Yay, Positif Hamil! Ini 8 Perkara Anda Perlu Buat Sebaik Saja Disahkan Hamil

Apabila positif hamil, pasti ibu berasa teruja! Pasti ada yang keliru tentang langkah seterusnya yang perlu dilakukan bukan? Nah, ini panduan untuk anda.

Jika baru positif hamil, pasti ibu baru tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukan apabila setelah mengetahui anda mengandung, kan?

Melihat tanda positif pada ujian kehamilan secara automatik dapat membuatkan anda merasa seribu emosi yang berbeza. Pasti anda merasa terkejut, takut, gembira, bimbang, cemas dan teruja pada masa yang sama.

Okay, jangan risau ya! Kami di theAsianparent akan membantu anda melayari kehamilan dengan tenang, dan pastinya dengan bantuan dalam setiap aspek! 

8 Perkara Yang Perlu Dilakukan Setelah Anda Positif Hamil

#1 Beritahu Pasangan Anda

Lakukan pengumuman kejutan buat pasangan anda, terutamanya jika ini kehamilan yang pertama! Jika anda mempunyai anak-anak lain, jangan lupa sertakan mereka dalam pengumuman yang menggembirakan ini.

#2 Daftar Buku Pink

Kredit: Sarah-livelovelife.blogspot.com

Segera daftar kehamilan anda dengan klinik agar doktor boleh memantau kandungan anda dan memastikan semuanya dalam keadaan baik. Doktor biasanya akan mengambil ujian kehamilan di klinik sekali lagi, melakukan sonogram dan juga melakukan ujian darah untuk mengesahkan kehamilan anda.

Semakin cepat anda berjumpa doktor, lebih cepat anda akan berada di landasan ke kehamilan yang sihat dan selamat.

#3 Tamatkan Tabiat Buruk 

Sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil, katakan selamat jalan untuk tabiat buruk seperti merokok, pengambial kafein berlebihan dan minum alkohol. Ini kerana sebarang penggunaan dadah, merokok dan minum alkohol semasa mengandung boleh menyebabkan masalah kesihatan pada bayi.

#4 Muat Turun Aplikasi theAsianparent

Muat turun dan daftar aplikasi kehamilan theAsianparent yang lengkap dengan info yang diperlukan! Masukkan tarikh akhir haid, ketahui tarikh due date dan mula berinteraksi dengan ramai ibu-ibu yang turut sama melayari kehamilan sama seperti anda.

Kongsi berita gembira kehamilan anda bersama-sama ahli komuniti , dan sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, usulkan saja menggunakan profil anda untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari ahli komuniti yang sedia membantu.

Yang bestnya, pendaftaran pun mudah sahaja asalkan anda ada alamat emel yang sah. Hihi.

#5 Ambil Vitamin Pranatal

Ini adalah satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan apabila anda mula-mula mengetahui anda hamil. Vitamin pranatal mengandungi vitamin, mineral, besi dan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan perkembangan bayi anda.

Anda jugak boleh semak dahulu sama ada vitamin atau ubat-ubatan yang diperlukan selamat atau tidak menerusi fungsi ‘Medicine‘, dan pastikan anda dapatkan nasihat doktor sebelum mendapatkan sebarang ubat tambahan ini semasa kehamilan ya!

#6 Pilih Makanan Yang Selamat Untuk Kandungan

Semasa hamil, ia penting untuk mempunyai diet yang sihat dan seimbang, serta mengelakkan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak.

Jika was-was, anda boleh semak sama ada suatu makanan tersebut selamat atau tidak hanya dengan menggunakan aplikasi theAsianparent tau!

Mudah saja caranya, klik pautan ‘Food and Nutrition’ dan taip nama makanan yang anda khuatirkan. Menariknya, ia bukan sahaja untuk kehamilan, malah setiap makanan ada disediakan info sama ada ia selamat semasa berpantang, ibu menyusu atau bayi juga.

#7 Dapatkan Rehat dan Senaman

Elakkan menjadi terlalu aktif semasa awal kehamilan ya! Ibu hamil tidak disarankan untuk mengangkat objek berat, jadi sebaiknya anda minta sahaja pasangan atau ahli keluarga melakukannya untuk anda.

Tetapi ini tidak menghalang anda untuk bersenam seperti berjalan kaki sambil menghirup udara segar ya ibu! Ajak suami untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama juga.

#8 Mula Jejak Kehamilan

Ya, ini yang paling mengujakan apabila anda positif hamil! Setelah memuat turun aplikasi theAsianparent, anda sudah boleh mula menjejak kehamilan dengan menggunakan fungsi penjejak kehamilan atau baby tracker sedari awal kehamilan sehingga melahirkan!

Oh ya, jangan lupa ambil gambar sepanjang kehamilan ini ya. Pasti ini akan menjadi memori yang indah suatu hari nanti.

Tahniah ya ibu! 🙂

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-bayi-trimester-pertama

Penulis

Beto Rahman