Menjelang usia 6 bulan si buah hati, ramai parents pasti tidak sabar dan rasa teruja untuk memberikan makanan pepejal pertama untuknya. Si ibu biasanya akan mula bertanyakan kepada rakan-rakan tentang resepi terbaik untuk si manja dan ada juga yang membeli baby food processor untuk memudahkan penyediaan kelak.
Bagi sesetengah parents, mereka berpendapat yang pembuat makanan bayi amat diperlukan kerana ia bukan sahaja memudahkan, malah makanan dapat disiapkan dengan cepat dan tidak bercampur dengan makanan harian keluarga. Tambahan lagi, makanan yang disediakan pastinya segar dan home-made, dibuat dengan kasih sayang!
Isi Kandungan
Ciri-Ciri Baby Food Processor Yang Bagus
Sebelum membeli blender bayi, ada beberapa perkara yang ibu ayah kena tahu ya. Pilih yang menepati bajet anda dan cuba dahulu untuk memastikan produk tidak bising yang boleh mengganggu si manja tidur pula. Selain itu, pastikan anda semak beberapa perkara ini dahulu bagi memastikan berbaloi untuk menyediakan makanan berkualiti:
1. Fungsi: Periksa pilihan pengukus dan penyejuk cepat, sebaik-baiknya yang mempunyai banyak fungsi kerana ia menjadikannya sangat berkesan untuk menggabungkan makanan bayi. Pilih pengisar terbaik untuk makanan bayi yang mempunyai kapasiti yang lebih kecil namun mempunyai mesin yang kuat.
2. Portable: Pilih pengisar yang boleh dibawa supaya mudah bagi anda untuk memindahkannya ke mana sahaja untuk menyediakan makanan untuk si manja. Terdapat banyak pengisar yang berat dan hanya boleh diletakkan di satu tempat, malah tidak mudah dibersihkan dan tidak boleh dibawa travel. Pengisar mudah alih sebaliknya membolehkan parents menyediakan makanan bayi walaupun anda sekeluarga sedang melancong!
3. Mudah digunakan: Apabila parents melihat pilihan yang berpatutan, pilih pengisar untuk makanan bayi yang mudah digunakan, banyak fungsi dan lebih murah. Kebiasaannya produk tersebut mempunyai semua ciri asas seperti mudah alih, memasak wap, memotong, mencincang, dan butang yang mudah digunakan.
4. Bebas BPA: Periksa bahan pengisar dan lihat apakah plastik yang digunakan bebas dari BPA. BPA adalah bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik.
8 Baby Food Processors Malaysia Terbaik
Beaba Solo Babycook
Terbaik Paling Popular
|
Beli di Shopee |
Baby MiyOyO Baby Food Blender
Terbaik Saiz Kompak
|
Beli di Shopee |
Philips Avent 4-in-1 Baby Food Maker
Terbaik Mudah Dibersihkan
|
Beli di Shopee |
Boboduck 4 in 1 Baby Food Processor
Terbaik Dengan Rekaan Sistematik
|
Beli di Shopee |
Beaba Babycook Duo 4-in-1 Baby Food Processor
Terbaik Dengan 2 Bekas Memasak
|
Beli di Shopee |
Samu Giken 4 in 1 Baby Food Processor
Terbaik Harga Murah
|
Beli di Shopee |
MaFaBabe 5 in 1 Smart Baby Food Processor
Terbaik Dengan Paparan Digital
|
Beli di Shopee |
Isauchi ISMART Baby Food Processor 6 in 1 Maker Mixer Blender
Terbaik Dengan Semua Fungsi Lengkap
|
Beli di Shopee |
Beaba Babycook Solo
Blender Makanan Bayi Terbaik Paling Popular
Jenama Beaba antara jenama produk kelengkapan bayi yang terbaik. Ia memastikan setiap ibu bapa dan bayi mendapat pengalaman membesar dengan sempurna.
Beaba Babycook Solo ini lengkap dengan 4 kaedah penyiapan makanan. Makanan atau puri dapat dihasilkan dengan selamat, kualiti terjamin dan pasti makanan bayi juga sedap.
