X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Semperit Klasik Ikut Cara Che Nom, Mudah & Menjadi

2 min bacaan
Resipi Semperit Klasik Ikut Cara Che Nom, Mudah & Menjadi

Ada yang dah mula buat kuih raya ke tu? Jom buat biskut semperit ikut cara Che Nom. Tak rapuh tapi gebu dan cair di mulut. Sedapnya!

Walaupun terdapat pelbagai jenis biskut moden di pasaran, tetapi biskut semperit ini tetap menjadi pilihan ramai sehingga hari ini. Jom, kami kongsikan resepi semperit klasik ikut cara Che Nom dengan menggunakan pelbagai jenis adunan tepung untuk acuan semperit pasti menjadi. 

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi Biskut Semperit Che Nom
  • Tips Acuan Semperit

Resepi Biskut Semperit Che Nom

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • ¾ cawan /90g gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan /120g tepung kastad
  • 1 cawan / 120g tepung jagung
  • 2 cawan /250g tepung gandum
  • Ceri merah dan hijau

Cara-cara buat kuih semperit:

  1. Mula-mula sekali, potong kecil ceri merah dan hijau.
  2. Griskan loyang dan lapik dengan kertas baking.
  3. Dalam mangkuk adunan, tekan dan hancurkan mentega yang sudah lembut.
  4. Kemudian, masukkan gula icing lalu gaul sampai sebati.
  5. Masukkan kuning telur dan esen vanilla lalu teruskan menggaul sebati.
  6. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan secawan tepung gandum.
  7. Gaul dahulu dan masukkan cawan kedua tepung gandum sedikit demi sedikit.
  8. Gaul sehingga adunan menjadi dan lembut.
  9. Rehatkan adunan seketika.
  10. Uli doh memanjang dan masukkan kedalam acuan.
  11. Terap adunan secara beralun satu persatu diatas loyang.
  12. Hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
  13. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit. Ubah suhu ikut jenis oven masing-masing.
  14. Siap!

Resepi ini adalah untuk 80 biji kuih semperit. Semasa membakar menggunakan oven, setkan api atas dan bawah supaya masak dengan sempurna dan elok kejadiannya.

Tips Acuan Semperit

  • Pastikan guna mentega tulen (pure butter) berbanding mentega bergaram (salted butter) supaya kuih semperit jadi lagi sedap. 
  • Gunakan mentega yang lembut tetapi masih berada dalam keadaan yang sejuk.
  • Jika adunan terlebih tepung, tambah mentega dan uli sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi kembali lembut. 
  • Semasa terap adunan, tutup lebihan adunan dengan kain supaya tidak cepat kering.
  • Sebelum masuk dalam oven, rehatkan selama 30 minit di bawah kipas supaya bentuknya kekal cantik dan keras supaya tidak cair apabila dibakar nanti. 

Selamat mencuba!

Resepi Che Nom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mencari Resepi Biskut Raya Yang Paling Mudah? Boleh Cuba Resepi Biskut Nestum Guna Cawan Ini

Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah Dibuat & Sedap Tak Terkata!

Baca juga: Mudah Rupanya Buat Sendiri, Ini Resepi Biskut Suji Guna Tepung Suji Yang Simple Tanpa Gagal

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resipi Semperit Klasik Ikut Cara Che Nom, Mudah & Menjadi
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham