Wanita Tabah Ditendang Suami, Jangan Tanya Mengapa Lama-Lama Isteri Hilang Hormat!

Sampai hati sanggup tendang dan pukul isteri yang sedang dukung anak kecil gara-gara mengalih TV ke bilik lain.

Bila hati terluka dengan suami, maka perempuan mudah mengalirkan air mata kerana jiwanya sangat rapuh dengan kekasaran yang dilakukan oleh kaum lelaki.

Ada ketikanya, mereka terpaksa dilihat kuat dan nampak berani demi anak-anak tercinta. Tapi apabila jiwanya kian memberontak tentunya isteri tidak dapat lagi bertahan.

Inilah yang terjadi pada seorang isteri ini bila hati terluka dengan suami setelah video kekasaran suaminya tular di laman Youtube pada 27 Ogos yang lalu.

Video berdurasi 2.30 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai suami wanita terbabit memarahi isterinya yang sedang mendukung anak kecil.

Bila hati terluka dengan suami yang lakukan kekasaran 

Menurut laporan Sin Chew Daily, rakaman CCTV itu menunjukkan seorang wanita bernama Vu Thi Thu Ly yang berumur 27 tahun mendukung anaknya yang baru berusia dua bulan sambil tubuhnya ditendang dan ditumbuk oleh lelaki itu di kediaman mereka.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nguyen Xuan Vinh, 32 dilaporkan hilang sabar selepas set televisyen dipindahkan ke bilik lain. Dalam video itu, Vinh dilihat menendang isterinya hingga menyebabkan Ly cedera dan perlu mendapat rawatan di hospital.

Walaupun video itu telah menjadi viral, namun suaminya masih belum ditangkap oleh pihak polis.

Had pukul isteri

Memukul isteri itu perlu datang dengan beberapa syarat sebagai jalan terakhir setelah segala proses telah dilakukan seperti mendidik, memujuk dan menasihat menemui jalan kegagalan.

Ini Firman Allah SWT yang bermaksud:

Perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.” (al-Nisa’: 34)

Berikut adalah langkah – langkah yang boleh diambil suami jika isteri nusyuz.

#1. Menasihati isteri dengan sepenuh daya usaha namun sekiranya masih berdegil anda boleh…

#2. Asingkan tempat tidur tapi jika masih berdegil anda boleh memukul mereka sebagai jalan terakhir.

#3. Namun, ia mestilah pukulan yang ringan dengan tujuan untuk memberi pengajaran.

Meskipun suami diharuskan untuk pukul isteri namun ia mestilah dilakukan dengan sepenuh kasih dan sayang serta berlemah lembut supaya tidak mendatangkan kesakitan atau kecederaan yang berpanjangan kepada isteri. Malah tujuannya juga hanya satu untuk memberi kesedaran.

Andai sudah tiada jodoh antara kalian, pulangkan isteri dengan sebaik-baiknya pada keluarganya semula seperti mana mula-mula anda menyunting mereka dahulu.

Walau bagaimanapun, jika masih ada ruang dan cinta di hati berdamai dan bawa berbincang baik-baik supaya keharmonian dalam rumah tangga kekal abadi buat selamanya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Pemarah & Kaki Baran, Isteri Pun Sama Naik! Macam Mana Nak Hadap Ni?

Baca juga: Sanggup Rampas Telefon & Kurung Isteri, Suami Mengamuk Kerana Tiada Sarapan Pagi

Baca juga: 6 Soalan Yang Anda Takut Nak Tanya Pasangan,Tersalah Cakap Mungkin Tersinggung Perasaan