukarkan bacaan mereka! 

Apa perlu anda buat: Jadi, tiba masanya untuk mencari bahan bacaan apa yang sesuai untuk mereka. Mungkin mereka suka buku aksi. Anda boleh beli komik aksi! Ambil hati dan perhatian mereka dengan bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/books bookstore book reading 159711.jpeg Apa Ibu Bapa Harus Buat Bila Anak Cakap Dia Tak Suka Membaca?

2 – Minta bantuan daripada pakar

Mungkin frasa “saya tak suka baca” yang diucap oleh anak anda itu adalah satu permintaan untuk bantuan. Mereka ingin memuaskan hati anda. Tapi, mereka juga akan berasa malu untuk beritahu anda jika mereka “tak boleh buat sesuatu”.

Apa perlu anda buat: Jika anda rasa anak-anak anda sedang bergelut dengan aktiviti membaca, dapatkan nasihat dan bantuan daripada cikgu sekolah atau pakar kanak-kanak yang dipercayai.

3 – Jadi lebih kreatif!

Janganlah bagi bahan bacaan yang membosankan pada anak-anak. Untuk tarik perhatian mereka, anda perlu jadi lebih kreatif! 

Apa perlu anda buat: Cuba tanya dia apa yang dia mahu baca. Mungkin anak anda suka buku audio? Mereka masih boleh memupuk teknik membaca dengan buku audio. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/pexels photo 256546.jpeg Apa Ibu Bapa Harus Buat Bila Anak Cakap Dia Tak Suka Membaca?

4 – Tukar jadual mereka

Kadang-kadang, waktu membaca itu yang tak sesuai untuk mereka. Mungkin waktu itu teman-teman mereka keluar bermain. Bila anda suruh membaca, memang taklah mereka nak! Kan? 

Apa perlu anda buat: Jadi, apa kata anda tukar waktu atau jadual harian mereka? Mungkin letak aktiviti membaca sebelum tidur? Biar mereka pilih buku atau bahan bacaan apa yang mereka nak. Mesti tak berkelip mata itu nanti!

Lepas saya lakukan 4 cara ini pada anak saudara saya, dia lebih bersemangat untuk membaca! Malah, siap minta saya yang beli semua buku yang dia suka baca!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/boy 286240 640.jpg Apa Ibu Bapa Harus Buat Bila Anak Cakap Dia Tak Suka Membaca?

Tips penting: Anak saudara saya suka membaca tentang sukan dan buku tentang Pokemon. Maka, saya beli buku tentang sukan yang banyak gambar. Dia lagi bersemangat untuk tengok gambar sambil membaca. 

Buku ensiklopedia pula saya beli untuk mengajarnya tentang binatang-binatang seperti dalam siri Pokemon yang dia tonton. Ha… kan ada semangat untuk membaca itu!

Ibu bapa semua, jom jadi lebih kreatif menangani masalah ini!

Sumber rujukan: Scholastic Parents

Kredit gambar: CNN

Baca juga:

Adakah Si Kecil Memiliki 5 Ciri Anak Bijak Seperti Ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!