Setiap ibu ayah pasti mengharapkan cahaya mata membesar dengan sihat dan cerdas. Oleh itu, perkara ini perlu dipraktikkan semasa bayi masih dalam kandungan lagi dengan memahami manfaat alquran.
Perjalanan semasa kehamilan pasti membuatkan anda mendapatkan seberapa banyak info dan cara bagi mengembangkan daya stimulasi kemampuan otak anak sejak dalam kandungan.
Perkara yang menjadi kebiasaan kebanyakan ibu mengandung adalah mendengar alunan musik klasik seperti mozart.
Namun, mengikut beberapa kajian mendapati bahawa alunan muzik klasik atau mozart tidak dapat menstimulasi atau memberikan rangsangan untuk kemampuan istimewa kepada bayi.
Oleh hal yang demikian, perkara yang paling tepat ibu hamil perlu lakukan untuk mendapatkan anak yang bijak ketika masih dalam kandungan ialah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Selain menunaikan ibadat, anda boleh menjadikan rutin membaca ayat-ayat suci Al-qur’an dan mendengarkannya kepada janin bayi.
Manfaat alquran untuk kandungan
foto: tanwir
Ketika menjalani proses kehamilan yang hampir 9 bulan, anda disarankan agar kerap membaca atau mendengar bacaan al-quran bagi membuatkan bayi dalam kandungan memperoleh pelbagai kebaikan. Antaranya:
#1. Menstimulasikan perkembangan otak janin
Setiap sumber bunyi atau suara memiliki panjang gelombang dengan frekuensi tertentu. Berdasarkan beberapa hasil penelitian telah menunjukkan bahawa gelombang suara atau bunyi dapat membuatkan otak janin bertindak balas terhadapnya.
Sekiranya ibu ayah terbiasa mendengarkan alunan al-quran ketika awal kehamilan, maka frekuensi dan panjang gelombang yang dihasilkan dari bacaan tersebut akan merangsang perkembangan otak dan sekaligus membantu meningkatkan kecerdasan janin.
#2. Menghilangkan rasa takut dan kegelisahan
Bagi sesetengah ibu hamil, terkadang akan timbul rasa gelisah serta ketakutan terutama bagi anda yang baru pertama kali mengandung dan tempoh due date yang semakin dekat.
Keadaan ini lama kelamaan membuatkan anda berasa kurang selesa, kurang bertenang dan sedikit tekanan. Untuk menghadapi masalah ini, rajinkan diri untuk membaca al-quran kerana gelombang bunyi dari bacaan Al-Qur’an dapat meredakan ketegangan pada otot saraf.
Selain itu, manfaat bacaan al-quran turut meningkatkan keperibadian ibu dengan mengikis segala rasa gundah-gulana dan resah yang kerap menganggu dapat diatasi dengan baik.
#3. Mencegah penyakit fizikal atau mental anak
foto: babycenter
Hal yang sangat menakjubkan apabila anda menjadikan rutin membaca atau mendengar alunan ayat suci al-quran pada janin dalam kandungan memberikan impak yang cukup besar dalam kehidupannya di dunia.
Setiap manusia memiliki otak yang di dalamnya terdapat berjuta-juta sel saraf yang mampu bergetar secara serentak.
Sebenarnua, sikap dan tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh kemampuan sel-sel otak saling berhubung.
Ketika jutaan sel otak tidak mampu mengimbangi dengan frekuensi yang tinggi, maka ia menyebabkan sistem getaran otak menjadi terganggu dan sekaligus mendatangkan gangguan fizikal mahupun mental.
Kaitan antara manfaat al-quran dengan masalah ini adalah bacaan al-quran dengan mengikut tajwid yang betul memanjangkan gelombang frekuensi, memberi kesan positif terhadap fungsi otak dan mengembalikan keseimbangan tubuh badan.
#4. Memberikan ketenangan jiwa
Tabiat membaca al-quran dalam jadual seharian ketika anda mengandung merupakan salah satu stimulasi yang cukup sempurna buat kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Hal ini kerana frekuensi dari setiap bacaan ayat al-quran mampu mencipta suasana yang tenang dan damai buat anda untuk menghadapi setiap dugaan dengan baik.
Manfaat alquran ini adalah sama sekiranya anda mengambil beberapa biji buah avocado, buah timun wangi atau delima dalam menu harian ketika anda hamil.
#5. Meningkatkan kecerdasan otak bayi
foto: baby sense
Bacaan al-quran dengan penuh tertib merupakan ubat terbaik di dunia kerana ia adalah sebuah terapi yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta membantu membuatkan otak anak menjadi cerdas.
Frekuensi dan gelombang suara yang dihasilkan mampu memberikan pengaruh positif terhadap sel-sel otak janin seperti anda mengambil kerang, ikan tongkol atau minyak ikan ketika hamil.
Hal ini membuatkan potensi otak menjadi lebih optimal dan sekaligus meningkatkan perkembangan bayi sejak dari dalam kandungan.
#6. Meningkatkan kemampuan berbahasa
Al-quran merupakan wahyu dari Allah S.W.T yang diturunkan dengan menggunakan bahasa Arab, iaitu bahasa yang memiliki nilai sastera yang tinggi.
Dengan membaca al-quran terutama ketika hamil, anda dapat memperkenalkan bayi dengan bahasa kedua yang membuatkan anak lahir ke dunia mudah untuk mempelajarinya.
#7. Membuatkan janin bahagia
Tidak dinafikan bahawa ketenangan yang diperoleh dengan membaca Al-Qur’an akan meningkatkan jumlah hormon serotonim dalam tubuh wanita hamil.
Hal ini memberikan kesan kepada keadaan janin dengan mewujudkan hormon bahagia yang memasuki darah dan mengalir di dalam rahim. Hormon yang boleh dihantar ke janin termasuklah endorfin dan oxytocin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!