Hanya dengan satu butang kawalan, untuk memasak dan mengisar. Mangkuk yang disediakan juga lengkap dengan sukatan, malah pengguna juga akan menerima spatula, buku resepi dan mangkuk 1.1 liter.
Lebih menarik lagi, blender ini juga mempunyai aksesori lain seperti beg menyimpan blender untuk memudahkan parents membawa kelengkapan ini tanpa tercicir ketika balik kampung atau melancong, namun perlu dibeli asing.
Apa yang kami suka :
- Boleh menyediakan makanan dari buah-buahan, sayur-sayuran, daging atau ikan dari makanan mentah dalam 15 minit.
- Mudah digunakan, ibu boleh menyediakan makanan si manja hanya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, sangat mudah! Beaba Cook juga boleh padam secara automatik apabila selesai masa yang ditetapkan.
- Bebas BPA, plumbum dan phthalate
Baby MiyOyO Baby Food Blender
Blender Makanan Bayi Terbaik Saiz Kompak
Jika anda mencari blender makanan bayi yang lebih kompak, produk ini merupakan jawapannya. Ia mempunyai bilah keluli yang tajam, kuat dan keras, serta dapat menghancurkan pelbagai produk dalam masa yang sangat singkat, menjimatkan masa pemotongan!
Apa yang kami suka :
- Sesuai untuk menghiris daging / sayur / salad buah / bawang dan bawang putih tanpa tulang, memotong pelbagai produk untuk bayi, mencincang ramuan, sayur-sayuran, pesto dan banyak lagi
- Saiz mini yang boleh dibawa ke mana-mana
- Mudah digunakan, pantas dan selamat.
- Material bebas BPA
Philips Avent 4-in-1 Baby Food Maker
Blender Makanan Bayi Terbaik Mudah Dibersihkan
Dari pengukus hingga pengisaran, semuanya dalam satu produk sahaja! Anda akan mendapat semua yang diperlukan untuk membuat makanan bayi berkhasiat dalam satu balang tunggal.
Setelah bahan-bahan selesai dikukus, semua yang perlu ibu ayah lakukan ialah angkat balang, terbalikkan dan kunci di tempatnya dan ibu sudah boleh satukan semua bahan dengan konsisten.
Apa yang kami suka :
- Kukus, kisar, fungsi beku dan panaskan semula untuk menyediakan makan secara sihat, hanya dengan 1 balang
- Saiz mini yang boleh dibawa ke mana-mana
- Mudah digunakan, balang dan pisau selamat untuk mesin cuci pinggan mangkuk. Mempunyai reka bentuk terbuka dengan tangki air mudah dibersihkan dan diisi semula yang membolehkan ibu memasak dengan wap bersih setiap masa.
- Material bebas BPA
Boboduck 4 in 1 Baby Food Processor
Blender Makanan Bayi Terbaik Dengan Rekaan Sistematik
Tidak seperti food processor yang lain, kerja ibu lebih mudah dengan rekaan sistematiknya bagi memastikan keselamatan pengguna.
Ia akan automatik terpadam apabila tiada air di dalam tank dan makanan yang telah direbus akan terus masuk ke dalam bakul dengan hanya perlu memusingkan butang di luar bekas tanpa perlu dikeluarkan dalam keadaan yang panas.
Bilah pengisar blender ini juga tahan lama dan mampu berpusing 60/persaat. Hasilnya, makanan atau puri yang dibuat juga lebih sekata, lembut dan kekal dengan nutrisi yang tersedia.
Hanya mengambil masa 20 minit untuk daging, 10 minit untuk sayur-sayuran dan 5 minit untuk buah-buahan, isi padu bakul pengukus 70 gram hingga 150 gram cukup untuk persiapan makanan bayi.
Apa yang kami suka :
- Mengisar, mengukus, mencairkan, dan memanaskan atau memasak makanan.
- Mudah digunakan, pantas dan selamat.
- Material bebas BPA, diperbuat daripada bahan pp gred makanan tidak toksik, cawan pengacau Tritan yang diimport dan bilah keluli tahan karat.
