Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil yang Ideal Di Setiap Trimester

undefined

Kenaikan berat badan ibu hamil perlu sentiasa dipantau dan dijaga kerana ia menilai tahap kesihatan ibu dan janin dalam kandungan

Kenaikan berat badan ibu hamil secara berlebihan boleh membuatkan anda ‘ditegur’ oleh jururawat dan doktor klinik. Jika ini berlaku, pastinya anda akan melihat kembali apa yang anda makan semalan dan juga sepanjang minggu.

Berat Badan Ideal Semasa Hamil

Ia memang perkara biasa, tapi jangan sampai tak terkawal, ya! Ibu hamil perlu berhati-hati agar kenaikan berat badan tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit, kerana kedua-duanya boleh mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi.

Kalau terlalu tinggi, banyak masalah boleh timbul sepanjang kehamilan dan ketika proses bersalin. Antaranya adalah risiko hipertensi kehamilan, diabetes kehamilan, obesiti, dan mungkin juga akan ada kesukaran ketika bersalin secara normal. Akibatnya, pembedahan Caesar mungkin perlu dilakukan.

Pengiraan Penambahan Berat Badan Normal Bagi Ibu Hamil

Di sisi lain, kalau berat badan ibu hamil terlalu rendah, risiko lain pula muncul, seperti bayi lahir pra-matang atau berat badan bayi yang rendah. Jadi, penting untuk ibu hamil tahu bagaimana cara untuk kawal kenaikan berat badan yang sihat dengan mengira Indeks Jisim Badan (BMI) sebelum hamil, supaya semuanya berjalan lancar dan bayi lahir dengan sihat!

Nak tahu berapa banyak kenaikan berat badan ibu hamil yang normal? Sebenarnya, ia bergantung pada berat badan sebelum hamil, yang biasanya diukur menggunakan BMI (Indeks Jisim Badan). Ada empat kategori BMI yang berbeza, dan setiap kategori ni ada julat kenaikan berat badan yang berlainan sepanjang kehamilan

1.Underweight (BMI kurang daripada 18.5)

Kalau sebelum hamil berat badan agak rendah, berat naikperlu antara 12.5 hingga 18 kg sepanjang kehamilan.

2.Normal weight (BMI antara 18.5 hingga 24.9)

Untuk ibu hamil yang bermula dengan berat badan normal, kenaikan yang disarankan ialah 11.5 hingga 16 kg sepanjang kehamilan.

3.Overweight (BMI antara 25 hingga 29.9)

Bagi ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan, kenaikan yang ideal ialah 7 hingga 11.5 kg sepanjang kehamilan.

4.Obesiti (BMI 30 ke atas)

Kalau sebelum hamil ibu dalam kategori obesiti, kenaikan berat badan perlu lebih terkawal, iaitu sekitar 5 hingga 9 kg sepanjang kehamilan.

Jadi, setiap kategori BMI ada sasaran kenaikan berat badan yang berbeza, dan penting untuk ibu hamil pastikan kenaikan berat badan berada dalam julat yang sihat!

Kenaikan Berat Badan Di Setiap Trimester

Berat badan ibu hamil biasanya akan meningkat secara berperingkat mengikut usia kehamilan. Berikut adalah panduan umum kenaikan berat badan mengikut trimester:

1. Trimester Pertama

Trimester pertama adalah pada tempoh 1-12 minggu kehamilan. Pada trimester pertama, kenaikan berat badan biasanya adalah paling sedikit kerana perubahan hormon dan gejala awal kehamilan seperti mual dan muntah.

Menurut Mayo Clinic, kebanyakan wanita hamil akan mengalami kenaikan berat badan antara 1 hingga 2 kilogram dalam tempoh ini. Ini adalah tempoh di mana tubuh ibu sedang menyesuaikan diri dengan kehamilan, dan berat badan yang bertambah kebanyakannya adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan pembentukan plasenta.

2. Trimester Kedua

Trimester kedua adalah 13 hingga 26 minggu kehamilan. Ia fasa di mana bayi mula berkembang dengan lebih pesat. American Pregnancy Association mencadangkan bahawa kenaikan berat badan pada trimester ini adalah lebih ketara, dengan purata peningkatan sekitar 0.5 kilogram setiap minggu.

Jumlah kenaikan berat badan keseluruhan dalam trimester ini biasanya antara 5 hingga 7 kilogram. Berat badan yang bertambah disebabkan oleh pertumbuhan bayi, peningkatan air ketuban serta pembesaran rahim.

3. Trimester Ketiga

Pada trimester ketiga iaitu 27 hingga 40 minggu kehamilan , bayi membesar dengan cepat dan bersedia untuk kelahiran. Menurut World Health Organization (WHO), kenaikan berat badan pada trimester ini boleh mencapai sekitar 0.5 hingga 1 kilogram setiap minggu.

Secara keseluruhan, ibu hamil mungkin akan menambah antara 5 hingga 9 kilogram dalam trimester ini. Pertambahan ini disebabkan oleh peningkatan saiz bayi, penambahan cecair tubuh, dan penyimpanan lemak yang akan digunakan sebagai tenaga untuk kelahiran dan penyusuan.

Perawatan Kulit Ketika Mengalami Kenaikan Berat Badan

Kenaikan berat badan ibu hamil memang tak dapat dielakkan, dan salah satu kesannya yang biasa berlaku adalah stretch mark. Tapi jangan risau, itu semua perkara normal!

Kulit kita akan mengalami perubahan sepanjang kehamilan, dan stretch mark tu hanya sebahagian daripada prosesnya. Kalau ibu rasa tak selesa dengan perubahan ni, jangan bimbang!

Anda boleh memilih produk penjagaan kulit yang mengandungi Lipobelle soyaglicone, aloe vera, dan olive oil, ada krim yang dapat membantu melembapkan kulit, mengurangkan rasa gatal, dan mengekalkan keanjalan kulit sepanjang proses berat badan naik. Jadi, kulit ibu tetap terjaga walaupun berat badan semakin meningkat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Alami Air Liur Basi Berlebihan Ketika Hamil? Ini Penjelasan Pakar

Baca juga:  7 Makanan Penurun Berat Badan & Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu 

Baca juga: Penting Untuk Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Hamil, Elak Sebarang Komplikasi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!