Setiap ayat al-Quran memiliki manfaat yang istimewa. Begitu juga dengan kelebihan Bismillah 5 jika dijadikan amalan setiap hari. Ia dipanggil Bismillah 5 kerana kerana setiap lima ayat tersebut dimulakan dengan kalimah ‘Bismillah’, yang bermaksud ‘Dengan Nama Allah’.
Isi Kandungan
Ayat Bismillah 5
Berikut adalah lima ayat yang disebut sebagai Bismillah 5:
1.بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
2.بسم الله الشافي
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3.بسم الله الكافي
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4.بسم الله المعافي
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5. بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Bismillah 5 Rumi
Berikut adalah lima ayat yang disebut sebagai Bismillah 5 dalam bahasa rumi:
1.Bismillah hir Rahman nir Rahim
2.Bismillahish Shaafii
3.Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5.Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim
Kelebihan Bismillah 5
Berikut adalah beberapa kelebihan membaca ayat ini:
1.Perlindungan Dari Gangguan
Mengamalkan Bismillah 5 dikatakan dapat menjadi perisai daripada gangguan jin, syaitan, dan makhluk halus yang berniat jahat.
2.Menyembuhkan Penyakit
Ia sering diamalkan sebagai doa untuk menyembuhkan berbagai penyakit, baik yang bersifat fizikal seperti demam, bengkak, dan sakit kepala, mahupun penyakit dalaman.
3.Ketenangan Jiwa
Dengan amalan Bismillah 5 yang konsisten, ia dapat memberikan ketenangan jiwa bagi mereka yang sedang menghadapi tekanan atau keresahan. Ia membantu menenangkan fikiran serta memberikan rasa damai kerana setiap ayatnya mengandungi doa untuk perlindungan dan kesejahteraan.
4.Menguatkan Rohani
Amalan Bismillah 5 dalam kehidupan seharian boleh membantu memperkukuhkan rohani. Ini kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan mempereratkan hubungan dengan Allah SWT.
5.Perlindungan Rumah Tangga
Ia juga diamalkan untuk melindungi rumah dan keluarga daripada malapetaka, kemalangan, serta gangguan spiritual. Dengan mengamalkannya secara berterusan, keharmonian dan keselamatan keluarga akan lebih terjamin.
Kaedah Merawat Untuk Kesembuhan
Bacalah lima ayat ini ini sebanyak tujuh kali dengan penuh keikhlasan dan khusyuk.
1.Bismillahir Rahmanir Rahiim
2.Bismillahish Shaafii
3.Bismillahil Kaafii
4.Bismillahil Mu’aafii
5.Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim
- Kemudian, tiupkan pada segelas air, kemudian minumkan dan sapukan pada tempat yang terjejas.
- Ia juga boleh disapukan pada kawasan yang sakit atau seluruh tubuh.
- Jika anak mengalami benjol di kepala akibat terhantuk, bacalah ayat ini ini sekali dan tuamkan ais batu atau air suam di kawasan yang sakit. InsyaAllah, ia akan memberikan kelegaan.
- Jangan lupa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sambil berdoa kepada Allah agar diberikan kesembuhan dari segala penyakit.
- Dengan izinNya, semoga segala doa dan permohonan akan dimakbulkan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat
Baca juga: Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan
Baca juga: 15 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)