Beaba Babycook Duo 4-in-1 Baby Food Processor
Blender Makanan Bayi Terbaik Dengan 2 Bekas Memasak
Ini merupakan pilihan premium dan produk paling mahal dalam senarai kami. Namun pastinya dengan kapasiti yang besar dan pelbagai fungsi, parents akan berpuas hati dengan Beaba Babycook Duo ini.
Mempunyai dua bekas berasingan untuk memasak dua penyediaan pada masa yang sama dalam tempoh 15 minit sahaja serta mampu mengekalkan rasa dan bau setiap masakan, blender bayi ini sesuai untuk ibu yang suka memasak lebih daripada 1 jenis lauk kepada bayi mereka.
Sisipan masakan juga boleh tanggal supaya anda boleh mendapatkan semula air yang dimasak bersama yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk mengubah tekstur penyediaan makanan bayi.
Selain itu, spatula, penutup adunan, penapis smoothie dan buku resepi juga turut disertakan bersama.
Apa yang kami suka :
- Memasak, memanaskan, mengukus, dan mengisar dengan mudah hanya dengan 1 butang
- Campuran impuls dengan bilah kesan siklon yang menjadikan bancuhan makanan yang menghasilkan tekstur yang disesuaikan dengan umur anak anda (dicincang atau dikisar).
- Takungan air keluli tahan karat, bebas BPA, plumbum dan phthalate
Samu Giken 4 in 1 Baby Food Processor
Blender Makanan Bayi Terbaik Harga Murah
Jika anda mempunyai bajet yang terhad, blender bayi dari Samu Giken ini sudah berbaloi untuk dijadikan sebagai blender makanan bayi anda.
Turut mempunyai empat fungsi memasak yang baik umpama food blender mahal yang lain, isipadu air juga besar iaitu 300ml membolehkan steamer bekerja dengan baik dan melembutkan makanan secara sempurna.
Sistem dari blender ini cukup mengagumkan dari teknologi Jepun dan pastinya kualiti dalam rekaan blender ini selamat, mudah digunakan, dibersihkan dan tahan lama.
Apa yang kami suka :
- Kukus, kisar, panaskan semula/memasak, dan nyahbeku
- Saiznya yang kompak dan mudah alih, boleh dibawa bersama ketika travel.
- Diperbuat daripada bahan pp gred makanan, tidak toksik, bebas BPA, bebas phthalate dan bahan yang boleh dipercayai.
MaFaBabe 5 in 1 Smart Baby Food Processor
Blender Makanan Bayi Terbaik Dengan Paparan Digital
Dengan paparan digital dan skrin sesentuh LCD, blender bayi ini tampil daripada kebiasaan meskipun harganya tidaklah begitu mahal.
Masih mempunyai fungsi lengkap blender bayi iaitu memasak, memanaskan, mengukus dan mengisar makanan dan dalam masa yang sama mampu mengekalkan nutrien makanan, ia juga mudah digunakan dan mudah dibersihkan.
Apa yang kami suka :
- Diperbuat daripada PP gred makanan tahan lama serta bebas BPA, Phthalate dan Plumbum. Selamat dimasukkan ke dalam dishwasher.
- Smart timing, menjimatkan masa dan tenaga.
Isauchi ISMART Baby Food Processor 6 in 1 Maker Mixer Blender
Blender Makanan Bayi Terbaik Dengan Semua Fungsi Lengkap
Isa Uchi Baby Food Processor ialah perkakas dapur yang diperlukan untuk ibu ayah moden yang menawarkan cara dan penyelesaian yang cepat dan cekap untuk menyediakan dan memasak hidangan yang sihat, lazat dan berkhasiat untuk bayi.
Dalam masa beberapa minit sahaja, hidangan yang berkhasiat dan lazat boleh dibuat dengan enam fungsi blender bersama paparan digital sesentuh LCD.
Apa yang membezakan blender makanan bayi ini daripada jenama-jenama lain adalah fungsi steril atau nyahkuman yang ada. Ibu boleh mensterilkan puting bayi atau mainan kecil anak ke dalam bekas blender tanpa perlu membeli mesin steril yang lain. Lebih jimat kan?
