Tidak Digalakkan Campur Susu Dengan Ubat Anak! Ini Sebabnya...

Bila tiba waktu makan ubat mesti macam nak berperang. Persoalannya bolehkah paracetamol dicampur susu? Atau ubat lain dicampur susu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu makan ubat seperti nak berperang gayanya. Ini mungkin antara senario yang dihadapi oleh sesetengah ibu ayah di luar sana ketika mahu beri anak makan ubat. Jalan terakhir yang biasanya dipilih adalah terpaksa campur susu dengan ubat. Jadi bolehkah paracetamol dicampur susu?

Persoalannya, adakah ia dibolehkan dan selamatkan kepada bayi atau anak anda jika ubatnya dicampurkan dengan susu? Sejauh manakah keberkesanan ubat berkenaan jika ia dicampur dengan susu?

Ada anak yang dia boleh saja minum susu dicampur ubat, tetapi ada juga anak yang mungkin dapat mengesan rasa pelik dalam susu mereka. Ini bermakna rasa ubat itu masih tetap ada walaupun dicampur dalam susu.

Dalam artikel ini akan menceritakan tentang: 

  • Bolehkah paracetamol bercampur dengan susu?
  • Cara untuk pujuk anak makan ubat
  • Teknik makan ubat yang berkesan

Bolehkah paracetamol dicampur susu? Atau ubat lain dicampur susu?

Menurut Pegawai Dietetik, Nur Hafizah M Sobri, ubat dicampur ke dalam susu anak adalah tidak digalakkan. Ini kerana:

#1. Ubat susah diserap

Ada ubat yang akan berinteraksi dengan zat dalam susu menyebabkan zat tertentu sukar untuk diserap terutamanya zat besi dan ada juga disebabkan susu, ubat tersebut susah untuk diserap terutama bagi ubat yang perlu ambil pada perut kosong.

Jadi tiadalah fungsi ubat itu pada penyakit anak anda dan ada kemungkinan lebih lambatlah anak anda sembuh.

#2. Anak boleh jadi fobia pada susu

Akan ada fobia atau anak tidak percaya terhadap susu yang diberi terutamanya anak anak bawah setahun. Anak mungkin akan kaitkan susu tidak sedap dan ada kalanya tolak susu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini akan menyebabkan anak anda boleh kekurangan nutrisi terutama jika dia berumur di bawah satu tahun kerana kanak-kanak pada umur ini banyak menyerap nutrisi dari susu mereka. 

#3. Buat tekak anak loya dengan ubat diambil

Susu lebih senang untuk membuat anak rasa loya dan muntah semula dengan ubat yang diambil. Susu mengambil masa untuk dihadam dan muak jika tengah kurang selera makan atau rasa loya.

Apa yang anda boleh cuba jika nak ‘pancing’ anak makan ubat?

#1. Anak lebih 1 tahun

Menurut pegawai ini, jika anak lebih dari satu tahun boleh ganti dengan air kosong/air berperisa yang clear contohnya seperti jus buah, air kotak atau glucose.

Kuantiti diperlukan sikit saja skeitar 100 ml untuk beri mereka hilangkan rasa pahit ubat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba selang selikan beri air dengan ubat secara perlahan atau sekaligus minum ubat kemudian beri air juga boleh. 

#2. Anak kurang setahun – 6 bulan

Bagi anak anak kurang dari setahun boleh bagi buah yang banyak jus seperti tembikai, limau mandarin, anggur diambil selepas ambil ubat.

Namun katanya, kalau masih tak boleh baru last resort bagi dengan susu..sebolehnya try not to.

Teknik lain beri ubat yang mungkin ibu ayah boleh cuba

Ada lagi teknik lain yang mungkin ibu ayah boleh cuba untuk beri ubat pada anak dengan jayanya. Jom semak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Guna syringe, elak guna sudu

Penggunaan syringe atau picagari lebih mudah dari sudu. Selain ada tanda sukatan yang betul, ia akan  membuatkan tugas anda lebih mudah dan cepat. 

Ada juga yang beri cadangan, letakkan terus picagara pada hujung dalam mulut anak, jadi dia akan boleh terus telan ubat tanpa perlu melalui lidahnya kerana rasa pahit itu yang membuatkan mereka tidak mahu makan ubat.

#2. Letak posisi anak dalam kedudukan betul

Pastikan posisi anak dalam kedudukan betul. Jika dia masih bayi baringkan dalam keadaan yang betul bagi elak anak tersedak dan sebagainya. 

#3. Beri peluang anak pegang sendiri

Beri peluang anak pegang picagari sendiri dan biar dia tekan sendiri jika dia sudah tahu. Mungkin dengan cara ini anak boleh mengawal kuantiti ubat yang masuk dan dia rasa lebih tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun haruslah berhati-hati dan pantau anak ketika menggunakan syringe. 

Moga tips-tips ini bermanfaat untuk ibu ayah semua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 5 Kesakitan Yang Biasa Dialami Ibu Lepas Bersalin, Wajib Baca! Penting Persediaan Mental & Fizikal

Baca juga: Anak Lasak,Nakal Memang Normal Tapi Pastikan Mereka Jangan Sampai Jadi Begini, Take Note Parents!

Baca juga: Apa Ibu Ayah Perlu Buat Jika Tadika ‘Pulang’ Semula Anak Kerana Tak Boleh Handle?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar