X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Ibu Ayah Perlu Buat Jika Tadika 'Pulang' Semula Anak Kerana Tak Boleh Handle?

4 min bacaan
Apa Ibu Ayah Perlu Buat Jika Tadika 'Pulang' Semula Anak Kerana Tak Boleh Handle?

Minggu yang mencabar buat ibu ayah bila anak mula sekolah. Tapi lebih mencabar jika cikgu 'pulang' semula anak. Jadi apa ibu ayah perlu buat?

Satu atau dua minggu kebelakangan ini, ramai anak yang baru mula sekolah. Tidak terkecuali anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun yang dihantar ke tadika. Apakah maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Baru mula sekolah, tadika dah tolak pula, apa ibu ayah boleh buat?
  • Jadi apa nak buat jika perkara ini berlaku pada anak anda?
  • Pertimbang EIP jika ada beberapa tanda berkait anak
  • Ciri-ciri EIP yang baik
  • Dapatkan assesement dari pegawai bertauliah

Tapi yang buat ibu ayah pening kepala bila tadika bertindak 'pulang' semula anak ini kerana mereka tidak boleh handle. Ada yang pada awalnya kata boleh terima, tetapi selepas satu atau dua minggu masing-masing angkat bendera putih. 

Jadi, ketika inilah bermula episod pening ibu ayah untuk mencari tadika atau pusat jagaan yang sesuai dan boleh menerima anak mereka.

Baru mula sekolah, tadika dah tolak pula, apa ibu ayah boleh buat?

mula sekolah

Menurut terapis cara kerja, Mahfuzah Zainol, apabila anak-anak menginjak usia 4 atau 5 tahun, ibu bapa mula mencari taman didikan kanak-kanak yang berhampiran rumah atau yang sesuai dengan konsep yang diminati ibu bapa.

Ia amat baik sebagai pendedahan awal atau persediaan ke sekolah dalam aspek sosial dan emosi serta tingkah laku terutamanya. 

Banyak kes sejak dua tiga minggu pertama persekolahan ini berlaku berkaitan tentang ini. Tadika menerima semua kanak-kanak pada sesi pendaftaran.

Namun, selepas seminggu atau dua minggu, didapati beberapa murid tidak sesuai berada di tadika kerana masalah tingkah laku dan sosial emosi.

Ibu bapa perlu mengambil semula anak mereka dan dipulangkan semua duit pendaftaran dan yuran. Itu biasa berlaku di kebanyakan tadika yang sukar mengawal anak-anak yang mempunyai masalah tingkah laku dan sosial emosi ini.

Sudah tentu ibu bapa panik dan kecewa.

Jadi apa nak buat jika perkara ini berlaku pada anak anda?

mula sekolah

Jika ada anak-anak dengan masalah ini, dikhuatiri anak tuan/puan mempunyai masalah yang berat yang boleh mengganggu persekitaran sosial yang positif kanak-kanak lain.

Masalah ini sukar dikawal oleh guru tadika yang perlu mengawal kanak-kanak lain di samping mengikut jadual waktu yang diberikan. Jadi mulakan langkah segera demi masa depan anak anda.

1. Buat carian internet tentang perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosial emosi dan tingkah laku
2. Semak dengan umur anak anda
3. Berbincang dengan guru atau pemilik tadika
4. Cari tadika yang boleh menerima anak anda
5. Buat carian pusat intervensi kanak-kanak
6. Alternatif lain ialah sesi intervensi one to one bersama terapis

Pertimbang EIP jika ada beberapa tanda berkait anak

Pusat Intervensi Kanak-kanak atau Early Intervention Programme (EIP) menawarkan program intervensi di bawah umur 7 tahun untuk kanak-kanak yang memerlukan perhatian yang lebih berbanding di tadika biasa.

Ciri-ciri EIP yang baik

1. Dikendalikan oleh terapis bertauliah
2. Kandungan program intervensi boleh meliputi gabungan occupational therapy dan speech therapy dan pendidikan.
3. Nisbah terapis/guru kepada murid yang kecil, 1 kepada 4 atau 5 orang murid
4. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan modifikasi dan adaptasi yang sesuai.
5. Holistik dan child centred. Maksudnya objektif program adalah untuk membolehkan kanak-kanak ini berjaya dalam beberapa target.
6. Kandungan EIP boleh mempunyai elemen-elemen seperti kemahiran motor, kemahiran kognitif, pengawalan postur, sensori integration, pengurusan diri dan tingkah laku (dan sebagainya yang relevan dengan target).

Dapatkan assesement dari pegawai bertauliah

mula sekolah

Pada masa yang sama, perlu dapatkan assessment daripada pegawai bertauliah untuk mengetahui masalah anak anda.

Assessment yang dimaksudkan ialah berjumpa orang-orang dalam healthcare professional members. Siapakah healthcare professional members?
1. Developmental psychiatrist - Medical Doctor
2. Paediatrician - Medical Doctor
3. Occupational therapist
4. Speech and language therapist/pathologist
5. Clinical psychologist
6. Audiologist
7. Lain-lain yang boleh memberi jalan kepada permasalahan anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Mogok Taknak Ke Sekolah? Ini 5 Tips Dorong Anak Ke Sekolah Tanpa Dipaksa

Baca juga: Sebelum beli beg sekolah untuk anak, ikut tips memilih beg sekolah ini dulu

Baca juga: Kesan negatif pindah sekolah pada anak anda, ramai parents tak sedar

Stories Rakan Kongsi
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • Apa Ibu Ayah Perlu Buat Jika Tadika 'Pulang' Semula Anak Kerana Tak Boleh Handle?
Kongsikan:
  • Pakar Keluarga Kongsi Tips Bagi Mengatasi Anak Tantrum & Ajar Si Cilik Tentang Emosi Diri

    Pakar Keluarga Kongsi Tips Bagi Mengatasi Anak Tantrum & Ajar Si Cilik Tentang Emosi Diri

  • Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

    Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Pakar Keluarga Kongsi Tips Bagi Mengatasi Anak Tantrum & Ajar Si Cilik Tentang Emosi Diri

    Pakar Keluarga Kongsi Tips Bagi Mengatasi Anak Tantrum & Ajar Si Cilik Tentang Emosi Diri

  • Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

    Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.