Selain itu, ibu juga boleh memanaskan susu anak dengan memasukkan terus botol susu ke dalam tangki air kerana kapasiti tangki yang besar yang boleh memuatkan botol susu bayi.
Apa yang kami suka :
- Fungsi 6 dalam 1 iaitu kukus, kisar, fungsi auto, memasak, nyahbeku, memanaskan, mensteril dan kisaran halus
- Sesuai untuk semua jenis makanan iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging, kekacang, ikan, dan lain-lain.
- Mudah dicuci, bilah boleh dibuka untuk dicuci.
- Tahan lasak dan selamat
- Bekas pengisar dengan gred makanan serta bebas BPA.
Perbandingan Harga Baby Food Processor Terbaik
Jenama | Fungsi | Harga |
Beaba Babycook Solo | 4 dalam 1 : Mengukus, mengisar, nyahbeku dan panaskan semula/memasak | RM899.00 |
Baby MiyOyO Baby Food Blender | Mengisar sahaja | RM36.00 |
Philips Avent 4-in-1 Baby Food Maker | 4 dalam 1 : Mengukus, mengisar, nyahbeku dan panaskan semula/memasak | RM779.00 |
Boboduck 4 in 1 Baby Food Processor | 4 dalam 1 : Mengukus, mengisar, nyahbeku dan panaskan semula/memasak | RM354.20 |
Beaba Babycook Duo 4-in-1 Baby Food Processor | 4 dalam 1 : Mengukus, mengisar, nyahbeku dan panaskan semula/memasak | RM1329.00 |
Samu Giken 4 in 1 Baby Food Processor | 4 dalam 1 : Mengukus, mengisar, nyahbeku dan panaskan semula/memasak | RM99.00 |
MaFaBabe 5 in 1 Smart Baby Food Processor | 5 dalam 1 : Mengukus, merebus, mengisar, nyahbeku, panaskan semula/memasak | RM199.00 |
Isauchi Digital Baby Food Processor 8 in 1 Maker Mixer Blender | 6 dalam 1 : Mengukus, mengisar, fungsi auto, memasak, nyahbeku, memanaskan susu, mensteril dan kisaran halus | RM429.00 |
Tip Penjagaan Baby Food Processor
Blender makanan bayi akan menjadi keperluan wajib ibu apabila bayi sudah boleh makan. Alat ini akan memudahkan penyediaan makanan anak dan menjimatkan tenaga serta masa.
Semestinya alat ini harus dijaga dengan betul. Jom baca tip macam mana nak jaga blender ini dengan baik supaya tahan lama!
- Pastikan setiap kali penggunaan, blender dipasang dengan betul. Kebiasaannya apabila tidak dipasang dengan betul, akan ada bahagian yang longgar dan lama-kelamaan boleh merosakkan blender.
- Pastikan bahan-bahan yang hendak dikisar tidak bersaiz besar. Seeloknya, potong kecil dahulu bahan-bahan dan baru dimasukkan ke dalam blender. Bahan yang bersaiz besar boleh menumpulkan bilah blender.
- Jangan letakkan bahan dengan jumlah yang banyak. Lebih elok kalau buat sedikit demi sedikit. Bahan yang terlalu banyak akan memaksa blender ‘bekerja keras’ dan lama-kelamaan motor blender boleh menjadi rosak.
- Selalu cuci bersih blender selepas digunakan. Lebih baik tuangkan air, sabun dan cuka kemudian blend dahulu sebelum dicuci. Bilah pisau juga jika boleh ditanggalkan perlu dibersih asing supaya kotoran degil dapat dibuang.
- Setelah dicuci lap dengan kain lembut supaya pisau tak mudah berkarat. Hati hati semasa membersihkan blender, jangan sampai terkena bilah yang tajam itu.
Kami harap ibu ayah sudah jumpa blender makanan bayi pilihan hati melalui senarai ini. Selamat membeli!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 3 Cara Sediakan Makanan Bayi Buat Ibu Bapa Sibuk, Semua Jadi Mudah Dengan Resepi Ini!
Baca juga: 7 Pilihan Blender Terbaik Malaysia 2022, Aktiviti Memasak Menjadi Mudah & Cepat
Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!